Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
247
View
3
Reply

Ramai Tak Tahu! Ubi Garut, Makanan Tradisi Yang Semakin Pupus

[Copy link]

Author: Cari-Hafizi       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-12-2017 10:43 AM | Show all posts |Read mode
UBI GARUT?? Apa tu? pasti ramai yang tertanya-tanya terutamanya generasi muda yang belum pernah mendengar apatah lagi melihatnya.


Turut dikenali sebagai ubi larut dan ubi bemban, Ubi Garut merupakan antara makanan yang sering direbus oleh masyarakat dahulu untuk dimakan seperti ubi kayu.


Ubi Garut juga turut dipanggang jadi bayangkan keenakannya bila dipanggang di atas bara kayu yang sudah pasti menambahkan selera kepada sesiapa sahaja yang memakannya.



Foto: Blog Laman Seri



Mempunyai nama Botani sebagai Stachyphyniu griffithii atau Maranta arundinalis Ubi Garut ini kelihatan seperti lengkuas atau halia namun ia mempunyai tekstur rasa yang manis serta berserat.


Memetik dari blog Laman Seri, Ubi Garut turut dikenali dengan nama Arrowroot, di mana tanaman ini merupakan tanaman asli di Hindia Barat dan masyarakat peribuminya menggunakan serbuknya sebagai bahan untuk mengeluarkan toksin daripada mereka yang luka akibat racun anak panah.


Malah nama Arrowroot itu sendiri dikatakan diperoleh daripada amalan tersebut.



Ubi Garut yang baharu sahaja dicabut dari pokoknya, Foto: Blog Warisan Petani)



Ubi garut memiliki rizom berubi berbentuk bulat dan mempunyai runcing di hujung ubi di mana ia diliputi pelepah kering dan dijadikan sebagai serbuk tepung yang digunakan dalam menghasilkan bedak, gam dan sabun.


Makanan yang unik juga dikatakan mampu merawat beberapa masalah kesihatan seperti masalah usus dan perut, sengatan serangga berbisa serta menghilangkan parut cacar dan rasa miang.


Jadi apa lagi bagi yang belum pernah merasakan keenakan dan khasiat ubi ini boleh mencarinya dan mencuba, manakala bagi yang pernah memakannya semasa kecil pasti ingin merasanya lagi bukan?



Ubi Garut Rebus yang, Foto:  Facebook MAHN



Rata-rata ahli kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) melontarkan komen yang mereka terlalu rindu malah ada yang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak memakan Ubi Garut yang mana gambarnya dimuat naik oleh pemilik FB bernama Min Nazihah.


Jadi ini sudah cukup membuktikan bahawa Ubi Garut ini cukup popular satu masa dahulu namun kini semakin dilupakan ekoran peredaran masa. -CARI
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubi garut ni sejenis keladi ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2017 07:52 AM | Show all posts
tak pernah makan pon sebelum ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2017 08:30 PM | Show all posts
Ya allah...memang sedap ubi garut ni. Saya panggil ubi sagu.
Masa kecik dulu, selalu la cabut pokok ni dan ambik ubi dia. Basuh bersih2 dan terus ngap je.
Kalau rebus lagi sedappp..
What a sweet memories...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.058899s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list