Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
2096
View
9
Reply

[Tempatan] Kes roboh rumah di Kg Melayu Puncak Kundang Pulak!

[Copy link]

Author: bioessence    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-12-2019 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku menonton 'siaran langsung' perobohan rumah-rumah dan pemusnahan pokok-pokok buahan di Kampung Melayu Puncak Kundang, Rawang yang terletak bersebelahan dengan Sungai Serai.

Daripada apa yang aku dengar, tanah tersebut telah diteroka dan diduduki serta dikerjakan oleh penduduk kampung seawal tahun 1986. Apabila mereka memohon, Pejabat Tanah mengatakan tanah tersebut tidak boleh dipohon.

Namun tahun 2016, di bawah Azmin Ali yang merupakan Menteri Besar Selangor pada waktu itu, sebuah syarikat pemaju telah diberikan pemilikan tanah yang masih berstatus 'Tanah Pertanian' itu.

Semalam, aku turut menonton kejadian di Chow Kit melibatkan sebuah premis yang dimiliki oleh pendatang dari Bangladesh melakukan kekejaman ke atas peniaga Melayu tempatan.

Dan macam biasa, aku hanya mendengar jeritan-jeritan, suara-suara yang kuat, berdoa kepada Tuhan agar dihantar seorang penyelamat, mengingatkan tentang balasan hari akhirat, mengingatkan tentang kezaliman yang akan dibalas dan sebagainya.

Kampung Puncak Kundang ni kalau tak salah aku, 'sebaya' dengan Kampung Melayu Kundang. Kampung Melayu Kundang merupakan perkampungan Melayu terakhir yang diberikan geran kekal selepas status TOL pada zaman Khir Toyo selaku Menteri Besar. Selepas itu, tanah-tanah TOL yang diduduki, semuanya akan dilupuskan.

Perkampungan pertama yang berstatus TOL dan kemudiannya dirampas, rumah penduduk dirobohkan, tanaman dimusnahkan dan penduduk dihalau adalah Kampung Bukit Tagar sebaik-baik sahaja PKR menjadi kerajaan. Walaupun sepatutnya kampung tersebut yang rata-rata penduduknya adalah penyokong kuat PKR berdasarkan PRK Hulu Selangor tahun 2010, namun akhirnya ia dirobohkan.

Pada September 2019, Kerajaan Negeri Selangor di bawah Amirudin Shari telah memberikan geran pendudukan kekal kepada 123 orang penduduk berbangsa Cina yang menduduki Tanah Rizab Melayu di Sekinchan.

Pada 10 Disember 2019, Kerajaan Negeri yang sama enggan campurtangan dalam penghalauan, perobohan dan pemusnahan di Kampung Melayu Puncak Kundang, Rawang.

Mujurlah Khir Toyo pada zaman akhir UMNO-BN sebagai Kerajaan Negeri sempat mengeluarkan geran pemilikan kekal untuk beberapa buah kampung, termasuklah Kampung Melayu Kundang. Kalau tidak, semua tanah di sekitar Tasik Biru Kundang, sudah pun dimiliki pemaju!

Sebabnya, Melayu ni kebanyakannya hanya kuat memekak, kuat komplen, kuat merungut dan kuat tak puas hati. Bila bertindak, Melayu selalu salah pilih. Mungkin sebab Melayu itu salah satu sifatnya ialah SUKA BAKAR KELAMBU SEBAB MARAHKAN NYAMUK SEEKOR SAJA.

Kerosakan dan kezaliman yang berlaku adalah disebabkan tangan-tangan kita sendiri. Al Quran dah bagitahu tu lebih 1000 tahun dulu. Tak payah tunggu Imam Mahdi la sebab kata al Quran, nasib sesuatu bangsa itu hanya boleh diubah oleh bangsa itu sahaja.

Setakat bising, marah-marah, harap Imam Mahdi segera muncul, berdoa tanpa usaha bertindak.... tak ke mana!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 10:52 PM | Show all posts
Tak faham sangat..

Sebabnya, Melayu ni kebanyakannya hanya kuat memekak, kuat komplen, kuat merungut dan kuat tak puas hati. Bila bertindak, Melayu selalu salah pilih. Mungkin sebab Melayu itu salah satu sifatnya ialah SUKA BAKAR KELAMBU SEBAB MARAHKAN NYAMUK SEEKOR SAJA.


boleh clarify?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2019 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah lah x tau nak cakap apa...
Tuntut lah ilmu dan belajar lah dari kesilapan supaya kita dan keluarga kita tidak ditindas.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesanan utk diri sndiri.. Klu tanah tu bkn hakmilik sndiri, jgn senang2 anggap satu hari nnt ia akan jd hakmilik.. Bab2 tanah ni ofkos la kna ada hitam putih. Sedangkan tanah kubur pun bukan hakmilik abadi kecuali kebumi kt tanah persendirian
Cuma tanah peket2 yg beli kt nurseri pokok tu je yg tak payah hitam putih
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
bangla pondan hamba abdi berani kejam dengan melayu? Lu tengok kat mana? Dalam mimpi ka ? Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 10-12-2019 02:52 PM
Tak faham sangat..



Dia tengah lalok.

@bioessence
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini topik hanya sesuai bukak dalam bod fantasi la nyah
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 11-12-2019 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 10-12-2019 10:52 PM
Tak faham sangat..



Emosi atasi akal. Percaya fitnah fake news PH sampai undi utk di kencing. Hancing
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 06:54 PM | Show all posts
benada kes dari 2001 kot..ape lak dari 2016..knp nak kerajaan negeri?tanah tu bukan kerajan negeri punye..dr 2001 tanah 2 milik Syarikat Wangsa Masyhur Sdn. Bhd...Siapa belakang syarikat tu???
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni dah 16 tahun...buat rumah atas tanah orang, kena halau marah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.102560s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list