Hot 12
KUANTAN - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menyiasat dakwaan keracunan makanan yang meragut empat nyawa di Kedah baru-baru ini berpunca daripada ayam yang diimport dari Thailand.
Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima laporan mengenai dakwaan itu.
"Saya tidak pasti tentang perkara itu...bagaimanapun kita ambil maklum dan
akan minta kerjasama daripada Kementerian Kesihatan untuk menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci, terutama di kawasan yang kita import itu," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri sesi pengenalan calon-calon bagi Majlis Tertinggi dan exco sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO di sini malam semalam.
Dalam insiden hujung bulan lepas, empat maut akibat keracunan makanan
selepas menghadiri kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Merbok, Kedah. - Bernama