Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Nampak Malas Tapi 'Confirm' Sedap - Air Bandung F&N Strawberi, Cubalah!

20-12-2016 10:58 AM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 4691| Komen: 28

Sirap Bandung? Eleh, senang saja nak buatnya. Campurkan sirap, gula, dan susu, siap! Jadilah sirap bandung. Mahu lebih sedap lagi, gunakan susu segar Dutch Lady atau susu sejat.

Sebenarnya ada pelbagai variasi air bandung yang boleh kita sediakan. Dari sirap bandung, air bandung tiga lapis, bandung soda, air dan macam-macam lagi.



Tetapi hari ini, apa kata anda cuba Air Bandung F&N Strawberi pula. Sedap ke? Macam pelik saja, kan? Kalau nak tahu bagaimana rasanya, kenalah cuba sendiri!


Bahan-bahan:

1 botol 1.5L air F&N strawberry (jenama lain pun boleh)
1 liter air
1 tin susu sejat/cair
Gula secukup rasa
Ais secukupnya


Cara penyediaannya:

1. Masukkan air dan gula ke dalam bekas yang sesuai, kemudian kacau gula sehingga larut.
2. Campurkan air F&N strawberry dan kacau rata.
3. Kemudian masukkan susu sejat/cair dan kacau sehingga sebati 
4. Masukkan ais dan bolehlah dihidangkan


Sumber foto: Carian Internet


Nota: 

Selepas tuang F&N strawberry, biarkan seketika sebelum dimasukkan susu cair bagi mengelak gas berkumpul dan menjadikan bancuhan bandung itu 
ataupun;

1. Kacau dengan kuat supaya air dan susu sebati.
2. Tapis air supaya menjadi lebih sebati


Bagaimana, mudah saja bukan? Tak perlu beli sirap dan air soda F&N. Kelihatan seperti kerja orang malas, tetapi hasilnya masih lagi sedap! Jangan tak cuba. - CARI


Kredit resipi: http://resepiraidah.blogspot.my

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
5
Lawak
2
Bosan
4
Komen: 28
Komen

Previous : Cuba Sendiri, Resipi Rahsia Kuih Keria Melaka Homemade

Next       : Petua Untuk 'Recyle' Minyak Gorengan Agar Jadi Seperti Baharu!

Komen Terbaru

Quote Daisyna 16-6-2017 02:04 PM
maniss oiii

Lain-lain Komen

Quote supernaturalee 20-12-2016 11:38 AM
menarik utk dicoba


Quote irwansuhadi 20-12-2016 02:29 PM
air potong kaki ni...
Quote sambaldurian 20-12-2016 08:28 PM
irwansuhadi replied at 20-12-2016 02:29 PM
air potong kaki ni...

Terbantut sebentar hasrat nk minum, tp klu terminum mau kena puasa 3 hari  
Quote red_cattleya 21-12-2016 12:44 AM
f&n tu dh manis, tambah gula dgn susu lagi..pitamm
Quote seri_mawr 21-12-2016 09:02 AM
red_cattleya replied at 21-12-2016 12:44 AM
f&n tu dh manis, tambah gula dgn susu lagi..pitamm

dia ada letak air kosong 1 liter kan..?
Quote itik_kuning 21-12-2016 03:32 PM
susu sejat tu rasa dia tawar la. pastu kan dah tambah air kosong 1 liter.
agak2 rasa manis tu jangan la letak gula.
Quote tayam 27-12-2016 12:28 PM
nanti raya nk try buat la
Quote fefeeling 1-1-2017 03:11 PM
Adoi... Ini manis tahap potong kaki ni hahaha
Quote samasam90 1-1-2017 11:19 PM
nak try buat la. shedappppp
Quote liz001 2-1-2017 05:17 PM
Macam sedap jer.... nanti nak try la
Quote ayuniaa 2-1-2017 11:09 PM
Macam sedap
Quote LeomAryis 7-1-2017 11:13 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Quote gdahdy 11-1-2017 11:28 AM
memang sedaplah...
Quote cutielovebb 12-1-2017 10:49 PM
tengok pun syiok, thanks for sharing!!
Quote lnakass 24-1-2017 04:21 PM
Bole try ni.
Quote nimiz 3-2-2017 11:07 AM
thanks for sharing
Quote nimiz 3-2-2017 11:07 AM
thanks for sharing
Quote nimiz 3-2-2017 11:08 AM
thanks for sharing
Quote nimiz 3-2-2017 11:08 AM
thanks for sharing

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063257s Gzip On
To Top