Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Pengalaman Magis Bagai Di Dunia 'Hobbit', Hanya Di Hobbiton

20-12-2016 05:04 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2466| Komen: 22

Kunjungan ke Desa Hobbit atau Hobbiton Movie Set adalah sebuah pengalaman 'magis' persis dalam filem trilogi 'Lord of The Rings' dan 'Hobbit' arahan Peter Jackson.

Terletak di pedalaman Matamata, Waikato di New Zealand, pengunjung akan berasa seakan-akan dibawa ke sebuah dunia lain dengan pemandangannya yang sangat mempesonakan.

Di sini kita boleh lihat deretan rumah Hobbit atau sering disebut sebagai 'Hobbit Holes' (lubang/liang Hobbit) yang terlindung di sebalik bukit menghijau nan indah. 

Pemandangan di sini memang sangat mengasyikkan dengan panorama berlatarbelakangkan bukit-bukit menghijau terbentang luas indah. Jika anda berkesempatan berkunjung ke sini, terdapat lima tempat menarik untuk anda lewati sambil berswafoto.


1. Jalan masuk

Sumber foto: PizzaLordOfGallifrey / imgur.com

Semasa memasuki Desa Hobbit ini, anda akan melalui sebuah lorong dengan lampu jalanan bergantung di hujung lorong. Sampai di hujung jalan, terdapat simpang tiga yang disediakan papan arah.

Sumber foto: imdb

Di sinilah  adegan Bilbo Baggins keluar dari Desa Hobbit sambil berlari dengan ceria dan berteriak "I'm going on adventure" dalam filem Hobbit.


2. Bag End (rumah Hobbit)

Sumber foto: http://twistedsifter.com

Inilah rumah Bilbo Baggins dan Frodo Baggins. Rumah berpintu hijau ini terletak di puncak bukit dan merupakan lubang Hobbit paling besar. Bagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan melewati pagar rumah itu. Tetapi anda boleh berswafoto di hadapan rumah itu.


3. Bagshot Row

Sumber foto: http://twistedsifter.com

Di kawasan ini terletaknya rumah berpintu kuning yang merupakan rumah Samwise, sahabat Frodo.


4. Pohon Tua

Sumber foto: Kompas.com

Pohon yang berusia satu abad itu menjadi lokasi perayaan ulang tahun Bilbo Baggins. 


5. Pendiang Api

Sumber foto: Kompas.com

Di sini, pengunjung boleh bersantai sambil makan dan minum seperti dalam filem. Terdapat dua pendiang api yang berfungsi dan menggunakan kayu api.


Jangan lupa memuat naik foto anda di laman sosial untuk berkongsi pengalaman bersama rakan dan keluarga. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 22
Komen

Previous : Taman Bunga Terbesar Di Thailand, Rambang Mata Pilih Sudut Swafoto!

Next       : Masuk Percuma! Tarikan Dinosaur Di Don Hu Jurassic Park Garden, Muar

Komen Terbaru

Quote puteri_lz 6-3-2017 01:31 PM
Thank you for info

Lain-lain Komen

Quote Iwanfals 20-12-2016 05:36 PM
Dimana lokasi tempat itu?








obat kanker payudara di apotik
Quote Peterpan17 20-12-2016 05:45 PM
Iwanfals replied at 20-12-2016 05:36 PM
Dimana lokasi tempat itu?



Matamata, New Zealand. 2 jam dari Auckland. Aku dah smp sini. Rumah Hobbit tu size org Asia. Klu mat salleh nak msk kena rendahkan badan br dpt msk
Quote mrizumi 20-12-2016 05:57 PM
Peterpan17 replied at 20-12-2016 05:45 PM
Matamata, New Zealand. 2 jam dari Auckland. Aku dah smp sini. Rumah Hobbit tu size org Asia. Klu m ...

Ow..msti best kn..kalau kte masuk muat2 ok la kiranya..ada byrn masuk ke?
Quote Peterpan17 20-12-2016 06:58 PM
mrizumi replied at 20-12-2016 05:57 PM
Ow..msti best kn..kalau kte masuk muat2 ok la kiranya..ada byrn masuk ke?

Blh ikut guided tour pusing kawasan tu psl area besar betul. Kami drive dr Auckland smp ke Hobbiton. Baru join guided tour dlm 2 jam. Tak pasti pula klu ko tak ikut guided tour blh ronda area tu tp kami lepas abis tour kami ronda2 jap baru gerak dr sana
Quote mrizumi 20-12-2016 10:01 PM
Peterpan17 replied at 20-12-2016 06:58 PM
Blh ikut guided tour pusing kawasan tu psl area besar betul. Kami drive dr Auckland smp ke Hobbito ...

Ok..paham..kau prgi thn bila ni? Baru lg ke?
Quote Peterpan17 20-12-2016 10:15 PM
mrizumi replied at 20-12-2016 10:01 PM
Ok..paham..kau prgi thn bila ni? Baru lg ke?

2013. Tp ada kawan aku pegi 2 bulan sd. Sama gak konsepnya mcm aku post awal td.
Quote eizarz 21-12-2016 04:49 PM
mcm dah pernah ade thread ni..
Quote ciksom 21-12-2016 08:43 PM
Peterpan17 replied at 20-12-2016 05:45 PM
Matamata, New Zealand. 2 jam dari Auckland. Aku dah smp sini. Rumah Hobbit tu size org Asia. Klu m ...

dalam rumah tu ada perabot macam dalam filem ke?
Quote Peterpan17 21-12-2016 09:38 PM
ciksom replied at 21-12-2016 08:43 PM
dalam rumah tu ada perabot macam dalam filem ke?

Tak tau psl derang tak bg msk smp ke dalam. Kat tepi2 sipi sipi saja utk bergambar.
Quote akusukaq 21-12-2016 11:17 PM
aku pergi sendiri je.pandu mpv dr auckland masa perjalanan nak ke rotorua.
tak plk rasa teruja sgt.yang aku ingat harga tiket agak tinggi wlpn ada disediakan shuttle .kat dalam perkampongan tu kena menapak lah. agak luas dan berbukit bukit.mungkin aku bukan peminat lord of the rings kut.rase lebeh leteh dr seronok
Quote Peterpan17 21-12-2016 11:46 PM
akusukaq replied at 21-12-2016 11:17 PM
aku pergi sendiri je.pandu mpv dr auckland masa perjalanan nak ke rotorua.
tak plk rasa teruja sgt ...

Aku drive sendiri gak, dr Auckland. Tp smp kat sana kami join guided tour tu. Lepas dr guided tour tu baru jln2 sendiri kat area tu. Tp sekejap sajalah psl kami continue drive ke Rotorua pula dr sana.
Quote queenhua 22-12-2016 10:17 AM
Iols masa tu travel sorang.. so naik bas dari Auckland sampai ke Matamata, then beli tiket Hobbiton ni kat Visitor Centre tempat bas berhenti, then naik shuttle bus ke Hobbiton visitor centre.

Dari situ beratur lak naik bus guided tour ke Hobbiton.. lalu kot ladang kambing biri-biri yang luas..

Cantikla tempat ni, tersusun diorang buat.. For those yang minat LOTR dan/atau Hobbiton akan lagi appreciate.. rumah Frodo, tempat diorang lari-lari etc.

Quote andaman 22-12-2016 10:29 AM
aku pun dah sampai sini!! ambik tour dari mata-mata...driver bus nama Pip...kecik je orgnya...dah mcm hobbit dah.

mmg sgt cantik tempat tu...rasa mcm magical sgt....sayu je.....LOVE IT! this is a must-see place for north island.
Quote noor666666 22-12-2016 09:24 PM
andaman replied at 22-12-2016 10:29 AM
aku pun dah sampai sini!! ambik tour dari mata-mata...driver bus nama Pip...kecik je orgnya...dah mc ...

Tak rugi ke sini, sangat berbaloi dengan viewnya yang sangat cantik. Berbaloilah bayar mahal pun.
Quote fefeeling 1-1-2017 03:04 PM
One day guys.. One day
Quote Mamcoplo 1-1-2017 07:20 PM
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Quote snoyun 19-1-2017 05:44 PM
queenhua replied at 22-12-2016 10:17 AM
Iols masa tu travel sorang.. so naik bas dari Auckland sampai ke Matamata, then beli tiket Hobbiton  ...

Naik bas atau sewa kereta lebih berbaloi jika pergi 7 orang?
Quote queenhua 20-1-2017 10:13 AM
snoyun replied at 19-1-2017 05:44 PM
Naik bas atau sewa kereta lebih berbaloi jika pergi 7 orang?

Kalau ramai better sewa la...
sebab flexible sikit.. blh berenti mana2 kita nampak cantik, blh set time sendiri...
tp masuk hobbiton still kena follow tour dia.. tak boleh masuk sesuka ati sendiri.
Quote syitaeyqa 21-2-2017 05:07 PM
Teringin nak pegi Hobbiton! Recently i pegi Thailand, then i stay kat Hobbit House kat area Nakho ratchasima (near to Khao Yai). Cantik tpt tu ala2 hobbit. tp xleh lawan laa real hobbit kot. hehe

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.068818s Gzip On
To Top