Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Rasai Sensasi Hanyut Ke Pulau, Cuba Tidur Dalam Hotel Terapung Di Jepun

20-3-2017 01:56 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 4141| Komen: 42

Adakah anda merancang untuk pergi bercuti tapi bosan benar rasanya dengan destinasi 'cliche'?

Kalau inilah masalah yang anda sedang hadapi, ianya selesai kerana Jepun adalah jawapan yang tepat!

Bayangkan menginap dalam hotel terapung di tengah lautan, lengkap dengan gaya futuristik yang membolehkan anda menenangkan fikiran dan menikmati pemandangan yang cantik.

Foto: Boredpanda
Ya, semuanya benar kerana Hotel Mizukami menawarkan pengalaman indah ini. Hotel yang terletak di Nagasaki ini adalah inspirasi dari taman tema ‘Huis Ten Bosch’ di Belanda. 

Lengkap dengan katil, tandas, bilik mandi dan keluasannya 36 hingga 38 meter persegi, ia boleh memuatkan kira-kira 4 orang.

Apa yang lebih menarik adalah hotel terapung ini akan 'menghantar' dan 'menghanyutkan' anda ke tempat-tempat berbeza di sekitar pulau di Omura Bay.

Jangan risau, kerana kapsul ini sudah diprogramkan perjalanannya secara digital oleh pihak perhotelan.

Foto: Boredpanda
Pada malam hari anda dapat berbaring menikmati bintang-bintang di langit, bangun pagi pula anda akan sampai di pulau yang cantik dan tidak berpenghuni. Memang sangat privasi.

Kos untuk menginap dalam kapsul ini bermula dengan harga RM1395 satu malam. Sesuai juga bagi mereka yang masih tercari-cari lokasi romantik untuk berbulan madu.

Ada yang berminat untuk mencuba pengalaman unik ini tak? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
3
Terkejut
6
Sedih
5
Lawak
7
Bosan
5
Komen: 42
Komen

Previous : Fenomena Unik! Cacing Bercahaya Menghiasi Pasir Pantai La Rocque Harbour

Next       : Air Terjun Api Di California, Fenomena Alam Paling Luar Biasa

Komen Terbaru

Quote Wimamp05 5-5-2017 10:34 PM

Lain-lain Komen

Quote RatuDunia94 20-3-2017 02:00 PM
Menarik.. Make love kt tgh2 laut gitu...
Quote forumcari777 20-3-2017 02:21 PM
kalau tetiba tsunami mau cuak duk dalam tu
Quote prettyuglybabe 20-3-2017 03:01 PM
wow.. bestnya.. boleh keluar keluar mandi laut sekali tak?
Quote matchstick 20-3-2017 03:46 PM
Makanan dh prepare siap2 ke camana..ke boleh call room service pastu pihak hotel hntr by boat
Quote whadda 20-3-2017 03:50 PM
Tngah sedap2 hanyut tetibe lanun datang
Quote @pplegreen 20-3-2017 04:56 PM
macam best jer tido waktu malam berteman kan bintang di langit.
nak sgt tgk deko kat dlm tu
Quote Artemesiaa 20-3-2017 06:21 PM
Unik ideanya
Quote cicicumel 20-3-2017 06:53 PM
Stabil tak? Takut terhuyung hayang
Quote mesmerize 20-3-2017 07:36 PM
bestnya tapi macam tak berani pula.
sebab terlalu privacy. kang ada apa2 masalah reception n hotel guard jauh pulak nak sampai.
Quote HannahMontana 20-3-2017 07:59 PM
datang paus besar ngap ko dlm hotel bodoh itu


sedar2 persis Nabi Yunus .
Quote KyraKnightley 20-3-2017 10:02 PM
Wow bestnya sebelum tidur dpt tgk bintang2 tapi takut jugak kalau jadi pape kan..
Quote Leo_Gurlz 20-3-2017 10:53 PM
Menarik idea tapi buatnya tiba2 mai ombak besar hanyut kemana
Quote zawara 20-3-2017 11:51 PM
scarynyaaa... fobia nk duduk tmpt sempit gitu dala ats laut.. mmg idok la
Quote hdon 21-3-2017 01:28 AM
Wow.. cam best je.. tp takut lak kalau laut bergelora
Quote mamapea 21-3-2017 11:35 AM
tengok mcm best tp takut la...
Quote me.me 21-3-2017 11:43 AM
bestnyee... utk fefeling romantikk.. tapi rega tak mampu laa..kene menabung lagi...
Quote iznanaziz 21-3-2017 12:21 PM
uiii, idok le teman...
malam dengar bunyi desiran angin dan deruan ombak
Quote cilok 21-3-2017 02:33 PM
Menghayati pemandangan cantik laut biru ngn cahaya matahari...dpt tgk sunset n sunrise. Cuma nya kite dpt rs x, berayun di pukul ombak?...kalu dpt rs......sila sediakan awal2 ubat tahan muntah
Quote esbatu 21-3-2017 03:53 PM
kalo mabuk laut membazir je nanti

Lihat semua komen(42)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051256s Gzip On
To Top