Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Teringin Candle Light Dinner Tapi Murah, Jom Ke Kafe Paling Romantik Di Subang Jaya Ini

18-4-2017 06:15 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 3071| Komen: 44

Sesekali teringin juga rasanya mahu menikmati 'candle light dinner' seperti pasangan yang lain.  Bila memikirkan harganya yang mahal seperti di hotel, terus angan-angan menjadi musnah.

Selama ini tercari-cari di mana agaknya tempat makan yang ada suasana romantik dengan harga yang berpatutan, bukan? Nah, jom bawa pasangan anda ke Lava Rock Grill and Pasta.

Diberikan julukan sebagai tempat paling romantik abad ini, tempat makan ini menggabungkan konsep hipster dan santai.

Foto: IG Lava Rock
Lain dari yang lain, kafe ini akan membuat anda seperti berada di dalam sebuah restoran yang mewah.

Hidangan yang ditawarkan termasuklah segala jenis pasta, menu nasi, variasi burger dan pencuci mulut yang dipersembahkan dengan gaya setaraf lima bintang. Memang berbaloi!

Bagi anda yang mahu meraikan ulang tahun atau menyambut hari lahir pasangan, ada juga pakej istimewa 'candle light dinner' yang menawarkan tiga sajian utama bermula dengan harga RM180.



Foto: IG Lava Rock
Sesuai juga dijadikan sebagai pilihan tempat untuk mengadakan parti reunion atau majlis yang lain.

Lagi istimewa kerana kafe ini juga menawarkan perkhidmatan pernghantaran makanan untuk tengahari dan malam.

Apa lagi yang anda mahukan? Semuanya tersedia di sini. -CARI

Alamat:  No.61, SS15/4B, Subang Jaya
Waktu operasi: 11 pagi hingga 1 pagi setiap hari
Nombor telefon: 016-388 6933













Foto: IG Lava Rock

Apa Reaksi Anda...

Bagus
9
Marah
1
Terkejut
3
Sedih
1
Lawak
2
Bosan
2
Komen: 44
Komen

Previous : Persis Air Kosong, Inilah Kopi Tanpa Warna Pertama Di Dunia

Next       : Meleleh Air Liur, Tak Menahan Sotong Goreng Celup Di Warung Ini

Komen Terbaru

Quote CikE 7-5-2017 04:28 PM
Bagi bkemampuan bole la..klu iols yg jenis mkn x byk..x rasa nk celebrate kt sini...mkn 2 pinggan campo ayor 2 gelas..rm180...iols rela mkn kt sushi king aje..rm50 bole makan bpinggan2 haha

Lain-lain Komen

Quote WhiskeyScotch 18-4-2017 06:37 PM
Tak minat candlelight dinner. Tak pernah rasa candlelight dinner ni romantic.
Quote myakayina 18-4-2017 06:42 PM
baru lalu kat cafe ni tadi.. tapi sbbkan i dah lunch kat grafa, so maybe next time la..
Quote umbut 18-4-2017 06:50 PM
Camna rasanya romantic sambil candle light ni.. Geli lak..
Quote fox. 18-4-2017 07:11 PM
Kalau romantik2 ni akak tak lalu nak makan.tengok si dia je dah kenyang.rugi rm180 akak jika tak makan kan
Quote rukia2 18-4-2017 07:43 PM
Tgok deco tempat cm not bad.. Tp jao sgt nk pegi
Quote marumaru 18-4-2017 07:48 PM
Rm 180??murah ker...
Quote mrsLucky 18-4-2017 08:03 PM
Rm180?  so expensive untuk i...
Baik i bawa my family makan ketam kat klang
Quote mrsLucky 18-4-2017 08:03 PM
Rm180?  so expensive untuk i...
Baik i bawa my family makan ketam kat klang
Quote prettyuglybabe 18-4-2017 08:07 PM
lepas makan boleh terus romen ke cam mana?
Quote Jigglyjiggle 18-4-2017 09:18 PM
Still mahal. Kalau rajin cari kt groupon dpt buffet kt hotel 5 star
Quote armin 18-4-2017 10:38 PM
Murah ke rm180 tu?  Kalau tgk nasi dgn mee tu tak berbaloi.. mcm tak sedap.
Quote ffbeauties 18-4-2017 11:15 PM
prettyuglybabe replied at 18-4-2017 08:07 PM
lepas makan boleh terus romen ke cam mana?

Amboi amboi amboi    
Quote prettyuglybabe 18-4-2017 11:20 PM
ffbeauties replied at 18-4-2017 11:15 PM
Amboi amboi amboi

kata romentikkkkkk...      
Quote Elle_mujigae 19-4-2017 12:35 AM
hopefully tak bising la restoran ni..nak candlelight dinner bukan setakat ada candle je kat meja,ambience pun kena best..bila tak bising baru boleh nak bisik2..
Quote mommymonster82 19-4-2017 12:51 AM
Bunyi nama lava pon da geli...
Quote emelia1509 19-4-2017 02:00 AM
Jigglyjiggle replied at 18-4-2017 09:18 PM
Still mahal. Kalau rajin cari kt groupon dpt buffet kt hotel 5 star

yesszzaaa...

lebih berbaloi n mmg sedap if 5 stars hotel kan..meols mmg rajin beli coupon voucher kat groupon ni...

g pun hidangan restoran atas tu macam ado2 saje..mahal kot 180 tu
Quote ~boolean 19-4-2017 09:37 AM
3 sajian utama.
Satu sajian lebih kurang 50 ringgit.
Makan apa appetizer dan dessert sampai mahal sangat tu.

Main course kalau sekadar nasi atau pasta pun paling tidak 35 ringgit saja pun.
Quote JeNaB_PopPop 19-4-2017 10:16 AM
sebelum lava grill ni restaurant the hunger hog. aku harap sangat pemilik kedai ni samak sertu kedai dia sebabnye kedai dulu memang serve makanan semuanya berasaskan pork.
Quote chinta89 19-4-2017 10:34 AM
pakej istimewa 'candle light dinner' yang menawarkan tiga sajian utama bermula dengan harga RM180.


kata harga murah.. awal2 ckp nk ber candle light ni bila pk hrga di hotel2, terus jd angan2 sb mahal. dh tu kafe ni letak hrga rm180, sama je ngn hrga setaraf hotel?? better g hotel je..

Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063742s Gzip On
To Top