Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Dapat Tengok Kuda Jadi 'Pak Supir' Di Nusa Tenggara Timur, Hebat Tak?

17-5-2017 05:44 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1354| Komen: 11

Wah! Menarik betul usaha Indonesia untuk menarik lebih pelancong supaya berkunjung ke negara mereka.

Pernah tak anda terfikir untuk menunggang kuda sebagai pengangkutan di sepanjang percutian anda?

Berita baik buat anda yang gemar bercuti ke luar negara serta pencinta haiwan, wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) bakal menjadikan kuda sebagai pengangkutan anda sepanjang berada di kepulauan itu.



Idea unik itu diusulkan sendiri oleh Pemerintah Wilayah NTT dengan harapan ia dapat meningkatkan daya tarikan pelancong di wilayah berkenaan.

Menurut portal Antara seperti dipetik CNN Indonesia, Pengarah Pejabat Pelancongan Wilayah NTT, Marius Ardu Jelamu berkata mereka berharap penternak kuda dapat menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pelancong yang berkunjung ke Pulau Sumba, Flores, Timor dan lain-lain lagi.

"Penternak kuda yang ada di NTT sebenarnya sangat ramai sehingga tercetusnya idea konsep 'bercuti sambil berkuda' yang tidak mustahil untuk direalisasikan," katanya.

Konsep itu secara tak langsung akan memberi keuntungan kepada penternak kuda. Malah, Marius turut mengakuinya dengan mengambil contoh konsep sama dilaksanakan di Gunung Bromo di Jawa Timur.

"Kita cuma perlu jaga penampilan kuda dan sediakan pakaian tradisional untuk dijual kepada pelancong," katanya.

Tambahnya, bagi kawasan yang sukar dijangkau kenderaan lain mahupun motosikal, pelancong boleh menunggang kuda untuk melalui kawasan itu dengan mudah.

Malah, bukan saja dapat menunggang kuda, pelancong juga berpeluang menikmati pemandangan berbukit sambil menghirup udara segar.


Foto: CNN Indonesia

Menarik betul konsep ni. Siapa yang tak mahu menunggang kuda sambil menikmati pemandangan indah, kan? Tak kisahlah kalau sakit pinggul selepas puas menunggang kuda, yang penting pengalaman tu. Betul tak? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Previous : 9 Jalan Paling Bahaya Di Dunia, Anda Berani Laluinya?

Next       : Rugi Kalau Tak Masuk, Muzium Ini Penuh Dengan Alat Kelamin Mamalia

Komen Terbaru

Quote ShiningStars 25-5-2017 09:09 PM
Mcm best je

Lain-lain Komen

Quote cik-jaja 17-5-2017 05:56 PM
tak pernah naik kuda..tp nmpk cm bes
Quote swimswim 17-5-2017 06:51 PM
Idea yg menarik
Quote CiliPadiSedap 18-5-2017 09:55 AM
kuda tak stabil lah dah 2 kali jatuh sebab dia punya lenggang lenggok kita kena ikut tak boleh keraskan badan.. kalau badan jenis keras mmg jatuh
Quote chinta89 18-5-2017 10:19 AM
wowww bestnya
Quote febreze 18-5-2017 08:55 PM
wow best nya!!!!!
Quote nisako 19-5-2017 09:05 AM
bestnyeeeeeeeeee
Quote kentel 19-5-2017 10:01 AM
kuda2 depa hamis...style x kasi mandi... last time pegi bromo tu..ya awloh, hamis nya bau kuda depa...dah la nak naik pun kena idr150k.... time pegi trawangan tu lagi lah...kuda tu mcm nak pengsan dok angkut orang sana sini...
Quote faztee 19-5-2017 02:52 PM
mnriknye pmndgn bukit bukau..
Quote Nt-ViruS 20-5-2017 09:58 PM
den tiap2 minggu menunggang tau. kuda malay, kuda siam, kuda vietnam, kuda prc...kadang2 ada chance dapatla tunggang kuda serbia.
Quote kiambang 22-5-2017 07:12 PM
Naik kuda kena ikut lenggang lenggok dia .. pernah naik kuda tapi kuda tu macam tak larat je .. risau masa naik dan turun bukit .. lepas tu kuda tu suka jalan kat tanah , jalan kat tar tak nak .. aku yang tak pandai handle atau kuda tu tu penat ..
Quote ShiningStars 25-5-2017 09:09 PM
Mcm best je

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.060478s Gzip On
To Top