Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ayam Percik Kelantan Menu Perfect Untuk Berbuka Puasa Nanti

19-5-2017 02:56 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 6551| Komen: 35


Aumm, enaknya rasa ayam percik ala Kelantan. Rasanya yang lemak, manis dan juga sedikit pedas memang sangat sempurna dinikmati lebih-lebih lagi dengan Ramadan yang hampir kunjung tiba ini. 

Pilihan bahagian dada atau paha ayam adalah yang terbaik kerana ia mengandungi isi yang banyak dan juga jika betul cara penyediaannya, memang sangat berjus!

Oleh itu, penyediaan kuahnya juga sangat memainkan peranan penting. Di situlah terletaknya rasa ayam percik ala Kelantan ini. 

Jom cuba resipi ini, pasti mahu mencubanya lagi nanti!

Foto: Carian internet
Bahan-bahan:

3 keping bahagian dada atau paha ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah 
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

Bahan untuk merebus ayam:

3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus

Cara membuatnya: 

UNTUK KUAH : Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.

UNTUK AYAM : Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan-bahan untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN : Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalikkan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan. - CARI 


Kredit resipi: FB Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 35
Komen

Previous : Aiskrim Prun Vanila Berkrim, Sunsweet Menggandakan Keenakan!

Next       : Sensasi Keju Meleleh Dalam Cucur Kentang Ayam, Tak Tertahan Nikmatnya

Komen Terbaru

Quote farahfatihah 30-5-2017 08:07 AM
bieya1 replied at 26-5-2017 02:20 PM
cuba ikut resepi ni..nk senang kukus ayam dlu..

ok u..nnti i try

Lain-lain Komen

Quote amyza82 19-5-2017 04:07 PM
Sedapnye
Quote kikuri 19-5-2017 04:31 PM
ayam tu kalo kukus dengan bahan perap lagi sedap sebab rasa tu meresap...
Quote dubuk 19-5-2017 06:01 PM
sedapnya ratah
Quote sonya21 19-5-2017 06:55 PM
okay nak try nanti..thanks

Quote bieya1 19-5-2017 07:01 PM
Sedapnye...
Quote Ipo 19-5-2017 07:02 PM
macam resepi mak saya

ingat nak berniaga ayam percik bulan puasa ni
Quote asfaz 20-5-2017 12:53 AM
Sedapnya.meleleh air liur
Quote SheDeviL 20-5-2017 02:32 AM
Sedapppp
Quote sya_sugar_sugar 20-5-2017 08:27 AM
Wow,... mereciks....kuah dia tu memang best ... makan dgn nasik putih tak payah lauk lain dah memang menghayati betul lahhh
Quote swayne 20-5-2017 10:04 AM
Sedapnyaaa. Selalu beli kat mek Kelantam yang jual nasi kerabu.
Quote rock_stars_roll 20-5-2017 11:07 AM
Ipo replied at 19-5-2017 07:02 PM
macam resepi mak saya

ingat nak berniaga ayam percik bulan puasa ni

Dah dapat tapak meniaga belum you?
Quote beautifulliar 20-5-2017 11:20 AM
Terliur sedapnye
Quote zawara 20-5-2017 10:40 PM
CARI-MAMS replied at 19-5-2017 02:56 PM
Aumm, enaknya rasa ayam percik ala Kelantan. Rasanya yang lemak, manis dan juga sedikit pedas mema ...

nak buat la!!!!!
Quote LautBiru52 21-5-2017 10:29 AM
Tak pernah try..nmpk sedap
Quote emelia1509 21-5-2017 03:56 PM
wajib ada dalam menu berbuka..tapi beli je la, meols x gigih nak memercik ni...

Quote achikrahman 21-5-2017 04:26 PM
menu wajib bulan puasa ni...
Quote achikrahman 21-5-2017 04:27 PM
tq admin...share resepi...kita copy eekk...
Quote lililen 21-5-2017 07:25 PM
Sedapnye tp x rajin nak masak
Quote Joannalee 21-5-2017 07:38 PM
Nak buat, tp malas... beli jela

Lihat semua komen(35)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.062843s Gzip On
To Top