Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Meriahkan Aidilfitri, Cuba Lemang Sushi Dari Kuala Pilah

13-6-2017 12:05 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 4187| Komen: 31

Jangan main-main dengan Kuala pilah kerana bukan sahaja terkenal dengan pelbagai produk makanan kampung, sekarang muncul pula satu inovasi baru dari negeri ini.

Lemang sushi berintikan serunding bakal mencipta fenomena apabila makanan ini sudah mula dipasarkan sejak Januari tahun ini.

Foto: mStar Online
Masih mengekalkan cara tradisional, ia dihasilkan dengan menggunakan santan dan beras pulut biasa serta dibalut dengan daun pisang untuk mengekalkan rasanya.

Apa yang istimewa adalah lemang sushi ini dibakar dalam sebuah ketuhar khas yang lebih menjimatkan masa.

Menurut pengusahanya, Zuriati Sulaiman  yang juga satu-satunya pengeluar produk berkenaan di dalam negara ini, lemang sushi hampir sama dengan dengan lemang biasa dari segi fizikalnya.

Foto: mStar Online
Cuma yang berbeza adalah ia dijual berkonsepkan sejuk beku bagi memberi peluang kepada pelanggan dari jauh untuk sama-sama menikmati kesedapannya.

Malah cara masaknya juga sangat mudah iaitu dengan memasaknya semula secara kukus atau di dalam ketuhar gelombang mikro selama 20 minit.

Foto: mStar Online
Pulutnya padat dan yang lebih unik tentang lemang sushi ini adalah inti serunding ditengah-tengahnya dimasukkan menggunakan ternik tertentu tanpa bercampur dengan pulut.

Wah, nampak sedap dan buat kecur air liur! Kalau nak cuba sendiri untuk hari raya nanti bolehlah tengok di Facebook Zuriati Sulaiman. -CARI

Foto: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 31
Komen

Previous : Kecur Air Liur Dibuatnya, Itik Panggang Halal Di Restoran Cina Muslim Ini

Next       : Jus Mangga Paling Padu Di Bazar Ipoh

Komen Terbaru

Quote samasam90 5-10-2017 04:39 PM
choi dak2 upm pernah buat lemang ne...

Lain-lain Komen

Quote Elle_mujigae 13-6-2017 12:10 PM
Kampung den ni haaaa...   Tapi baru tahu kewujudan lemang sushi...nampak mcm sedap je...huhu laparrrr.....
Quote Elle_mujigae 13-6-2017 12:14 PM
Kalau balut dengan kepingan seaweed mesti lagi sedap dan menarik...
Quote missinpiece 13-6-2017 12:19 PM
Kreatippp n nmpak sodap
Quote swayne 13-6-2017 12:31 PM
Lapar oiiii nengoknyaaa
Quote Zasss777 13-6-2017 12:47 PM
Wow kreatif la diorang ni!!
Quote Levespa 13-6-2017 12:48 PM
kreatif n sesuaiii good job
Quote sabar_sabariah 13-6-2017 01:05 PM
wow!! inovasi!
good job bro
Quote ms.mango 13-6-2017 01:12 PM
adoi...terliuqq
Quote Ayda89 13-6-2017 01:24 PM
Nak tryyyyy
Quote dubuk 13-6-2017 01:34 PM
sedapnyaa   
Quote DeeHanania 13-6-2017 02:15 PM
Sedap yer!!!
Quote Adline67 13-6-2017 02:49 PM
Mcm sedap je ni
Quote makton 13-6-2017 03:10 PM
menarik!!!
Quote cik-jaja 13-6-2017 04:40 PM
Nampak menarik..tp xmkn sgt lemang..huhu
Quote WhiskeyScotch 13-6-2017 04:51 PM
Ala I tak makan lemang. Sushi pun I tak makan.
Quote kakiselit 13-6-2017 05:20 PM
tak ori maka tak sedap
Quote kikiharris 13-6-2017 05:29 PM
sedapnya lemang sushi..aku bertahun dah buat lemang dalam foil paper. ori tak ori belakang kira! asal lemang mesti ada atas meja.
Quote Felycya 13-6-2017 09:42 PM
Menarik

Akan dicuba
Quote Siputjelly 13-6-2017 11:28 PM
lagi lah cepat basi kalau dibiarkan lama di luar.
tak minat yg tak ori ni.

Lihat semua komen(31)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048859s Gzip On
To Top