Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Resipi Mee Bandung Muar Asli Kini Bukan Lagi Rahsia

3-7-2017 06:56 PM|Oleh : Hafiz BZ | Dilihat: 2639| Komen: 13


Mee Bandung Muar adalah salah satu makanan yang tidak asing lagi di kalangan penggemar mee seluruh Malaysia. 

Rasanya sangat enak kerana dihidangkan bersama daging, udang, telur dan sayur. Kuahnya juga lebih pekat berbanding mee rebus lain membuatkan bahan-bahan di dalam mee bandung Muar lebih "KAW" dan menyengat.

Tiba-tiba teringin nak makan mee bandung Muar pula tapi tak kan nak kena pergi Muar kan. Buat penggemar mee bandung Muar, mulai hari ini anda boleh mencuba sendiri resepi ini di dapur anda. 


Bahan-bahan:-
Mee kuning
1 labu besar bawang merah besar
5 ulas bawang putih
3 sudu cili kisar
2 sudu besar kacang tanah *digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus =
1 sudu besar udang kering (tumbuk) *kalau suka boleh lebihkan. 
Daging *hiris nipis dan direbus.
Air rebusan daging
Ayam /Sotong /Udang Galah *ikut suka nak letak apa
Ubi keledek oren *rebus dan tumbuk/lenyek/kisar
Sos cili 
Sos tiram 1 sudu besar
Kiub pati ayam
Garam, gula secukup rasa
Telur, Fishball, fishcake,
Sayur sawi 
Cili padi merah/ cili besar
Daun sup, Limau kasturi, Bawang goreng

Cara-cara:
Kisar bawang dan tumis dgn cili kisar. Tumisla sampai cili masak dan wangi. Kemudian masukkan udang kering dan kacang tanah. Kacau2 bagi garing.
Kemudian saya buh ayam yg dipotong kecik2, dan sedikit air, sbb x de stock daging, so air rebusan daging pun skip la. Biasanya saya letak daging, kuah rasa lagi kick!
Pastu kacau2 ayam sampai separuh masak bolehla tambah air utk kuah. Agak2la air tu ye.. pastu boleh buh isi keledek, kiub pati ayam, garam, gula. Juga lauk2 lain.. sotong/ udang/ fishball/ fishcake.
kemudian pecahkan telur. Last sekali masukkan sayur, daun sup dan cili merah. Kemudian tabur bawang goreng dan perah limau kassturi di hidangan masing2. Kalau ada cili jeruk lagi best .
Oh ye.. sayur dan fishball/ fishcake saya rebus asing sbb x terus makan.

Sekali dah pandai masak mee Bandung Muar ini pasti nak cuba lagi dan lagi! Silakan mencuba. - CARI.



Sumber - Resepi Masakan Istimewa By Qamra Lyssa

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Previous : Agar Agar Kering Lebaran, Manisan Rare Yang Sangat Enak

Next       : Hilangkan Muak Makan Rendang, Nasi Minyak Dengan Air Mojito!

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 11-7-2017 12:03 PM
First time makan mee bandung Muar semalam. Ok la nampak exactly macam dalam gambar atas ni

Lain-lain Komen

Quote pearl.silver 3-7-2017 09:41 PM
Semua pun nk ngaku rahsia mi bandung asli

Haritu tgk rancangan tv dia gi kedai yg mengaku mi bandung paling asli. Kne rebus tulang lembu dlm kuah mi bandung tu.
Quote sueburn 3-7-2017 09:59 PM
Akak masak gune pes mi bandung mak pon je..
Quote Zasss777 3-7-2017 10:05 PM
Bnyk dah jual pes mee bandung yg sedap sedap. Cepat dan mudah! Huhuhu
Quote umbut 3-7-2017 10:42 PM
Beli je lah..
Quote lesprincesse 3-7-2017 10:46 PM
Nak tanya, mi bandung ni memang kalau yg asli memang rasa manis2 sikit ye?
Quote watieabe 4-7-2017 08:23 AM
Yes...  Boleh cuba resepi ni pulak..  Tq
Quote EncikRhoma 4-7-2017 09:45 AM
lesprincesse replied at 3-7-2017 02:46 PM
Nak tanya, mi bandung ni memang kalau yg asli memang rasa manis2 sikit ye?

ye..manis dari ubi tu rasanya
Quote anaktoyol 4-7-2017 11:14 AM
saya guna perencah mee bandung mak pon atau adami...tu pun dah sedap...
Quote masz83 5-7-2017 12:36 AM
kt muar tu saja pun da macam rasa mi bandung nye... so tatau yang mana yang asli... huhuhu
Quote Tehtarik2017 5-7-2017 09:13 PM
Tak suka mee bandung ni...
Quote nisako 6-7-2017 01:47 PM
sedapnye...................
Quote jointhecurse 10-7-2017 04:13 PM
nmpk sdap!
Quote vanillaninja 11-7-2017 12:03 PM
First time makan mee bandung Muar semalam. Ok la nampak exactly macam dalam gambar atas ni

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.065245s Gzip On
To Top