Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Hilangkan Muak Makan Rendang, Nasi Minyak Dengan Air Mojito!

4-7-2017 05:41 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 3098| Komen: 19

Tak dapat dinafikan, ketika hari raya selepas menikmati makanan berat seperti ketupat, rendang, nasi minyak dan sebagainya kita mahu menikmati minuman yang segar. 

Selain menghilangkan dahaga, adunan bahan segar seperti daun pudina dan lemon boleh melegakan tekak daripada terus berasa muak. 

Antara minuman yang boleh anda sediakan adalah air mojito. Masam, manis dan berangin begitulah antara kelebihan minuman ini. Tambahkan sahaja buah-buahan kegemaran anda seperti mangga, laici atau pun strawberi. Memang terbaik! 

Foto: Carian internet
Bahan-bahan:

500ml air ais krim soda
Daun pudina - 30 helaian
Lemon - satu biji
Buah (ikut suka : strawberi/mangga/laici) 
Ais batu
Air gula - 3 sudu besar cukuplah

Cara-caranya:

1. Masukkan air gula ke dalam jag.

2. Kemudian masukkan daun pudina, hirisan lemon, potongan buah.

3. Seterusnya masukkan air soda.

4. Gaul hingga sebati

5. Akhir sekali, masukkan ais batu yg telah dihancurkan. - CARI


Kredit resipi: Nasrul Namim Mohamad



Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 19
Komen

Previous : Resipi Mee Bandung Muar Asli Kini Bukan Lagi Rahsia

Next       : Sediakan Sendiri Nasi Minyak Lebaran Untuk Rai Tetamu

Komen Terbaru

Quote alieyrina 11-7-2017 03:15 PM
Wahh senang jugak noh..tp daun pudina tu amik mana..aku bukan reti bab2 dapur ni

Lain-lain Komen

Quote CardiGans85 4-7-2017 05:51 PM
Me suka buat air mcm ni gak..tp suka guna combination of serai + timun +pudina. Refreshing n murah.
Quote likecandy 4-7-2017 08:00 PM
Ooo boleh cuba ni
Quote Tehtarik2017 4-7-2017 10:10 PM
So refreshing nampak
Quote imransulaiman 4-7-2017 10:42 PM
CardiGans85 replied at 4-7-2017 05:51 PM
Me suka buat air mcm ni gak..tp suka guna combination of serai + timun +pudina. Refreshing n murah.

Boleh kongsi resipi penuh tak? Terima kasiiiiiiiiih  

Quote Sandal 5-7-2017 09:55 AM
haha, aku ingat air ajinomoto
Quote qistiena 5-7-2017 11:06 AM
dah pernah buat...memang sedap...
Quote tengah_bosan 5-7-2017 11:15 AM
CardiGans85 replied at 4-7-2017 05:51 PM
Me suka buat air mcm ni gak..tp suka guna combination of serai + timun +pudina. Refreshing n murah.

ce share resepi. nak gak merasa. hehe
Quote leena1234 5-7-2017 12:43 PM
Wow..nmpk sedap dan menyegarkan..hehe
Quote buragazz 5-7-2017 01:34 PM
Oo nama dia Mojito rupanya bulan puasa hari tu selalu buat dapat resepi dalam FB kata Soda Herba...
Quote wantabanak 5-7-2017 01:54 PM
sedappppp!!!
Quote Ipo 5-7-2017 02:46 PM


selalu la bancuh air ni kat rumah..resepi campak2 je..
tak tahu pulak nama mujito
fresh!! terbaik
Quote Ipo 5-7-2017 02:48 PM
dalam gambar tu nampak macam ada serai

dah try air campuran serai + halia
best jugak rasanya
Quote sofiazara 5-7-2017 03:08 PM
manisnya! aiskrim soda kan dah ada gula
Quote CardiGans85 5-7-2017 04:58 PM
imransulaiman replied at 4-7-2017 10:42 PM
Boleh kongsi resipi penuh tak? Terima kasiiiiiiiiih

Lebih kurg resepi mcm ni je cuma xde buah2 lain. Timun tu biasa sy blend . Syrup gula buat 1 cup water + I cup of sugar,msk dgn dgn serai sekali (letak 3-5 btg,crushed).tapis bila da msk.

Assemble : blended timun,ais,syrup serai (manis ikut suka),ais krim soda/air perrier pun ok,crushed pudina. boleh letak hirisan lemon klu suka.
Quote shanshero 5-7-2017 10:53 PM
ada jual air ni pasar malam. kembong perot minom
Quote LautBiru52 6-7-2017 11:00 AM
kena letak ais lebih ni sbb air aiskrim soda + air gula kan manis
Quote MsKathryn 6-7-2017 01:51 PM
I mmg suka mojito.. yummy
Quote Modngengade 10-7-2017 03:25 PM
kalau pergi TGI FRIDAY memang order mojito ni
Quote alieyrina 11-7-2017 03:15 PM
Wahh senang jugak noh..tp daun pudina tu amik mana..aku bukan reti bab2 dapur ni

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.057309s Gzip On
To Top