Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Cendol Sagu Rumbia Jalan Labu, Pencuci Mulut Yang Wajib Dicuba

12-7-2017 02:08 PM|Oleh : Hafiz BZ | Dilihat: 2031| Komen: 19

Kredit foto - matmin916.blogspot.my

Penggemar cendol sekalian pernah tak makan Cendol Sagu Rumbia? Rasanya pasti tak ramai di kalangan kita pernah menikmati keenakan cendol yang luar biasa ini.

Kandungan dan bahan-bahannya sangat simple, hanya santan, gula merah & sagu rumbia sahaja tapi rasanya memang sedap. Selain warnanya yang berbeza dengan cendol di pasaran, keistimewaan sebenar cendol sagu rumbia adalah terletak pada isinya yang sangat kenyal. 

Kredit foto - matmin916.blogspot.my

Jika anda ingin menikmati keenakan cendol sagu rumbia ini bolehlah berkunjung di Kampung Lambar, Batu 11, Jalan Labu, Seremban. Di sinilah satu-satunya pengusaha cendol sagu rumbia yang masih aktif di Seremban selepas 15 tahun berkecimpung dalam pembuatan cendol. 

Bukan setakat penduduk tempatan sahaja yang berkunjung ke kedai cendol ini malah ramai pengunjung luar dari Melaka, Selangor dan Johor sanggup bertandang semata-mata ingin menikmati cendol ini. 

Kredit foto - matmin916.blogspot.my

Selain cendol sagu terdapat juga karipap yang dihidangkan secara panas-panas kerana karipap hanya digoreng setelah mendapat pesanan dari pelanggan.

Kredit foto - matmin916.blogspot.my


Harga untuk semangkuk cendol sagu rumbia ini hanyalah RM2.50 sahaja. Kedai cendol ini dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 11 pagi hingga ke 6 petang. - CARI




Sumber rujukan - matmin916.blogspot.my


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 18
Komen

Previous : Cuba Nasi Briyani Line Clear Kg Baru, Meriah Betul Makan Ramai-Ramai Dalam Talam

Next       : Puas Cari Lemang Periuk Kera? Boleh Serbu Ke Gerai Ini!

Komen Terbaru

Quote aqmarissa 17-7-2017 09:39 AM
kampung den ni. singgah la klau lalu sini..

Lain-lain Komen

Quote Ayda89 12-7-2017 02:56 PM
Ala....Mana nak cari ni kat sini nihh
Quote CrowneGlory 12-7-2017 02:57 PM
hujung2 minggu bolehla singgah
Quote RatuDunia94 12-7-2017 03:04 PM
Malam td tertengok kat Majalah 3..
Quote pearl.silver 12-7-2017 03:22 PM
tengok tu teringat kat bubur cukur jambul

dah lama tak makan

teringinnyaaaa
Quote Deidra 12-7-2017 04:09 PM
Lalu sangat, tapi nak singgah kemain payah. sibuk skit jln ni
Quote matchstick 12-7-2017 04:13 PM
sedapnya cendol...lapar ni
Quote watatakut 12-7-2017 05:12 PM
macam bubur caca
Quote -electrifying- 12-7-2017 05:36 PM
sedapnya karipap tu
Quote neurelle 12-7-2017 06:54 PM
Mcm pnh kuar kt majalah 3 je
Quote neurelle 12-7-2017 06:54 PM
Mcm pnh kuar kt majalah 3 je
Quote singlemum_4 12-7-2017 07:30 PM
Deidra replied at 12-7-2017 04:09 PM
Lalu sangat, tapi nak singgah kemain payah. sibuk skit jln ni

Sis memang payah nak masuk sebab jalan sibuk..saya da byk kali rasa..memang sedap
Quote Deidra 12-7-2017 07:38 PM
singlemum_4 replied at 12-7-2017 07:30 PM
Sis memang payah nak masuk sebab jalan sibuk..saya da byk kali rasa..memang sedap

Kan..jln labu tu dgn sempitnya dn keta pn byk.nk masuk payah,nak keluar pn payah.

Aritu dh singgah tp mcm takde org. Nk kata tutup,meja kerusi semua elok ada. Nak kata buka,xde sesapa..heee ntah.takde rezki nk rs.

Nntilah bebila lalu situ lg nk singgahlah. Sedap sgt ye sis..msti try nih
Quote singlemum_4 12-7-2017 07:54 PM
Ikut tekak memasing kotmacam anak tak suka sangat..kekadg kedai dia memang macam tak ada orang...tak pe next time klu kebandar seremban pm kita gether2 pergi
Quote dubuk 13-7-2017 12:50 PM
bende ni tepung je kan ?
Quote nisako 14-7-2017 08:56 AM
cm sedapnyeeeeeeeeeeeeee
Quote aa001225 15-7-2017 01:47 AM
!!!Betul Betul Senang Nak Menang!!!
=========================================

Duduk Rumah Saja. Ada Handphone Boleh Dah.
=========================================
wukong,tembak ikan ,slot game
semua brada di sini
=========================================
Whatsapp 016-704 7797/016-705 7797

=========================================

Online Transfer
Maen ape dpt ape,senang cash in cash out
service 24jam
=========================================
WELCOME BONUS ,DAILY BONUS, TOPUP BONUS
BAGI SEMUA MEMBER

——————————————————
Quote Burong_Hantuk 15-7-2017 04:28 AM
tak bagos untok kesihatan.kerna bamyak gula
Quote aqmarissa 17-7-2017 09:39 AM
kampung den ni. singgah la klau lalu sini..

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.059803s Gzip On
To Top