Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Pasta Cawan Berkuah Tomato Dengan 'Homemade Meatballs' Memang Mengancam!

18-7-2017 05:12 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2164| Komen: 9

Bila sebut makanan barat, mesti sajian pasta menjadi salah satu gambaran makanan yang anda bayangkan, bukan? Ada pelbagai versi pasta yang telah diolah sesuai cita rasa penggemarnya. Jadi, kali ini apa kata kita cuba buat Pasta Cawan Berkuah Tomato Dengan Meatball yang 'kiut miut' ini!




Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun tak puas 'bedal' pasta cawan ni! Jom tengok resepinya!


Bahan-bahan:
Spaghetti pilihan
Sos Spaghetti pilihan

Foto: Wanista

1 biji telur
1 paket daging cincang
1 kotak susu segar
1 biji bawang Holland (saiz serdehana, dipotong dadu)
Serbuk roti (bread crumbs)
Keju Parmesan (parut)
Keju Mozzarella (parut)
Daun Pasli segar
Garam, serbuk paprika, serbuk herba Itali (Italian Herbs), lada hitam, dan gula secukup rasa

Foto: Carian Internet

Acuan tin mufin
Mentega untuk menumis dan gris


Cara-cara:

1. Penyediaan Daging
- Panaskan ketuhar pada suhu 150°c – 200°c.
- Lembutkan daging dan tekap dengan tisu dapur supaya  kering tanpa air.
- Masukkan telur, garam, serbuk lada hitam dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan serbuk roti. = Boleh juga gantikan serbuk roti dengan kekacang campuran granola (ditumbuk halus) untuk sedikit kelainan.



- Gaul semua bahan untuk daging sehingga sebati.
- Bulat-bulatkan daging menjadi bebola dan susun di atas dulang pembakar yang telah digris.



- Bakar sehingga masak.


2. Penyediaan Sos
-  Cairkan satu camca mentega tanpa garam (unsalted butter).
- Masukkan bawang Holland dan tumis sehingga naik bau.
- Tuang separuh balang Sos Spaghetti berserta garam, serbuk paprika, Italian Herbs dan serbuk lada hitam secukup rasa.
- Jika sos terlalu pekat, boleh tuang sedikit susu segar dan masak sehingga mendidih.
- Cincang sedikit daun pasli dan masukkan ke dalam sos.


3. Penyediaan Spaghetti
- Didihkan air di dalam periuk bersama 1 sudu garam dan sedikit minyak zaitun/minyak masak untuk elak daripada pasta melekat ketika ditos.
- Ambil segenggam spaghetti Kimball mengikut cita rasa ***Satu genggam spaghetti boleh hasilkan 6 hingga 8 pasta cawan.



- Patahkan ia kepada dua bahagian, masukkan ke dalam air yang sudah mendidih, dan masak sehingga pasta agak lembut.
- Alihkan daripada air dan biar ia sejuk.
- Gaul pasta bersama keju mozzarella parut. (Satu genggam spaghetti = 1/2 – 1 cawan keju)
- Taburkan keju parmesan pada setiap permukaan dalam acuan tin yang sudah digris dan susun spaghetti ke dalamnya.



- Bakar pada suhu 250°c untuk 10 minit atau sehingga warna spaghetti bertukar keemasan dan garing sedikit. (Jangan bakar terlalu lama takut pasta menjadi keras).
- Akhir sekali, hiaskan spaghetti cawan dengan bebola daging dan sos serta taburan keju parmesan.


Foto: Wanista

Siap dihidang dan dinikmati! Pasti hasilnya memukau hati! Selamat mencuba ya. - CARI



Kredit resipi: Wanista

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Previous : Cara Siang Sotong Kembang Yang Tepat, Hasilnya Lebih Sedap Dan Lembut!

Next       : Sambal Kicap Paling Sedap, Cukup Pedas Manis Dan Lemak. Jadikan Makanan Anda Lebih Meletup!

Komen Terbaru

Quote Amina_Mirza 23-7-2017 08:51 AM
Pernah makan kat open house jiran. Sedap.

Lain-lain Komen

Quote uori 18-7-2017 05:31 PM
sedapppppppppppppnya  
Quote awanearisu 18-7-2017 06:26 PM
Nampak menarik
Quote missinpiece 18-7-2017 07:15 PM
Pnah mkn yg my boss buat 10 taun dulu atas ade seafood..sodap sungguh
Quote redapple10 18-7-2017 08:37 PM
Sedapnya... nk try la nnt
Quote BellaYee 18-7-2017 09:25 PM
Sedapnya... nk try la nnt
Quote nisako 19-7-2017 11:41 AM
sedapnye................
Quote BoongaKertas 19-7-2017 12:29 PM
idea ni menarik! kena lah buat nanti.
Quote ShiningStars 22-7-2017 10:24 PM
Nmpak sedap&menarik
Quote Amina_Mirza 23-7-2017 08:51 AM
Pernah makan kat open house jiran. Sedap.

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047386s Gzip On
To Top