Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Penangan Resipi Lala Goreng Tom Yam Ala Thai, Ratah Satu Periuk Pun Tak Cukup

28-7-2017 01:24 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 2928| Komen: 9

Siapa penggemar siput lala? Fuh, kalau ratah macam tak cukup satu periuk rasanya.

Kalau makan dengan nasi bertambah-tambah pula nikmatnya. Peminat tomyam dan lala, wajib cuba Resipi Lala Goreng Tom Yam Ala Thai.

Padu! Sesuai sangat untuk hidangan makan tengah hari atau malam. Jom cuba!

Foto: FB Viral Oh Viral
Bahan-bahan:
1 kilo lala
1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (dititik/dipecahkan)
1 biji tomato dibelah empat
1 kiub perencah tomyam
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
Seinci halia (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa
Kacang sepat
Brokoli
3 helai daun limau purut/kemagi/selasih (Ikut citarasa masing-masing)


Cara-cara:
1. Panaskan minyak masak
2. Tumiskan bawang putih,bawang besar,cili padi,serai,dan cili kisar
3. Masukkan sedikit air, perencah tomyam, sos tiram dan kacau sebati.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan lala dan goreng hingga sebati dengan sos tadi
6. Masukkan daun limau purut, kacang sepat,brokoli dan tomato
7. Kacau sebati bahan-bahan hingga bila lala dah terbuka Apabila lala dan terbuka, tandanya lala masak
8. Matikan api dan hidangkan.

Buat para isteri yang dah jemu dengan hidangan biasa, cuba pikat selera suami anda dengan resipi ini ya. Selamat mencuba!-CARI

Kredit Resipi: FB Viral Oh Viral


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
1
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Previous : Orang Malaysia Susah Nak Kurus? Mungkin 10 Menu Sarapan Ini Ada Jawapannya

Next       : Ketam Kari Goreng Tepung, Rangup Dan Berempah Memang Kena Cuba!

Komen Terbaru

Quote emelia1509 2-8-2017 05:24 PM
ya Allah sedapnye...peberet ni...balik ni nak g cari lala lala la

Lain-lain Komen

Quote deathacker 28-7-2017 10:50 PM
Hmmm nmpk cam sedap je
Quote dubuk 29-7-2017 05:07 PM
benda halus macam ni kena lima periuk
Quote raradhia 29-7-2017 08:02 PM
xpernah mkn lala, kerang, siput ntah laa nampak mcm xmenyelerakan ja {:dot{:dot
Quote Felycya 29-7-2017 08:42 PM
Ini seperiuk makan sorg je...
Quote pu3kopi 2-8-2017 10:05 AM
nmpak mggiurkan {:childlike
Quote pu3kopi 2-8-2017 10:05 AM
nmpak mggiurkan {:childlike
Quote yayangmama 2-8-2017 12:07 PM
sedap nya lala....masak sambal pon fuhhhh mkn dgn nasi panas2, takde lauk lain pon xpe
Quote bel146 2-8-2017 12:24 PM
boleh try nih..
Quote emelia1509 2-8-2017 05:24 PM
ya Allah sedapnye...peberet ni...balik ni nak g cari lala lala la

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046860s Gzip On
To Top