Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Resipi Kuih Cara Berlauk Ini Paling Senang Di Dunia

3-8-2017 06:11 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 1700| Komen: 8

Kalau sebut pasal kuih-muih, banyak sangat rasanya dan antara yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Kuih Cara Berlauk.

Tapi sayangnya kalau beli di luar, ada sahaja yang tidak kena dari segi rasanya. Apa kata cuba sendiri di rumah. Tak susah pun, percayalah! Jom cuba resipi mudah ini.

Foto: Nasilemaklover.blogspot
Bahan-bahan untuk inti:
300g daging atau ayam kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada putih atau lada sulah
Bahan-bahan hiasan atas:
2 biji cili merah, hiris halus
Bawang goreng
Daun bawang
Daun sup

Bahan-bahan untuk adunan Kuih Cara Berlauk:
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
4 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil pewarna kuning

Foto: Nasilemaklover.blogspot
Cara-cara untuk inti:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga kekuningan.
2. Masukkan bancuhan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air dan masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging bersama lada sulah dan kiub ayam kemudian kacau sehingga kering airnya.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Cara-cara untuk adunan Kuih Cara Berlauk:
1. Bancuh semua bahan adunan kuih cara daan kacau sehingga sebati. 
2. Tapis dengan penapis supaya tiada ketulan tepung.
3. Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. 
4. Kemudian tabur dengan hirisan cili, daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
5. Tutup loyang dengan penutupnya atau tudung periuk.
6. Masak selama lebih kurang 3-4 minit di atas api perlahan. Siap!

Selamat mencuba. -CARI

Kredit Resipi: FB Resipi Viral Terbaik


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 8
Komen

Previous : Terangkat Habis, Ikan Jaket Sumbat Berasap Untuk Yang Gilakan Pedas

Next       : Simple Menunya Tapi Pedas Ya Ampun! Boleh Buat Anda Ketagih Dengan Nasi Paka Ni!

Komen Terbaru

Quote missyL 21-8-2017 10:01 PM
pinkypetal replied at 21-8-2017 09:14 PM
Setuju sangat bab ni chuolls

kekekeke ,kan u

Lain-lain Komen

Quote carly_lah 3-8-2017 09:19 PM
Bulan puasa carly tukang bancuh adunan,  tukang masak hubby tp cara manis la,  bukan berlauk...  Sukatan ikut suka...  Tp setakat ni mmg x pernah la x sedap sbb letak santan... Rasa berlemak aje...
Quote msamyrazi 4-8-2017 08:00 AM
aduhlah sedapnya kuih nie .. dah lama dok mengidam makan kuih nie. nak membuat sejenis malas . payah sungguh lah nak cari kuih kat area kl .
Quote ItisDD 4-8-2017 10:56 AM
Iols slalu wat kuih cara manis jer sbb anak2 suka yg manis2

Cara blauk ni rasanya pernah skali jer wat
Quote spenderterselit 5-8-2017 12:18 AM
Salu buat.sedap.
Quote liewei 5-8-2017 02:38 AM
Tips Scr888

Kepada Onlineclub customers kita :

Boss boleh cuba,ini record palanggan cuci kat game scr888 hari ni ,terima kasih

sila contact customers service kita
whatsapp:014-3211145

fb=https://www.facebook.com/sloton9/?fref=ts
Quote missyL 20-8-2017 02:07 AM
gitu,, paling senang di dunia,lgi senang beli eheheeh
Quote pinkypetal 21-8-2017 09:14 PM
missyL replied at 19-8-2017 06:07 PM
gitu,, paling senang di dunia,lgi senang beli eheheeh

Setuju sangat bab ni chuolls
Quote missyL 21-8-2017 10:01 PM
pinkypetal replied at 21-8-2017 09:14 PM
Setuju sangat bab ni chuolls

kekekeke ,kan u

Lihat semua komen(8)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046920s Gzip On
To Top