Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Nasi Impit Goreng Kan Ada, Anak Tolak Nasi Pun Tak Jadi Masalah

7-8-2017 04:48 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 1924| Komen: 12

Selalu sangat rasanya kita dengar anak-anak kecil yang langsung tidak berselera bila dihidangkan dengan nasi.

Ibu bapa mulalah garu kepala, rungsing betul memikirkan apa lagi menu yang boleh dibuat semata-mata untuk memikat selera mereka.

Kalau nasi bukan pilihan hati, apa kata cuba resipi Nasi Impit Goreng pula. Resipi ini memang popular sampai mendapat lebih dari 3 ribu perkongsian di Facebook Masak Apa Hari Ini.

Nampak macam biasa-biasa, tapi belum cuba belum tahu!

Bahan-Bahan
Nasi Impit Mini
1 sudu serbuk ikan bilis
3 sudu tepung gandum
3 sudu tepung rangup serba guna (Bestari atau jenama lain)
1 sudu tepung jagung
1 cawan air

Cara-Cara
1. Potong nasi impit minit kepada 4 bahagian.

2. Gaulkan nasi impit tadi dengan serbuk ikan bilis.
3. Bancuh tepung gandum, tepung goreng serba guna, tepung jagung dengan air.
4. Masukkan nasi impit ke dalam bancuhan tepung tadi.

5. Goreng sampai garing dengan api yang sederhana.

6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Lembut, rangup dan menyelerakan. Ini bukan anak sahaja yang berebut, silap-silap ibu dan bapa pun tumpang sekaki. Selamat mencuba! -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 12
Komen

Previous : Simple Menunya Tapi Pedas Ya Ampun! Boleh Buat Anda Ketagih Dengan Nasi Paka Ni!

Next       : Gaul-gaul Sekejap Dah Siap, Kerabu Ikan Bilis Jangan Dipandang Sebelah Mata

Komen Terbaru

Quote miskay 22-8-2017 08:29 AM
nasi impit goreng tepung rupanya
ingatkan ala2 nasi goreng style tu

Lain-lain Komen

Quote jue10 7-8-2017 04:59 PM
Tp hr2 mkn gorg ni bg ank pn xelok
Quote RatuDunia94 7-8-2017 05:20 PM
How much caloriesssss?
Quote misc 7-8-2017 05:29 PM
menarik ni boleh try. {:good
Quote alieyrina 7-8-2017 06:57 PM
Air fryer boleh tak..tnya mcm la aku ada priuk tu kan..heehehe
Quote intanpurnama 7-8-2017 09:02 PM
Sekali sekala nk try gak lah dh mcm btk nugget
Quote debab76 7-8-2017 09:50 PM
meols lg prefer nasi himpit goreng ala2 nasi goreng
Quote nisako 8-8-2017 08:32 AM
hmmmm cm menarik............... boleh cuba ni
Quote miemiecha 8-8-2017 10:08 AM
okey.... menarik.. tp nk try x tau bila
Quote fefeeling 16-8-2017 02:50 AM
amboi anak kau duduk dgn family omputih mana yg takde selera tengok nasik ni??
Quote mrsafif 16-8-2017 03:15 PM
aku igtkan resepi lontong goreng
Quote neto 16-8-2017 08:03 PM
sedapnya nanti nak try buat
Quote miskay 22-8-2017 08:29 AM
nasi impit goreng tepung rupanya
ingatkan ala2 nasi goreng style tu

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055880s Gzip On
To Top