Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Gaul-gaul Sekejap Dah Siap, Kerabu Ikan Bilis Jangan Dipandang Sebelah Mata

8-8-2017 04:51 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 3964| Komen: 13

Wow, jarang rasanya mendengar resipi kerabu ikan bilis. Yalah, ikan bilis sering dijadikan sambal tumis mahupun rencah dalam masakan. 

Namun, sebagai bahan utama lebih-lebih lagi kerabu, adalah satu menu yang tak harus dilepaskan. 

Rasa kerabu sayuran ditambah lemak masin ikan bilis menjadikan menu ini bukan sahaja memikat selera malah ekspress pula penyediaannya. Memang berbaloi dan harus dicuba ya nanti!

Foto: Atie Jumaat
Bahan-bahan:
Ikan bilis goreng 1 mangkuk

Bahan Hiris Halus:
Bunga kantan 1 kuntum
Serai 1 batang
Daun ketumbar 1 pokok
Daun limau purut 3 helai
Bawang Holland 1 biji
Cili padi 5 tangkai

Bahan Perasa:
Limau kasturi 8 biji (perah)
Gula perang 2sb
Sos ikan 2sb

Cara-cara penyediaan:

1. Campur bahan perasa. Kacau sampai gula cair.

2. Masukkan bahan hirisan. Gaul sampai semua mesra.

3. Akhir sekali masukkan ikan bilis. Gaul sebati. - CARI


Kredit: Atie Jumaat

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 13
Komen

Previous : Nasi Impit Goreng Kan Ada, Anak Tolak Nasi Pun Tak Jadi Masalah

Next       : Mee Kuah Bakso, Sedapnya Hingga Menjilat Sudu

Komen Terbaru

Quote meisapoya 20-10-2017 08:29 PM
{:childlike

Lain-lain Komen

Quote ninnakarinna 8-8-2017 05:14 PM
Terus lapar tengok gambar ni.. {:iwant
Quote kimchipedas 8-8-2017 06:28 PM
Ini mau x hingat mkn ni nyumm
Quote redapple10 8-8-2017 07:57 PM
Ilan bilis mahal la weiiii...
Quote CardiGans85 8-8-2017 08:02 PM
Sedapnya la......fav me ni ikan bilis goreng....tp malangnya,la ni klu mkn mmg menggaru satu badan{:yameteh{:cryrun..
Quote intanpurnama 8-8-2017 09:34 PM
Makan dgn nasi panas2 sedapnye ade lauk ni pn dh cukup dh
Quote hdon 8-8-2017 11:27 PM
Tak pernah try lagi.. cam sedap je
Quote pinkypetal 9-8-2017 01:03 AM
I pernah buat. Bahan2 lebih kurang kat atas tapi i tambah tomato. Potong kiub2.Sebelum makan simpan dalam peti sejuk.
Quote misswa 9-8-2017 10:09 AM
Memang febret !
Cuma tak tmbah sos ikan je.
Tambah tomato cili api.
Nasi panas2 dengan ni dah umph !
Quote nisako 9-8-2017 10:58 AM
dapnye................................................
Quote kittycomey89 10-8-2017 04:00 PM
Yummy...nak try buat tpi xreti masak...hihi
Quote haiku08 9-10-2017 11:25 AM
sedap..1st time try kat pangkor....smpai skang dok teringat
Quote meisapoya 20-10-2017 08:28 PM
Kecur air liur
Quote meisapoya 20-10-2017 08:29 PM
{:childlike

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049946s Gzip On
To Top