Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Sedap Sangat Katanya Sampai Viral, Jomlah Cuba Nasi Lemak Tanpa Santan Ni!

10-8-2017 11:27 AM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 3708| Komen: 33

Kecoh di laman sosial bila seorang netizen berkongsi resipi nasi lemak tanpa santan. Ramai yang memuji dan tak kurang juga mengecam kerana katanya, nasi lemak tanpa santan bukanlah nasi lemak!

Tak mengapalah kita ambil apa sahaja yang positif kan! Bagi anda yang ingin mencubanya di sini resipinya. Dikatakan sejak resipi tersebut viral, ramai yang sudah mencubanya.

Hasilnya, nasi tetap enak dimakan malah tidak mudah basi!


Bahan-bahan:

1. Bawang kecil
2. Halia
3. Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih

*Semua secukup rasa atau mengikut citarasa

Bahan-bahan untuk nasi:

1. Beras
2. Daun pandan
3. Garam

Cara-caranya:

1. Basuh beras dan tanak seperti biasa. 

2. Masukkan daun pandan dan sedikit garam.

3. Untuk bahan tumisan, tumis bawang kecil, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih. 

4. Masukkan dalam nasi bila nasi hampir kering.

5. Kacau biar sampai sekata. Sedia dihidang dengan sambal tumis kegemaran anda, telur rebus dan juga ulam timun. - CARI 

Kredit: Siti Nor Fathin

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
3
Komen: 32
Komen

Previous : Mee Kuah Bakso, Sedapnya Hingga Menjilat Sudu

Next       : Sediakan Menu Hujung Minggu, Anak-anak Komfem Berselera Dengan Ayam Perap Mayo

Komen Terbaru

Quote akakdendeng 27-9-2017 12:06 PM
biasa biasa je

Lain-lain Komen

Quote raradhia 10-8-2017 12:42 PM
laaa, iols dah lama buat mcm ni. .mkn jah laa pakai nasi biasa tu pun sedap
Quote syue86 10-8-2017 02:24 PM
rasanya ramai pjual nasi lemak buat cmni skg
bau je lebih bila makan..emm xde rs santan
Quote RatuDunia94 10-8-2017 02:41 PM
Pd iols makan je la nasi lemak bersantan tu kalo dh teringin.. Tp bukan la makan hari2.. Seminggu sekali ok la.. Nasi lenak tanpa santan xde umphh.
Quote nisako 10-8-2017 03:09 PM
x best la x de santan
Quote Cyempaka 10-8-2017 03:35 PM
xletak santan pun smp kecoh dilaman sosial ye
aku buat nasik lemak pun tak letak santan, letak virgin coconut oil. habih gak makan
Quote cengkihgirl 10-8-2017 05:07 PM
eh biasa la tak letak santan ni..
apa yang peliknya?
kebanyakan peniaga guna minyak je masak nasi lemak sebab nak jimat kecuali yang betul-betul jaga kualiti dan keaslian nasi lemak.
Quote redapple10 10-8-2017 05:12 PM
Iols derhaka suka guna susu sejat n secubit garam.. boleh la rasa tu
Quote redapple10 10-8-2017 05:12 PM
Iols derhaka suka guna susu sejat n secubit garam.. boleh la rasa tu
Quote jazaa100 10-8-2017 07:29 PM
Aku kekdg guna creamer....

Letak lah daun pandan, kayu manis bunga lawang...halia..
Wangi je..
Quote deathacker 10-8-2017 10:05 PM
Apa susah sgt nak cari santan. Simpan je stok santan dlm kotak kat rmh.
Bila2 rasa nak buat nasi lmk, curah je santan kotak tu. X pyh susah2 nak perah kelapa
Quote CiliPadiSedap 11-8-2017 12:51 AM
Akak punya nasi lemak bila dh nak masak letak coconut shake.. baru hipster nasi lemak dik.. resipi turun temurun.. kalau akak ajar nanti viral pula..
Quote CiliPadiSedap 11-8-2017 12:52 AM
deathacker: Apa susah sgt nak cari santan. Simpan je stok santan dlm kotak kat rmh.Bila2 rasa nak buat nasi lmk, curah je santan kotak tu. X pyh susah2 nak perah  ...
santan kotak dgn santan perah rasa xsama..budak hipster je pakai santan kotak.. akak chef masak wajib guna santan original.
Quote SecretLuv 11-8-2017 02:04 AM
Bagi aku, kalau nasi lemak tak ada santan, bukanlah nasi lemak namanya.
Baik tak payah letak nama nasi lemak.
Quote dubuk 11-8-2017 08:20 AM
kalau kau jual nasi lemak tapi bila aku makan tak ada santan aku saman kauuuu
Quote pinkypetal 11-8-2017 08:32 AM
raradhia replied at 10-8-2017 04:42 AM
laaa, iols dah lama buat mcm ni. .mkn jah laa pakai nasi biasa tu pun sedap

Tau x per.i pon dah lama buat kot. Motep sekarang baru nk viral?
Quote raradhia 11-8-2017 08:39 AM
pinkypetal replied at 11-8-2017 08:32 AM
Tau x per.i pon dah lama buat kot. Motep sekarang baru nk viral?

zaman viral semua nak di viralkan, yg pengikut setia viral rajin plak mengikut

pdhal boleh ja mkn dgn nasi apa2 pun, kihkih
Quote raradhia 11-8-2017 08:39 AM
sambal bilis mkn dgn buras makanan bugis tu pun sodapppp
Quote dekmieDandy 11-8-2017 08:48 AM
penah buat cmni tapi gnti santan ngan susu sejat

x sedap
Quote sofiazara 11-8-2017 11:54 AM
takde santan tapi ada minyak tumis
so jadi berlemak juga

Lihat semua komen(33)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051740s Gzip On
To Top