Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Laksa Dalam Tempurung? Uish Kena Cuba Ni...

10-8-2017 03:12 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 2303| Komen: 32

Lekaihh..lekaihh! Peminat laksa kena cuba ni!

Bagi anda yang berkunjung ke utara tanah air, apa kata singgah dahulu di kafe Mama Americano Western Food yang terletak di Baling Kedah. 

Ha, nama aje seperti menyediakan makanan Barat! Sebenarnya menu signature di sini ialah laksa tempurung!

Memang pelik dan unik kan? Bayangkan laksa dihidangkan dalam tempurung! Jika sebelum ini viral bila air batu campur dan juga aiskrim dihidangkan dalam tempurung.

Terdapat 3 menu istimewa sebenarnya yang diletakkan dalam tempurung di kafe ini iaitu laksa sendiri, abc, dan juga laicikang. 

Harganya pula sangat berpatutan iaitu cuma RM3 untuk setiap mangkuk. Mana nak dapat harga macam ini kan. 

Jom apa lagi, kita ke sini, lokasi tepatnya di Charok Bemban Kupang, Baling Kedah. Siapa dah cuba, berilah tahu bagaimana rasanya ya! - CARI 









Lokasi : 
Restoran Mama Americano 
Kg bukit Terabak, Charok Bemban Kupang, Baling.

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 32
Komen

Previous : Lupakan Asam Pedas, Cuba Mi Goreng Sotong Jumbo Pula Bila Ke Melaka

Next       : -

Komen Terbaru

Quote pinkypetal 21-8-2017 09:18 PM
Jauhnyelaaa..

Lain-lain Komen

Quote manehnya 10-8-2017 03:14 PM
amboi la dekatnya

lokasi tepatnya di Charok Bemban Kupang, Baling Kedah
Quote kiambang 10-8-2017 03:31 PM
Jauh benar nak pergi ..
Quote matchstick 10-8-2017 03:47 PM
nmpk sedap..tp tempurung tu kecik. padan lah dgn harga rm3. tp seksa nk makan mesti terpercik2 kuah sbb bekas kecik
Quote prettyuglybabe 10-8-2017 03:48 PM
sedapnya nampak abc
Quote aleesyasofia 10-8-2017 03:57 PM
sdapnya.. jauh plak nk prgi.. dkt cni sush nk cri laksa yg menepati citirasa.. kalo blik kg mmg cari laksa kole.. kt kg ler yg ssuai dgn anak tkak..
Quote pearl.silver 10-8-2017 05:29 PM
Dah penah mkn laksa tempurung kat penang. Yg penting kuah laksa nye sedap. Xkira la hidang dlm tempurung ke mangkuk ke
Quote kotakbaju 10-8-2017 06:38 PM
Aku suka laksa beras macam ni lagi, rasa puas bila makan. Tak macam kat kampung suami ni, belah perak. Laksa diorang jenis laksa mi, laksa dia color nak kuning macam mi, rasa pon nak macam mi, cam tak sedap pulak nak makan even kuah laksa tu sedap.
Quote beautifulliar 10-8-2017 09:10 PM
Kecik plk nmpk tmpurung tu nti nk makan pun tak puas mesti godek sket je terus tumpah{:question
Quote intanpurnama 10-8-2017 09:13 PM
Kalau kuahnya sedap mau x ckp 1 tempurung ni dh la my peberet
Quote deathacker 10-8-2017 09:57 PM
Sedapnya laksa. Tambah lg mkn dgn abc. Tp jauh sgt la
Quote AvaAdore 10-8-2017 10:12 PM
Sedapnya abc tuuu ^o^
Quote Kasutumitinggi 10-8-2017 11:11 PM
Unik...tp jauhnya lahai...{:childlike
Quote haryatie 11-8-2017 09:06 AM
Edited by haryatie at 11-8-2017 09:07 AM

ABC nmpak sedapnya
tp sedap lagik laksa kat tanah tumpahnya darah ku...Kuala Kangsar
Quote rospinki 11-8-2017 10:30 AM
nak pi nak pi nak pi
Quote mamapea 11-8-2017 12:00 PM
pandai peniaga ni kreatif...
letak dlm tempurung mcm tu nmpk menarik...
Quote b_n_c 11-8-2017 01:51 PM
haryatie replied at 11-8-2017 09:06 AM
ABC nmpak sedapnya
tp sedap lagik laksa kat tanah tumpahnya darah ku...Kuala Kangsar

laksa kuala kangsar lain dr yang lain kan..

kenapa nama dia x selalu diperkatakan sepertimana laksa johor, laksa utara/laksa kedah dan laksa kelantan??

@kotakbaju aku sarankan siapa yg dok kuala kangsar dan teringin nak rasa laksa utara piau punya bleh try kat kedai "LAKSA POKOK LIMAU"...

dah lama dah aku cari laksa kedah kt kualan kangsar, ssh nak dpt sebab kebanyakan tempat akan jual "Laksa Kuala" yang kuahnya cair dan laksanya iti diperbuat dari beras, halus...tp ok la blh je mkn...

tapi aku dah test mkn kuah cair tu dgn 'mi laksa' biasa tu, x masuk..dia kena mkn dgn mi dia tu jgk baru kena.

Quote hazelinsnow 11-8-2017 04:25 PM
haryatie replied at 11-8-2017 09:06 AM
ABC nmpak sedapnya
tp sedap lagik laksa kat tanah tumpahnya darah ku...Kuala Kangsar

Kat kuale kangsar kat mana laksa sedap?
Dulu deme kabo yg kat tepi sungai tu.. bila makan idak le sedap bebeno..
Quote Pink_Purple 11-8-2017 07:11 PM
wauu sedaapnya laksa
Quote Hatida 12-8-2017 03:35 PM
Kt terengganu pon ade. Sedap wehhh! Abc dlm tempurung pon hado..

Lokasi : pulau kambing,
Jalan losong (jln ke gerai keropok losong/keropok losong kakyah/keropok lekor adik beradik)

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046782s Gzip On
To Top