Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Pes Buatan Sendiri Paling 'Kaw', Rahsia Rasa Tom Yam Setanding Di Bangkok

15-8-2017 01:04 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 3309| Komen: 26

Kalau resipi untuk membuat menu masakan Tom Yam dah berlambak rasanya, tapi jarang benar yang berkongsi untuk membuat pes Tom Yam itu sendiri.

Leceh sangat ke untuk membuatnya ya? Tentulah tidak, sebab resipi yang satu ini memang akan membuatkan masakan Tom Yam anda setanding seperti restoran di Bangkok. Kalau tak percaya, jom cuba!

Foto: www.amazingayu.com
Bahan-Bahan:
2 Biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 Hiris lengkuas
7 Helai daun limau purut
4 Sudu makan udang kering
10 Ekor ikan bilis
4 Inci belacan
3 Sudu cili kering yang dikisar
Air asam jawa
Gula perang
Garam

Foto: www.amazingayu.com
Cara-Cara:
1. Masukkan kesemua bahan (Kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang dikisar sehingga lumat dengan api yang perlahan.
3. Ketika ini bau Tom Yam akan mula terbit dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam. Seimbangkan rasanya.
5. Tutup api dan sejukkan selama beberapa jam sebelum disimpan ke dalam botol yang kedap udara.

Foto: www.rasa.my
Siap! Selepas itu boleh masak Tom Yam macam biasa menggunakan pes yang telah dihasilkan tadi. Memang meletup, siapa yang nak pikat bakal mak mertua bolehlah cuba ya! -CARI

Kredit Resipi: Fatiha Hanani Ismail‎ 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
7
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 26
Komen

Previous : Banana Bites, Bukan Sebarang Kudapan! Yummy

Next       : Aiskrim Piza Pula Dah, Lalu Ke Nak Makan?

Komen Terbaru

Quote Husnaazri 4-10-2017 04:01 AM
Ok esok nak beli bahan

Lain-lain Komen

Quote buapakperut 15-8-2017 01:19 PM
dengar tips acik2 ckp masa masak campur akar ketumbar lagi sedap, nk try la pes ini
Quote raradhia 15-8-2017 01:35 PM
Edited by raradhia at 15-8-2017 03:27 PM

packet tomyam adabi, nona, maggi. .hurmmm, xsedap rasa masam cuka ja yg lebih. .

bagus jgak ada paste ni, boleh iols jual dpt jgak mjana pendapatan gittew
Quote freezyout 15-8-2017 02:40 PM
boleh cuba ni
Quote hatikosong 15-8-2017 03:06 PM
mcm byk jek belacan nye smpi 4 inci huhuhu...
Quote matchstick 15-8-2017 03:35 PM
nk try weekend ni
Quote FanTasyCreaTioN 15-8-2017 03:54 PM
hatikosong replied at 15-8-2017 03:06 PM
mcm byk jek belacan nye smpi 4 inci huhuhu...
salah taip kot ..
4inci memang banyak arr .. mungkin 4cm

Quote RooneyMara 15-8-2017 03:54 PM
Thank you!! Boleh try ni. Sapa yg try please update benang ni k. Nak tau gak betul ke rasa mcm kat Thai
Quote pinkypetal 15-8-2017 05:02 PM
buapakperut replied at 15-8-2017 05:19 AM
dengar tips acik2 ckp masa masak campur akar ketumbar lagi sedap, nk try la pes ini

Haa betol. I pon ada baca. Baru2 ni tengok nadia anuar masak tomyam pon ada letak akar tu.


Quote Syalovely 15-8-2017 05:05 PM
Thx for sharing..blh cuba nnt
Quote sofiazara 15-8-2017 05:08 PM
belacan ni tak elok dimakan
Quote pearl.silver 15-8-2017 05:33 PM
boleh tahan berapa lama ni...
kena simpan dlm peti ais ke
Quote diss69 15-8-2017 06:24 PM
Insyaallah nk try jugak laa...
Quote diss69 15-8-2017 06:25 PM
suka sngt tom yam...
Quote kukukatablog 15-8-2017 07:01 PM
kalo orang resdung mau gatal hidung,
dengan belacan 4 inci, udang kering lagi...
Quote tembikai 15-8-2017 08:13 PM
sedappp nihhh..nk try la nnti
Quote ShrekFiona20 15-8-2017 08:20 PM
sedappppnyer tom yammm..
Tq for sharing.. wiken ni na buat laaa..
Quote RatuDunia94 15-8-2017 10:00 PM
Iols pernah makan kt kedai makan, hanat betul makcik tu dia masak tomyam pakai paste adabi je agaknya.. Dah la x sedap masin lak tu.. Kalo setakat guna paste segera tu baik aku masak sendiri..
Quote carly_lah 15-8-2017 11:46 PM
Carly beli paste tom yam kt nsk je,  x payah nk perah asam limau,  tambah garam etc...  Mmg umph sedap rasanya...  Tp lupa cap apa...  
Quote Jeniechan 16-8-2017 07:33 AM
Selalu buat paste tomyam sendiri.tp xpnh lg letak gula perang.nt boleh try. Btw kalau nk pkatkan tomyam letak sos cili+sos tomyam sikit.

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054740s Gzip On
To Top