Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Nak Melancong Tapi Risau, Taiwan Yang Sekarang Dah Mesra Muslim Tau!

18-8-2017 05:16 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 2949| Komen: 22

Kalau nak diikutkan destinasi pilihan untuk melancong, Taiwan memang tersenarai dalam pilihan utama sebab banyak tempat yang cantik dan menarik.

Namun sayang sebab sebelum ini ramai yang berat hati ke sana sebab susah nak cari tempat makan yang halal dan selain tempatnya yang tidak mesra Muslim.

Tak jadi masalah lagi sebab sekarang keadaan ini sudah berubah sama sekali sebab Biro Pelancongan Taiwan kini giat menjalankan usaha bagi menarik pelancong Islam dari segenap pelusuk dunia untuk datang ke sini.

Foto: slh.com
Ditambah pula Islam di sana sedang berkembang dengan penduduk Muslim yang mencecah lebih dari 60 ribu orang, dan kebanyakannya terdiri dari etnik Hui.

Bagi memudahkan perjalanan pelancong di sana, penggunaan pengangkutan awam amat digalakkan dan lagi menarik sebab mereka menyediakan tempat wuduk dan solat yang sangat selesa.

Ia dibina khas di tempat-tempat yang mempunyai pemandangan yang menakjubkan, secara tidak langsung sudah cukup untuk buat kita mengagumi kebesaran Tuhan.

Foto: Justgola
Tempat-tempat seperti Taoyuan International Airport, Kaohsiung International Airport, Taipei Train Station, Kaohsiung Train Station, and Taiwan High Speed Rail Taichung Station semuanya sudah menyediakan kemudahan yang mesra Muslim. Ibadah tetap boleh dijalankan walaupun di mana-mana sahaja.

Restoran-restoran serta hotel-hotel yang menyediakan makanan Halal juga semakin berkembang di sana dengan lebih dari 109 tempat setakat ini. 

Foto: Berita Harian
Tips bagi pengunjung adalah memilih premis makanan yang memiliki logo 'Halal' dan 'Salam' kerana kedua-duanya mendapat kelulusan penyediaan makanan mengikut syariah oleh Persatuan Cina Muslim (CMA).

Selain singgah untuk mengisi perut di tempat-tempat makan ini, ia turut menyediakan ruang solat dan istirehat bagi pelancong sebelum bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

Rugi kalau tak cuba beberapa makanan yang menjadi keistimewaan di sini seperti Taiwan Beef Noodle yang boleh didapati di Restoran Mi Daging Lembu Ai-Jia Qingzhen. Selain itu beberapa premis yang harus dicuba makanannya termasuk Taipei Halal Bimillah Restaurant 11, Ali Baba's Indian Kitchen dan Lahore Restaurant.

Foto: Hungryintaipei
Foto: Tripzilla
Malahan ada di antaranya memiliki dua tingkat berlainan dan dapurnya pula terpisah dua, bagi menyediakan tempat makan dan ruang memasak khas untuk pengunjung Muslim.

Jangan lupa ambil kesempatan untuk mengunjungi rumah ibadah yang ada di sana termasuk Masjid Agung Taipei di Jalan Daan di Taipei, Masjid Kaohsiung, Taipei Cultural Mosque, Masjid Jamik Taichung, Masjid Long Gang dan Masjid Tainan.

Foto: Trip Advisor
Kalau nak disenaraikan tempat wajib singgah di Taiwan memang tak cukup ruang, tapi antara yang menjadi tumpuan adalah Sun Moon Lake, Taman Tema Leofoo, Ladang Ekologi Taiyi, Yehliu Geopark dan Jiufen Old Street.

Bagi mereka yang nak tahu maklumat lanjut tentang Taiwan, boleh layari laman web ini, www.taiwan.net.my/ms/ atau eng.taiwan.net.tw atau https://www.travel.taipei/muslim/-CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
1
Sedih
3
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 22
Komen

Previous : Tak Lengkap Ke Pulau Pinang Jika Tak Jejak Kaki Kat Muzium Ini!

Next       : Berpuluh Pengunjung Gunung Kidul Disengat Obor-obor

Komen Terbaru

Quote Jorja 8-11-2017 06:14 AM
Hairdresser I chinese dia baru aja balik dri taiwan dia warning kat aku jangan masuk kfc ada babi katanya best dengar dia cerita2

Lain-lain Komen

Quote Penglipurtales 18-8-2017 05:30 PM
Menarikk. Antara tempat perlancongan dalam list
Quote pearl.silver 18-8-2017 07:59 PM
Bestnya...nak pi...
Quote umbut 18-8-2017 09:32 PM
Boleh naik roller coaster kat taiwan tu..
Quote AJ88 18-8-2017 09:53 PM
Tambah lagii list.
Quote CloverTan21 19-8-2017 05:01 AM
banyak makanan kat taiwan!!
Quote CloverTan21 19-8-2017 05:10 AM
Senang Main.Senang Cuci
SCR888,ROLLEX,PLAYBOY,LPE,JOKER

https://api.whatsapp.com/send?phone=60162943737
Quote mehmet 20-8-2017 01:25 AM
OK,,destinasi berak dalam shower room seterusnya
Quote missyL 20-8-2017 02:01 AM
wahhh, elok la, nti bole pg
Quote rainbow259 20-8-2017 12:07 PM
wahhh tempat twice tzuyu nii.. nk pegi!, :-)
Quote rainbow259 20-8-2017 12:08 PM
Penglipurtales replied at 18-8-2017 05:30 PM
Menarikk. Antara tempat perlancongan dalam list

yupp msuk dlm list..
Quote bottombikini 21-8-2017 10:25 AM
bestnye! oklah ..masuk list january
Quote powermower8 21-8-2017 11:09 AM
Mai youlls join saye di DAFABET! x yah DEPOSIT! Kasi lu FREE RM48 pulak tu~ Alahai jom la main skrg!




Quote Peterpan17 21-8-2017 01:11 PM
Aku klu negara yg bahasanya ckp cing cong, cing cong mmg tak tergerak nak pergi. Mgkn pergilah tp lepas dah abis puas pusing negara lain lah kot.
Quote sapeka 22-8-2017 07:49 AM
Peterpan17 replied at 21-8-2017 01:11 PM
Aku klu negara yg bahasanya ckp cing cong, cing cong mmg tak tergerak nak pergi. Mgkn pergilah tp le ...

nape?
tak best ke?
Quote Artemesiaa 22-8-2017 11:55 AM
Jangan risau Taiwan ni banyak pengaruh Jepun sebab pernah kena jajah dengan Jepun kejap so mentality orangnya pun tak macam mainland sangat.  Barang original murah2.  Kalau suka nature sightseeing hiking memang sesuai.  Banyak train station ada prayer room so menyenangkan untuk muslim traveller.  Elok rujuk thread Taiwan untuk info travel kesana.
Quote Peterpan17 22-8-2017 12:54 PM

Yg negaranya speaking mandarin or cantonese, klu boleh aku avoidlah. Dah pernah ke China dan Hong Kong. Not really fond of this country. Tp of course Hong Kong jauh lbh bagus orang2 nya dr China.
Quote pinkpunk 5-9-2017 09:11 AM
serious best gila taiwan
Quote Husnaazri 4-10-2017 04:00 AM
Menarik taiwan ni
Quote Kloe22 4-10-2017 01:19 PM
best je Taiwan ni.. So many place to visit. tp language barrier la yg jadi masalahnye. Mcm Jepun. Pandai2 la nk survive.

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046735s Gzip On
To Top