Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Bimbang Anak Makan Jajan Tak Berkhasiat Di Sekolah? Sediakan Omelet Mi Ini!

21-8-2017 02:24 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1712| Komen: 15

Ibu bapa yang mengutamakan keselamatan dan kesihatan anak-anak pasti akan menyediakan sendiri bekal makanan untuk dibawa ke sekolah. 

Malah, menyediakan bekal makanan untuk anak adalah satu tindakan bijak! Selain terjamin kebersihan dan khasiatnya, bekal makanan merupakan cara menghindari jajan yang belum tentu menyihatkan.

Nak menyediakan bekal anak ni tak susah mana pun sebenarnya. Antara rajin dengan tidak je. Apa yang penting, menunya disukai anak.

Jika anak anda menggemari telur dan mi, anda boleh buatkan mereka telur dadar atau omelette mi agar mereka lebih berselera menikmati makanan di waktu rehat mereka. Jom lihat resipinya!


Foto: Okezone Lifestyle


Bahan-bahannya:
2 butir telur
1 bungkus mi segera
1 biji lobak merah, dicincang
1 batang daun bawang, dihiris tipis
1 ulas bawang putih
Garam dan gula secukupnya (nak guna rencah mi segera pun boleh)
Sos cili/tomato sebagai pencecah


Cara membuatnya:
1. Kacau telur sampai kembang. 
2. Rebus mi hingga masak, toskan. Kemudian, potong dengan gunting agar tidak tergumpal. 
3. Masukkan mi dan sayur ke dalam telur dan kacau rata.
4. Masukkan adunan mi dan masak dengan api sederhana hingga agak kering. Balikkan omelet dan biarkan hingga masak.


Foto: Food To Love

Untuk membuat omelet lebih garing atau rangup, anda boleh tambahkan crackers, atau oatmeals. Memang kedengaran agak pelik, tetapi serius omelet anda akan jadi lebih rangup dan enak! Selamat mencuba. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 15
Komen

Previous : Tak Payah Ke Mamak, Uli-Uli Doh Sendiri Dah Siap Roti Canai Gebu Gebas

Next       : Tepung Pisang Goreng Viral, Macam Ni Rupanya Bancuhan Rahsia Enak!

Komen Terbaru

Quote Allthatnana 24-8-2017 01:08 PM
Sedapnyaaaa..mcm murtabak maggie..

Lain-lain Komen

Quote husie91 21-8-2017 02:37 PM
Laa murtabak megi rupanya hehe tp berkhasiat ke tuu mcm sama je dgn makan jajan {:nose
Quote kautaumanner 21-8-2017 03:09 PM
menu ni sesuai utk ibu2 stok pemalas cam @sebu1

Quote Sazida 21-8-2017 03:34 PM
untunglah ada ank yg nk bawak bekal g sekolah. adik aku xnak bawak. bg la ape pun. xnk dia bwk. dia malu. nampak miskin kata dia.,. bg duit 3.00 je dia ckp.pandai la dia mkn.
Quote bel146 21-8-2017 03:57 PM
husie91 replied at 21-8-2017 02:37 PM
Laa murtabak megi rupanya hehe tp berkhasiat ke tuu mcm sama je dgn makan jajan {:nose

kann...beria la aku baca resepi tu satu2...adoi...haha
Quote Skuau 21-8-2017 04:00 PM
Megi bkn elok pon tuk bebudak...
Quote rainbow259 21-8-2017 06:11 PM
hhahahaa mee segera pn xelok ok
Quote rainbow259 21-8-2017 06:11 PM
husie91 replied at 21-8-2017 02:37 PM
Laa murtabak megi rupanya hehe tp berkhasiat ke tuu mcm sama je dgn makan jajan {:nose

tau tkpe weh. haahah.
Quote raradhia 21-8-2017 06:26 PM
Sazida: untunglah ada ank yg nk bawak bekal g sekolah. adik aku xnak bawak. bg la ape pun. xnk dia bwk. dia malu. nampak miskin kata dia.,. bg duit 3.00 je di ...


kesian tau apa lg bdk2 yg dpt RMT kat sekolah tu, selalu kena ejek2. .sepupu iols yg bdk darjah ni laa slalu ckp psl bebudak RMT tu, dia ckp org miskin. .terus iols pun ckp laa kat dia, dorg bukan miskin tp dorg jimat. .kerajaan kan bg free, hihi. .

bebudak skrg pun, mulut bkn main
Quote miskay 22-8-2017 08:26 AM
murtabak meggi ke
tapi lama gak tak buat ni
Quote Chesire_Epilog 22-8-2017 10:19 AM
Mee segera pun tak berkhasiat la TT
Quote CardiGans85 22-8-2017 10:26 AM
Ni kurg berkhasiat la..letak kentang ke,sweet potato ke,tomato ke, campur ayam lg sedap kot..n berkhasiat.
Quote wafeloren 23-8-2017 04:06 PM
hm..bile la nak ade kekuatan dan kerajinan nak masak ni..
Quote lyza2474 24-8-2017 10:45 AM
sabo jelah khasiat tang mana tuu
Quote tenukbelaan 24-8-2017 12:37 PM
hadehhh...jajan ngan maggi tu idok ke sama2 tak berkhasiat...btw,,thx for the recipe.. tapi boleh try la kalau guna spageti ke..ok je..
Quote Allthatnana 24-8-2017 01:08 PM
Sedapnyaaaa..mcm murtabak maggie..

Lihat semua komen(15)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045624s Gzip On
To Top