Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Pasar Raya Jerman 'Buang' Produk Asing Bagi Kesedaran Tentang Rasis

25-8-2017 12:35 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 5248| Komen: 34

Apa perasaan anda apabila mendapati pasar raya 'kosong'? Yang ada, hanya barang-barang tempatan yang 'boleh dikira dengan jari' jumlahnya.



Memetik BoredPanda, situasi ini berlaku di pasar raya Edeka di Hamburg, Jerman, di mana mereka menyingkirkan semua produk buatan asing dalam usaha memberi kesedaran terhadap sikap perkauman dan kepelbagaian bangsa.

Kosong. Sekali tengok, nampak macam mereka terlupa mengisi semula, namun rak yang kosong itu digantikan dengan papan tanda mempamerkan slogan antixenofobia.



Di bahagaian produk keju, mereka letakkan slogan bermaksud 'Kosongnya rak ini tanpa 'orang asing'.

Di tempat lain diletakkan papan tanda dengan slogan 'Bosannya rak ini tanpa kelainan'.




Dalam kempen berlangsung selama sehari itu, Edeka memutuskan untuk menjual produk makanan tempatan sahaja sepanjang hari bagi menekankan 'maksud sebenar' dari perkataan perkauman dan kepelbagaian bangsa.



Jurucakap pasar raya terbabit berkata, mereka menyokong kepelbagaian bangsa dan budaya.

Dan selama ini, pelanggan memilih mereka kerana Edeka menawarkan konsep kepelbagaian yang unik kepada pelanggan.



Jadi, kalau kita saling memerlukan, mengapa perlu mengamalkan sikap perkauman?


Foto: BoredPanda

Macam mana? Adakah anda rasa cara ini mampu meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung sikap perkauman dan kepelbagaian bangsa? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
6
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 34
Komen

Previous : Eh, Eh..Ramai Belum Tahu Di Genting Highlands Pun Dah Ada Premium Outlet!

Next       : Keindahan Pemandangan Paya Menyerupai Otak Manusia Yang Memukau!

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 3-9-2017 02:33 PM
pearl.silver replied at 25-8-2017 01:51 PM
Cerita pasal produk tempatan ni i perasan
Kat kedah produk sos kicap bumiputera senang nak idup. I  ...

Kicam mudim mmg sedap

Lain-lain Komen

Quote Elle_mujigae 25-8-2017 12:39 PM
Wow bagusnya... kalau slogan je tak masuk..apply terus mcm ni mmg terus nampak mesej yg ingin disampaikan...{:good
Quote Artemesiaa 25-8-2017 12:44 PM
Bagus juga ada kesedaran sebegini jadi pelajaran buat semua
Quote AbukRokok 25-8-2017 12:57 PM
playing good good.. sebabtu lah eropah skrg huru hara
kebodohan yang membinasakan mereka sendiri

Quote umbut 25-8-2017 01:00 PM
Jerman rasis ke org2 nya?
Quote pearl.silver 25-8-2017 01:51 PM
Cerita pasal produk tempatan ni i perasan
Kat kedah produk sos kicap bumiputera senang nak idup. I duk sana dulu pun mkn kicap sos mudim. Kedai mkn pun letak kicap sos ntah apa jenama bumiputera ni..jarang la nampak sos megi, kicap jalen kt kedai makan.
Tapi kt negeri asal i macam xpernah nampak produk bumiputera ni..xde usahawan kecil buat atau xdapat sambutan..
Quote manjalara_01 25-8-2017 01:54 PM
ingatkan zombie apocalypse tadi

thumbs up! creative, innovative & effective
Quote ellejo 25-8-2017 02:01 PM
Edited by ellejo at 25-8-2017 02:02 PM

ai pegi jerman awal bulan 8 ritu hantar laki i keje sana. brg runcit dia murah ye. beli kat Aldi. susu lembu berkotak2 beli.

tak check pule made in mana. rasanya lokal kot sebab nampak banyak lembu kat jerman.  
Quote Ubatdemam 25-8-2017 02:12 PM
Sepanjang aku travel or dok overseas..aku rasa yang paling racist ialah msian. Perkauman kuat kat sini
Quote zeed 25-8-2017 02:22 PM
Aku suka germany. Negara kedua aku suka lepas switzerland.untung kawan aku kawen org sana.
Quote Joannalee 25-8-2017 02:23 PM
Bgs cara die... klu x sedar jugak Xtau la
Quote tenukbelaan 25-8-2017 02:42 PM
kalau kat Malaysia buat gini..pon banyak jugak produk luar kot..
Quote mamapea 25-8-2017 02:53 PM
pearl.silver replied at 25-8-2017 01:51 PM
Cerita pasal produk tempatan ni i perasan
Kat kedah produk sos kicap bumiputera senang nak idup. I  ...

kicap mudim sedap gila...blk penang baru dpt mkn...kt belah utara jer ada jual...kt kl ni susah nk jumpa...
anak2 aku mmg suka btl...hari2 mkn nasi dgn kicap mudim pun diorg berselera...
Quote batman_2007 25-8-2017 02:59 PM
Wow speechless tapi bagus jugak ye..
Quote -electrifying- 25-8-2017 02:59 PM
terbaik lahhh
Quote JokesCop 25-8-2017 03:00 PM
Ubatdemam replied at 25-8-2017 02:12 PM
Sepanjang aku travel or dok overseas..aku rasa yang paling racist ialah msian. Perkauman kuat kat si ...

Oh really? Kaum mana agaknya yg rasis?
Quote mujer_in_espejo 25-8-2017 03:08 PM
german pun rasis kuat jugak ye...
Quote rainbow259 25-8-2017 03:19 PM
bagus sgt kesedaran mcm ni{:hooray
Quote rainbow259 25-8-2017 03:20 PM
Joannalee replied at 25-8-2017 02:23 PM
Bgs cara die... klu x sedar jugak Xtau la

betul.....
Quote rainbow259 25-8-2017 03:21 PM
tenukbelaan replied at 25-8-2017 02:42 PM
kalau kat Malaysia buat gini..pon banyak jugak produk luar kot..

kan.. bole jgk apply kt malaysia.. bg kesedaran kt kaki racist

Lihat semua komen(34)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046678s Gzip On
To Top