Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Semarakkan Semangat Kemerdekaan Dengan Burger Hipster Edisi Negaraku!

30-8-2017 12:35 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1406| Komen: 9

Wah! Meriah betul rupa burger baharu dari Cabin Steak House ini! 


Foto: FB Viral Media Johor

Nampaknya 'kedai burger' berlumba-lumba mencipta burger baharu sempena menyambut Hari Kebangsaan.

Jika sebelum ini myBurgerLab menghasilkan Burger Nasi Lemak Rendang Ayam, kini Cabin Steak House menampilkan burger baharunya iaitu Burger Hipster Edisi Negaraku! Ha, hantu burger dan kaki hipster sudah pasti tak sabar untuk mencuba burger ini, kan?


myBurgerLab

Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, warna rotinya diinspirasikan dari warna jalur gemilang iaitu Merah,Putih,Biru dan Kuning. Unik, lain dari yang lain!



Memang teruja nak rasa burger ini. Dengar cerita, burgernya memang lembut dan sangat lazat. Tak rugi mencuba sebab burgernya jauh lebih murah berbanding Burger Nasi Lemak Rendang Ayam tau! Hanya RM6.50 sahaja.



Restoran ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Ahad.



Foto: FB Cabin Steak House

Sesiapa dah mencuba burger ini, jangan lupa kongsikan pendapat anda okey? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
0
Lawak
3
Bosan
1
Komen: 9
Komen

Previous : Makan Ikan Celup Tepung Tepi Pantai Terengganu, Suasana Persis Di Lombok!

Next       : Indomie Dah Buka Kafe Di Sungai Besi, Jom Pekena Sekali!

Komen Terbaru

Quote manjalara_01 31-8-2017 02:37 PM
SecretLuv replied at 31-8-2017 12:33 PM
Ha'ah. Burger King pun sedap. A&W pun sedap.
Cuma burger KFC je kurang gemar. Lagi suka burger da ...

kalau kfc suke wedges

Lain-lain Komen

Quote SecretLuv 30-8-2017 12:55 PM
Eee.. Aku paling tak suka orang letak sos cili banyak-banyak kat burger. Habis lembik roti.
Quote PICes_Boy 30-8-2017 01:18 PM
erk..banyaknya colouring..cannot go
Quote irwansuhadi 30-8-2017 02:26 PM
nampak menarik....
Quote pinkypetal 30-8-2017 07:03 PM
SecretLuv replied at 30-8-2017 04:55 AM
Eee.. Aku paling tak suka orang letak sos cili banyak-banyak kat burger. Habis lembik roti.

Betol.. pastu tambah pulak mayonis selambak

Letak timun banyak2 pon boleh basahkan roti. Benyek jadinye
Quote SecretLuv 30-8-2017 07:50 PM
pinkypetal replied at 30-8-2017 07:03 PM
Betol.. pastu tambah pulak mayonis selambak

Letak timun banyak2 pon boleh basahkan roti. ...

Tu la pasal. Aku pun tak faham kenapa penjual-penjual burger tepi jalan suka letak banyak-banyak sos dengan mayonis.
Tiru la macam mcD tu. Sos sikit pun dah sedap. Kalau orang minta tambah, baru la tambah.
Quote deathacker 30-8-2017 09:37 PM
Kurang gemar mkn burger. X tau knp.
Quote manjalara_01 31-8-2017 11:38 AM
SecretLuv replied at 30-8-2017 07:50 PM
Tu la pasal. Aku pun tak faham kenapa penjual-penjual burger tepi jalan suka letak banyak-banyak s ...

burger king pun sedap..cukup2 je juicynye..cause tomato slicce..& sauce putih tu..

Quote SecretLuv 31-8-2017 12:33 PM
manjalara_01 replied at 31-8-2017 11:38 AM
burger king pun sedap..cukup2 je juicynye..cause tomato slicce..& sauce putih tu..

Ha'ah. Burger King pun sedap. A&W pun sedap.
Cuma burger KFC je kurang gemar. Lagi suka burger daging lembu.
Quote manjalara_01 31-8-2017 02:37 PM
SecretLuv replied at 31-8-2017 12:33 PM
Ha'ah. Burger King pun sedap. A&W pun sedap.
Cuma burger KFC je kurang gemar. Lagi suka burger da ...

kalau kfc suke wedges

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.051211s Gzip On
To Top