Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Pelik, Aneh - Tapi Itulah Sebab 5 Kota Ini Unik Dan Terkenal Di Seluruh Dunia

30-8-2017 03:13 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 3564| Komen: 16

Hampir setiap kota dari pelbagai negara memiliki julukan tersendiri yang menjadi identiti dan kebanggaan warganya. Kebanyakan kota mendapat nama kerana keindahannya, namun beberapa kota ini terkenal kerana keunikannya. Jom tengok!


1. Igbo Ora, Nigeria - Kelahiran Kembar

Foto: Face to Face Africa

Penduduk di sini mencatat kelahiran bayi kembar tertinggi di dunia. Menurut Amusing Planet, setiap tahun 50 dari 1000 bayi yang dilahirkan setiap tahun merupakan anak kembar.


2. Hamilton, Kanada - 100 Air terjun

Foto: Conde Nast Traveler

Terletak di Ontario, kota Hamilton terkenal kerana memiliki banyak air terjun. Menurut Amusing Planet, kota itu dipercayai memiliki 130 hingga 150 air terjun dan sehingga kini sebanyak 100 air terjun sudah ditemui dan diberi nama.

Antara air terjun yang paling popular adalah Webster yang mengalir di ketinggian 41 meter, Albion, Tew's, Tiffany, dan yang terpendek, Little Davis Falls dengan ketinggian mencapai 3 meter sahaja.


3. Colma, Amerika Syarikat (AS) - Kota Kematian

Foto: Vice.com


Nisbah perbandingan orang yang masih hidup dengan yang sudah tiada di kota ini adalah 1:1000 dan sebahagian besar bandar itu dijadikan sebagai tanah kuburan.

Lihatlah jumlah kuburnya. Sejauh mata memandang, kota itu bagaikan dihuni orang mati sahaja!


4. Palmer, AS - Buah dan Sayur Raksasa



Foto: Amusing Planet

Setiap tahun, kota itu mengadakan pertandingan buah-buahan dan sayur-sayuran gergasi.

Beberapa buah-buahan dan sayuran di kota ini telah memecahkan rekod dunia seperti kubis seberat 62 kilogram (kg), tembikai (29kg), atau brokoli yang beratnya mencecah hingga 15kg!


5. Coober Pedy, Australia - Kota Bawah Tanah



Kenyataan pelik tetapi menarik! sebahagian besar kota ini berada di bawah tanah, begitu juga dengan penduduknya yang majoriti juga tinggal di bawah tanah.



Mereka membina rumah di bawah tanah kerana melarikan diri dari suhu Coober Pedy yang sememangnya sangat panas.

Sehingga kini, mereka juga membangunkan hotel, muzium, restoran dan pelbagai kemudahan lain.



Foto: Mail Online

Inilah antara kota dari seluruh dunia yang terkenal kerana keunikannya atau lebih tepat memiliki hal yang pelik dan aneh! Tahu mana lagi tempat-tempat menarik? Jom kongsikan. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 16
Komen

Previous : Keindahan Pemandangan Paya Menyerupai Otak Manusia Yang Memukau!

Next       : Genius! Australia Sedia Papan Tanda 'Soal Jawab' Bantu Pemandu Berwaspada

Komen Terbaru

Quote simatakucing 6-9-2017 05:40 PM
Subhanallah indahnye menariknye

Lain-lain Komen

Quote chinta89 30-8-2017 03:35 PM
yg sayur tu mmg ohsemmmm sgt!
Quote mrizumi 30-8-2017 03:45 PM
Menarik..{:good
Quote RatuDunia94 30-8-2017 04:11 PM
Malaysia xde ke?
Quote alongweeda 30-8-2017 04:18 PM
aku nk g kota bwh tanah...mcm best jew.
Quote nisako 30-8-2017 05:08 PM
sayur tu besarnye...............
Quote ms.engine 30-8-2017 10:03 PM
Macam best je rumah bwh tanah tu
Quote intanpurnama 30-8-2017 11:58 PM
Nak gi kota Hamilton
Quote ReginaBeauty 31-8-2017 11:32 AM
interesting
Quote matchstick 31-8-2017 11:48 AM
Kota kematian tu byk hantu dak{:question
Quote diss69 1-9-2017 08:12 PM
alongweeda: aku nk g kota bwh tanah...mcm best jew.

ye laaa...mcm best je..
Quote GHSFDTYW 1-9-2017 09:10 PM
~GAME MENU~
-CROWN
-SCR888
-LPE
-SUNCITY
-NEW TOWN
-JOKER
*24 HOURS CUSTOMER SERVICES
*100% TRUSTED COMPANG
*100% CASH OUT
*MIN TOP UP 20
*EVERY DEPOSIT (10%~20%)FREE BONUS

CUSTOMER SERVISE CONTACT

WHATSAPP : 0104218146
WECHAT : al-win888
Quote kjhyutf 2-9-2017 10:17 PM
🃏GAME MENU🃏
♠Crown♠
♥SCR888♥
♣LPE♣
♦SUNCITY♦
♠New Town♠
♥Joker♥
🚨24 Hours CUSTOMER SERVICES
🚨 💯% Trusted Company
🚨💯%Cash out
🚨Min top up 20
🆓Every deposit (10%~20%) free bonus
♠🎲♥🎲♦🎲♣🎲
📲customer servise contact
📞WhatsApp:0104218146
🆔Wechat :al-win888
Quote Revolver 2-9-2017 10:20 PM
yg duduk dlm kota bawah tanah tu tak takut ke kalau2 tanah tu runtuh...?
Quote devilito2 5-9-2017 09:57 AM
besarnya sayur
Quote Artemesiaa 5-9-2017 06:16 PM
Wah menarik dan unik
Quote simatakucing 6-9-2017 05:40 PM
Subhanallah indahnye menariknye

Lihat semua komen(16)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.048833s Gzip On
To Top