Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Genius! Australia Sedia Papan Tanda 'Soal Jawab' Bantu Pemandu Berwaspada

5-9-2017 12:59 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1330| Komen: 7

Mengantuk adalah penyumbang terbesar kepada kemalangan jalan raya. Pun begitu, perjalanan yang panjang dan jauh menyebabkan pemandu menjadi bosan dengan pemandangan yang sama sehingga membuat mereka jadi mengantuk.

Apa yang boleh dilakukan apabila rasa kantuk mula menguasai diri?


Foto: Huff Post

Banyak sebenarnya boleh dilakukan bagi menghilangkan rasa mengantuk seperti tukar pemandu atau jalan selamat, berhenti berehat seketika.

Sebut sahaja Australia, pasti terbayang sekumpulan haiwan yang kadang-kadang turut 'menumpang' menggunakan jalan raya. Sudahlah saiz haiwan di Australia lebih besar, serangga di sana pun tak kalah bahaya dengan bisanya.

Memang bahaya kalau tiba-tiba ada haiwan menerjah di hadapan kenderaan anda ketika sedang memandu di jalan raya yang lapang.


Foto: blackwaterherald.com.au

Untuk itu, kerajaan negara berkenaan mengambil inisiatif menyediakan papan tanda trivia di mana-mana kawasan berisiko bagi memastikan pemandu segar dan sentiasa berwaspada, sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya.



Foto: Junk Host

Memetik portal Junk Host, seorang pengguna Reddit baru-baru ini berkongsi beberapa gambar papan tanda terbabit ketika memandu di Taman Pemuliharaan Tooloombah Creek, Queensland.







Foto: fartjockey

Bagus juga kalau Malaysia buat begini menggunakan papan tanda digital supaya dapat mengemas kini soalan baru. Apa yang penting, memandulah dengan berhemah dan selamat, okey? - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 7
Komen

Previous : Pelik, Aneh - Tapi Itulah Sebab 5 Kota Ini Unik Dan Terkenal Di Seluruh Dunia

Next       : Bawa Sekeluarga Bercuti Di Resort Ini, Dalam Bandar Je Tapi Persis Di Tepi Pantai!

Komen Terbaru

Quote syadail 8-9-2017 08:59 AM
kena selalu update soalan sb nnti ada yg upload kt internet. Bila dh tahu soalan jawapan tak thrill dah, lps tu buat tak tahu je.

Lain-lain Komen

Quote SecretLuv 5-9-2017 01:27 PM
Wow. Bagus cara ni.
Quote Nenasketum 5-9-2017 02:02 PM
Nak baca kena lah drive 20km/jam. Ye tak
Quote RatuDunia94 5-9-2017 02:41 PM
Kat malaysia ltk papan tulis bismillah, alhamdulillah etc dah la.. {:smile
Quote missinpiece 5-9-2017 03:22 PM
Baguih la. Kt msia pon patut de bnda ni. Highway pnuh ngn iklan merepek je
Quote Artemesiaa 5-9-2017 06:14 PM
Bagus ada papan tanda sebegini, kalau letih dan mengantuk tapi tetap memandu boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalanraya yang lain
Quote merrissa 5-9-2017 06:54 PM
stress aku sebab x dpt jawab
Quote syadail 8-9-2017 08:59 AM
kena selalu update soalan sb nnti ada yg upload kt internet. Bila dh tahu soalan jawapan tak thrill dah, lps tu buat tak tahu je.

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047329s Gzip On
To Top