Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Persis Teratai, Harus Dicuba Resipi Bunga Bawang Goreng Ini!

5-9-2017 05:41 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1737| Komen: 17

Jika anda menggemari gelang bawang goreng atau 'onion rings' yang rangup, anda pasti akan menyukai Bunga Bawang Goreng atau Onion Blossom Fried ini!


Foto: Handimania

Bukan sahaja mudah disediakan, malah ia sangat menjimatkan masa tau! Jom tengok cara membuatnya.


Bahan:
1 biji bawang bombay besar
Tepung goreng (ikut cita rasa nak pakai tepung jenama apa)
Air secukupnya


Caranya:
1. Potong sedikit bahagian hujung dan pangkal bawang


2. Belah kepada lapan bahagian dan pisahkan lapisan bawang sehingga membentuk seperti bunga


3. Sediakan dua bahan tepung; satu yang kering dan satu lagi yang dicampur air.


4. Ratakan tepung kering ke seluruh permukaan dan sela-sela bawang, kemudian salut dengan bancuhan tepung sebelum sekali lagi disalut dengan tepung kering

5. Goreng bawang hingga tenggelam agar masak rata.
6. Biar sehingga bawang keperangan dan kelihatan rangup sebelum diangkat

Nota: Hati-hati ketika mengangkat agar tidak hancur

7. Siap disajikan dengan pencecah kegemaran anda!

Foto: Vemale

Senang sahaja, kan nak buat bunga bawang goreng ini? Macam sayang pula nak dimakan kerana rupanya cantik persis bunga teratai. 


Foto: Sasaki Time

Selamat mencuba semua! - CARI


Kredit resipi: Vemale

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 17
Komen

Previous : Pasti Meleleh! Kuah Pecal Mak Ton, Kena Cuba Resipi Viral Ni!

Next       : Tular! Resipi Sambal Totok, Rahsia Mengikat Perut Suami Harus Dicuba

Komen Terbaru

Quote kivio 11-9-2017 12:31 PM
Orix replied at 5-9-2017 09:50 PM
Habiss lah tiak bau bawang pas makan {:nose

Kalau spesis berbau, belum kena bawang dah dasat dah ketiak tu.

Lain-lain Komen

Quote KuewTeuwKungFu 5-9-2017 05:43 PM
Alahai...cam sodap jer
Quote helicornia 5-9-2017 06:40 PM
kenapa kaler tepung tu merah
Quote CardiGans85 5-9-2017 07:02 PM
Nmpk sedap..bole cuba
Quote merrissa 5-9-2017 07:02 PM
helicornia replied at 5-9-2017 06:40 PM
kenapa kaler tepung tu merah

dia bubuh rempah kari or serbuk cili kot
Quote helicornia 5-9-2017 07:06 PM
merrissa replied at 5-9-2017 07:02 PM
dia bubuh rempah kari or serbuk cili kot

itu la..tp dlm resepi tkde
Quote Orix 5-9-2017 09:50 PM
Habiss lah tiak bau bawang pas makan {:nose
Quote raradhia 6-9-2017 07:27 AM
alamak, gelinya tengok benda yg berkumpul byk2 mcm ni. .adusss
Quote vanillaninja 6-9-2017 11:07 AM
Sedapnyaaa!
Quote Felycya 6-9-2017 11:11 AM
Nampak macammmm sedap..

Akan dicuba...
Quote fox. 6-9-2017 12:07 PM
nampak sedap. jangan masa belah2 tu terbelah terus sampai habis. punah harapan nak makan berbunga begini
Quote boobam 6-9-2017 01:06 PM
nampak sedap..boleh cuba ni tq ya
Quote EncikRhoma 6-9-2017 05:18 PM
tak angin ke makan bawang?
Quote deathacker 6-9-2017 09:14 PM
Mesti bnyk pakai minyak sbb nak grg tenggelam. Dah la minyak masak mahal.
Quote Chesire_Epilog 7-9-2017 11:11 AM
deathacker replied at 6-9-2017 09:14 PM
Mesti bnyk pakai minyak sbb nak grg tenggelam. Dah la minyak masak mahal.

Beli je siap2 kat kedai je la
Quote jazaa100 10-9-2017 08:02 AM
deathacker replied at 6-9-2017 09:14 PM
Mesti bnyk pakai minyak sbb nak grg tenggelam. Dah la minyak masak mahal.

Ada je kau ni.....

Kau guna air fryer lah dik...
Quote Skyz9183 11-9-2017 09:19 AM
pnah mkn kt k.fry korean tu..mmg sdap. nmpk mcm snang leh buat sdri..
Quote kivio 11-9-2017 12:31 PM
Orix replied at 5-9-2017 09:50 PM
Habiss lah tiak bau bawang pas makan {:nose

Kalau spesis berbau, belum kena bawang dah dasat dah ketiak tu.

Lihat semua komen(17)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.045101s Gzip On
To Top