Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Tular! Resipi Sambal Totok, Rahsia Mengikat Perut Suami Harus Dicuba

6-9-2017 01:07 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 3987| Komen: 14

Nak cari menu yang ringkas, boleh dijamah bersama nasi panas-panas..apa agaknya ya?

Apa kata anda mencuba resipi sambal totok. Apa dia? Mungkin ada yang tak pernah dengar. Ada juga yang memanggilnya sambal bilis ketuk. 

Bahannya pun sangat ringkas. Wajib cuba ni kalau nak buat pengikat perut suami. Jom cuba! 


Bahan-bahan:

Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Bawang besar 1 biji (potong kasar)
Cili padi 10 biji
Belacan (sebesar ibu jari tangan)
Ikan bilis (segenggam)
Gula (satu sudu makan/ kurangkan kalau tak suka manis)

Cara-caranya: 

1. Mula-mula panaskan minyak, goreng kesemua bawang dan cili padi, biar sampai agak kekuningan, kemudian angkat dan toskan.

2. Kemudian goreng pula belacan sehingga agak garing (jangan sampai hancur). Angkat dan toskan.

3. Goreng juga ikan bilis sehingga jadi garing, angkat dan toskan juga.

4. Tumbuk bawang, cili padi dan belacan sehingga jadi lumat. Kemudian masukkan gula dan tumbuk juga hingga lumat.

5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuknya biar sampai ikan bilis itu hancur. - CARI

Kredit resipi: Viral Media Johor

Foto: Carian internet


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 14
Komen

Previous : Persis Teratai, Harus Dicuba Resipi Bunga Bawang Goreng Ini!

Next       : Ikan Keli Bakar Bersalut Sambal, Dimasak Dalam Pasu Bunga!

Komen Terbaru

Quote Skyz9183 11-9-2017 09:16 AM
ni la menu sahur dan menu time 'xde lauk' dlm peti ais..mkn dgn kicap & kdg2 tmbh tlur goreng pn dh ckup btambah2 nasi..

Lain-lain Komen

Quote qis_88 6-9-2017 02:43 PM
Sodap nih.. x sedar da 3pinggan nasik tambah..
Quote Aciukim 6-9-2017 03:17 PM
Sedapnyehhh.. wajib mek coba nantiii.. mahu menambah 5 pinggan. Aiyooo!
Quote Iema5008 6-9-2017 03:43 PM
Slalu bt tp memang sah sedar tak sedar boleh capai tiga pinggan nasi weh.. Jenuh nak kawal diet
Quote miemiecha 6-9-2017 05:31 PM
ok blh cuba,.,... berair idung baca
Quote shanshero 6-9-2017 07:55 PM
arwah mamma rajin buat sedap
sampai bertambahh2 nasi
Quote deathacker 6-9-2017 09:08 PM
Kecor air lior tgk sambal ni. Nti nak buat
Quote sherry70 6-9-2017 10:04 PM
memang sedap sambal ni... kalau ada sambal ni ayam daging pun tak pandang  .. to yg d nama kan  sambal tok tok ( nasi n sambal je )
Quote ms.mango 6-9-2017 11:02 PM
Belum buat lagi dah tau mesti sedap {:iwant thank u for sharing
Quote mysara 8-9-2017 10:58 AM
qis_88 replied at 6-9-2017 02:43 PM
Sodap nih.. x sedar da 3pinggan nasik tambah..

BAHAYA ni.. x usah makan sambal sedap ni kalo diet
Quote qis_88 8-9-2017 01:56 PM
mysara replied at 8-9-2017 10:58 AM
BAHAYA ni.. x usah makan sambal sedap ni kalo diet

Haha.. xdek diet2nye.. sume i bedal..
Quote dubuk 8-9-2017 05:45 PM
musim tengkujuh hari banjir sedap ni
Quote Deloress53 9-9-2017 03:14 PM
Kecurrrrrr... simple but satisfying ni kalau makannn 😻
Quote pinkypetal 10-9-2017 02:39 PM
Makan dengan nasi panas2, letak telur mata/dadar
Quote Skyz9183 11-9-2017 09:16 AM
ni la menu sahur dan menu time 'xde lauk' dlm peti ais..mkn dgn kicap & kdg2 tmbh tlur goreng pn dh ckup btambah2 nasi..

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049082s Gzip On
To Top