Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Ikan Keli Bakar Bersalut Sambal, Dimasak Dalam Pasu Bunga!

8-9-2017 12:11 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 1842| Komen: 13

Bagi mereka yang menyukai masakan kampung, pasti sukar melepaskan apa jua menu berasaskan ikan keli.

Kali ini, ikan keli dihidangkan secara perapan dalam sambal lada kering, sebelum dibakar. Dimasak pula menggunakan pasu bunga sahaja. Memang rare!

Confirm membuatkan anda tak tahan dan kecur air liur! Jom cuba! 


Bahan-bahan:
6 ekor ikan keli
Bawang merah 9 biji
Bawang putih 4 ulas
Lada kering segenggam
Garam
Gula
Perahan air limau
Serbuk kunyit
Rempah kari daging

Cara-caranya:

1.Potong dan rebus lada kering.

2.Kisar bawang merah, bawang putih dan lada kering, tambah air.

3.Panaskan kuali, bila minyak panas masukkan bahan dikisar. Tumis sampai pecah minyak.

4.Masukan garam, gula, perasa, dan perahan air limau..tumis sambal sampai masak.

5.Salut ikan keli dengan kunyit dan rempah daging dan sedikit garam. Kemudian perap dengan sambal dalam 30 minit.

6.Bakar sehingga garing dan masak. - CARI 

Kredit resipi: Farah Farhana Via MAHN

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 13
Komen

Previous : Tular! Resipi Sambal Totok, Rahsia Mengikat Perut Suami Harus Dicuba

Next       : Resipi Bubur Ayam Lazat McDonald Dah Terbongkar, Senang Je Rupanya

Komen Terbaru

Quote yatthrash 10-9-2017 09:44 PM
Wah sedapnya... dah macam macam resepi dalam pasu

Lain-lain Komen

Quote MyNameIsIris 8-9-2017 12:45 PM
Nampak sedapppp... tapi husband tak makan ikan keli pula. Makan sorang tak syiok
Quote myakayina 8-9-2017 01:09 PM
MyNameIsIris replied at 8-9-2017 12:45 PM
Nampak sedapppp... tapi husband tak makan ikan keli pula. Makan sorang tak syiok

kaka plk tak mkn ikan ni .. pernah sekali je try mkn masa kenduri nikah my sister.. tu pun keli belaan la bukan yg beli dari pasar.. masak bercili  mcm ni..tapi goreng buka bakar.. boleh la mkn sikit buat rasa..lepas tu tak mkn dah lagi..
Quote hatikudus 8-9-2017 01:27 PM
Boleh je nak guna ikan lain...pari ke nyummmmm
Quote MyNameIsIris 8-9-2017 01:31 PM
myakayina replied at 8-9-2017 01:09 PM
kaka plk tak mkn ikan ni .. pernah sekali je try mkn masa kenduri nikah my sister.. tu pun keli be ...

saya suka any kind of ikan.. ikan sungai suka, ikan laut pun suka
tapi hanyir kan kalau tak pandai handle... sebab tu saya tak pernah masak ikan keli
mak saya masak tak hanyir... sedapp!!
Quote pearl.silver 8-9-2017 02:21 PM
Dah lama tak makan keli..
Awal2 dulu tak tahan gak..cubit2 gak bila kkk iols masak..tp sekarang, tempting camne pun lauk keli tu iols x akn amik..
Bakar guna pasu ni praktikal juga ya..tp tak ke debu arang tu nantu naik atas sebab xde lubang udara lain..
Quote Joannalee 8-9-2017 04:46 PM
Org kampung pun masak gune Periuk belanga... org bandar nak gune pasu... rare
Quote WarnaPelangi 8-9-2017 06:12 PM
MyNameIsIris replied at 8-9-2017 12:45 PM
Nampak sedapppp... tapi husband tak makan ikan keli pula. Makan sorang tak syiok

Ikan keli masak apa pun sedap, lagi-lagi kalau ikan keli bakar bersambal ni
Quote cikmanggabatu 8-9-2017 06:38 PM

iols segala jenis ikan sungai and ikan air tawar memang x makan. hanya boleh makan ikan laut shj. masak la sedap mcmanapun iols xboleh nak makan. sampai masa dekat universiti dulu kwn selalu ajak makan ikan keli memang xboleh. siapp nk belanja bagai. iols rela bayar guna duit sendiri huhu.

maybe sebab dari kecil mak and ayah iols memang xmakan ikan keli dan yg sewaktu dgnnya.
Quote MyNameIsIris 8-9-2017 07:36 PM
WarnaPelangi replied at 8-9-2017 06:12 PM
Ikan keli masak apa pun sedap, lagi-lagi kalau ikan keli bakar bersambal ni

Kan u... adoiii sedapnya
Tapi tak elok makan ikan keli banyak sangat..
arwah abah mertua i dulu, dia makan je dia tau ikan bela dedak atau ikan sungai. Dia tak makan ikan dedak.. masa dia ada dulu, dia akan beli lauk2 ikan yang best2 untuk i.. rindu arwah
Quote mum123 8-9-2017 09:07 PM
Jimat arang...cpt masak
Quote anakmak 9-9-2017 01:45 AM
Uishhhh keli tak makan
Tukar haruan la
Quote pinkypetal 10-9-2017 02:43 PM
Tak makan ikan keli. I memang tak makan ikan sungai.
Quote yatthrash 10-9-2017 09:44 PM
Wah sedapnya... dah macam macam resepi dalam pasu

Lihat semua komen(13)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046204s Gzip On
To Top