Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kedai Nampak Biasa-Biasa, Tapi Amboi Kafe Memang Syurga Makanan Laut

11-9-2017 04:21 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 2635| Komen: 21

Shah Alam memang syurga makanan! Bila jejak sahaja ke sini, memang dipenuhi dengan deretan kedai-kedai makan, kafe dan restoran. Pilih sahaja mana yang berkenan.

Tapi bagi pencinta makanan laut, rugi rasanya kalau tak datang cuba sendiri ke Amboi Kafe yang terletak di Seksyen 7 ini.

Kedainya nampak macam biasa-biasa sahaja, tapi belum cuba belum tahu sebab ada syurga makanan di dalamnya. Menu yang pastinya boleh sesiapa pun jilat pinggan sebab orang kata memang power habis! Lagi-lagi Tomyam Poktek Ketam, fuh!

Foto: FB Amboi Kafe
Berbaloi betul dengan harganya sebab lebih rendang berbanding tempat lain. Wajib cuba di sini adalah Seafood Lambak ala-ala shellout yang cuma berharga RM18 untuk seorang.

Foto: FB Amboi Kafe
Selain itu, menu istimewa lain termasuk Sotong Gergasi Tepung dan udang karang. Perah lemon di atasnya, memang padu dah tak pandang orang lain!

Foto: afiqhalid.com
Foto: FB Amboi Kafe
Kalau nak lagi meriah boleh kongsi Western Talam sebab dalam ni ada macam-macam termasuk spageti, chicken chop, dan kentang goreng. Boleh makan untuk tiga hingga empat orang.

Foto: FB Amboi Kafe
Bagi penggemar ketam kulit lembut, boleh cuba masakan Soft Shell Crab Salted Egg Yog. RM25 untuk saiz sederhana.

Foto: afiqhalid.com
Bagi mereka yang mahu berjimat, boleh cuba set bawal untuk makan tengahari, hanya RM 8.90 sahaja.

Foto: FB Amboi Kafe
Dan tak lengkap rasanya kalau tak cuba air Mango Yogurt di sini. Menu lain banyak lagi, kena datang sendiri untuk tengok ya.

Foto:afiqhalid.com
Alamat:
No 1, Jalan Plumbum A7/100B, Seksyen 7 Shah Alam (Berdekatan Jakel, bersebelahan sekolah Tamil)
Facebook: @amboikafe

-CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 21
Komen

Previous : Apam Telur Goyang Jadi Viral Sekelip Mata, Dijual Cuma RM1!

Next       : The Billionaire Soft Serve, Hanya Orang Kaya Sahaja Boleh Makan Ais Krim Ini

Komen Terbaru

Quote wadiunong 17-9-2017 11:39 PM
Sorry to say kebanyakan restoran2 yg jd viral kt s.alam tu indah kabar dari rasa. Camna la tekak
org2 yg viralkan kata sedap tu ek.

Lain-lain Komen

Quote AJ88 11-9-2017 04:31 PM
tempting nyaaa.
Quote prettyuglybabe 11-9-2017 04:55 PM
macam tak leh caya je kesedapaannya..
Quote matchstick 11-9-2017 05:02 PM
yg western talam tu nmpk hauss...yg lain menyelerakan lah jugak
Quote Chesire_Epilog 11-9-2017 05:10 PM
Mango yogurt
Quote raradhia 11-9-2017 05:19 PM
yum yum yumssss
Quote Felycya 11-9-2017 06:00 PM
Aarrgghhhh..
Lapaarrrrrrr..
Quote IsobelMelody 11-9-2017 06:12 PM
{:iwant{:iwant tempting nya
Quote dubuk 11-9-2017 06:19 PM
ikan bawal tuuu
Quote ms.engine 11-9-2017 06:49 PM
I nak cuba lobster tu... Dapnya

Uols klu nk mkn western blh pi kedai kwn i kt sg buloh.. A&J burger grill.. harga reasonable sedap blh tahan
Quote pinkypetal 11-9-2017 07:57 PM
Terus laparrrr
Quote giyomi 11-9-2017 08:58 PM
Selain western talam, yg lain menyelerakan, termasuk mango yogurt idaman kalbu tu
Quote HannahMontana 11-9-2017 09:27 PM
pokaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote mizruncing 12-9-2017 09:58 AM
kebanyakan tempat hipster msti kt s.alam.
x pun damansara.
kaya btol org belah sne
Quote lyza2474 12-9-2017 10:03 AM
ada tak sapa2 yg dah pergi try.. x berani nk try sebab banyakknya indah kabar dari rupe
Quote tembikai 12-9-2017 03:23 PM
Mango yogurt...sedappppppnyaaa...
Quote cik-jaja 12-9-2017 05:29 PM
sotong tuuuuu...teringat dok KT dulu mkn ICT je kejenya
Quote Daisyna 13-9-2017 12:15 PM
sedapnya,terus lapar
Quote moonbug 17-9-2017 04:49 PM
Nampak sedap, harga mcm reasonable tp jauh ke Shah Alam. Siapa dah try please share review. Berbaloi ke tak
Quote leena1234 17-9-2017 05:52 PM
Makan seafood byk2..rasa loya..uuhuuu

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050921s Gzip On
To Top