Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Nak Buat Aiskrim Mochi, Tapi Susah? Mana Ada, Jom Ikut Langkah Ini!

12-9-2017 03:29 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1802| Komen: 10

Sedapnya kalau dapat menikmati aiskrim ketika cuaca panas. Tapi, lagi nikmat kalau dapat makan aiskrim kek beras atau mochi. Barulah lain dari yang lain!


Foto: Kirbie's Cravings

Jangan risau, tak susah pun nak buat aiskrim mochi yang berasal dari negara matahari ternit ni. Jom tengok langkah mudah seperti disediakan Kokiku Tv ini!


Foto: Kokiku Tv


Bahan mochi:
50gram tepung pulut
100gram gula pasir
100ml air
1 sudu besar pewarna kesukaan (jika mahu)
Tepung jagung secukupnya

Bahan inti:
Aiskrim kegemaran secukupnya


Cara membuat:
1. Masukkan aiskrim ke dalam peti sejuk beku.
2. Satukan tepung pulut, gula, air dan pewarna. Kemudian didihkan sehingga teksturnya berubah likat berkilat.
3. Taburkan tepung di atas dulang dan sedikit di atas mochi supaya penggelek tak melekat pada mochi. Gelek sampai rata.
4. Masukkan adunan mochi yang sudah digelek ke dalam mangkuk. Lapik mangkuk dengan plastik untuk memudahkan mochi dikeluarkan.
5. Masukkan aiskrim ke dalam mochi dan sejukkan selama 30 minit.
6. Siap dinikmati sementara masih dingin!


Foto: Lily The Wandering Gypsy

Nota: Mochi boleh dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang mikro dan ia boleh dibentuk dalam saiz lebih kecil mengikut cita rasa anda.




Selamat mencuba ya! - CARI


Sumber: Liputan6/Kokiku Tv

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 10
Komen

Previous : Resipi Bubur Ayam Lazat McDonald Dah Terbongkar, Senang Je Rupanya

Next       : Bosan Dengan Karipap Biasa, Cuba Tembosa Yang Padat Dengan Inti Ikan Segar

Komen Terbaru

Quote kittypong31 13-9-2017 10:59 PM
sedapnya! I've a sweet tooth tapi bahaya kalori

Lain-lain Komen

Quote Siputjelly 12-9-2017 04:13 PM
{:good

sedap pula tengok. thanks for the recipe
Quote cik-jaja 12-9-2017 05:27 PM
dah lama nak try japanese rice cakes ni..sape pernah cuba, sedap x? yg eskem ni pn mcm leh cuba..thx ya
Quote Teemah88 12-9-2017 06:17 PM
Konsep buah melaka cuma guna filling aiskrim..
Quote seng1981 12-9-2017 09:34 PM
nampak sedap betol
Quote leena1234 12-9-2017 10:28 PM
Oooohhh..sedapnya! {:spot
Quote munchkin 12-9-2017 10:48 PM
Edited by munchkin at 12-9-2017 10:51 PM

Ni mcm aiskrim fuji zaman kecik.

Kalau kat japanese resto dia panggil daifuku. Instead of roll flt ngan tepung jagung gantikan ngan sweet rice flour korean tu. Pastu masuk vanilla ice cream
Quote shanshero 12-9-2017 11:37 PM
pandai orang gypsy ambik gambar
nampak selera.
Quote Hedwig77 13-9-2017 03:33 AM
Habis diet iols mkn ni {:thief
Quote pinkypetal 13-9-2017 10:39 PM
Sedapnya mochi. Ni aiskrim mochi lak. Berganda kesedapan beserta kalori
Quote kittypong31 13-9-2017 10:59 PM
sedapnya! I've a sweet tooth tapi bahaya kalori

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043910s Gzip On
To Top