Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

The Billionaire Soft Serve, Hanya Orang Kaya Sahaja Boleh Makan Ais Krim Ini

13-9-2017 04:24 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 2563| Komen: 12

Kalau rasa anda ada duit lebih dan tak tahu nak digunakan untuk apa, boleh rasanya nak cuba ais krim mewah “Billionaire Soft Serve”.

Jangan lupa singgah ke Snowflake Gelato di pusat membeli belah Selfridges kalau berkunjung ke London untuk cuba sendiri ais krim kon terbaharu ini.

Foto: IG Snowflakegelato
Nak tahu harganya? £99 atau lebih kurang RM548. Amboi, mahal betul! Ada emas ke dalam tu?

Ya tepat sekali! Memang ada emas di dalamnya dan ini adalah antara elemen-eleman lain yang menyebabkan ais krim seberat 350 gram ini mahal:

1. Gelato karamel masin.
2. Kon buatan tangan yang dicelup ke dalam coklat gelap Madagascar yang jarang ditemui.
3. Batang pipet dan sfera gelato yang diisi ekstrak buah mangga, halia dan markisa.
4. Truffle coklat putih Belgium yang diisi sos karamel masin.
5. Macaron raspberry yang dihiasi dengan coklat putih dan berlian tulen yang boleh dimakan.
6. Helaian dedaun emas 24 karat.
7. Batang coklat yang dibalut dengan daun emas.
8. Sudu coklat dengan emas.
9. Kacang pecan yang dikaramelkan.

Foto: IG Snowflakegelato
Masa yang diambil untuk menyiapkan kesemua elemen ini adalah selama empat jam, tapi jangan risau kerana semuanya sudah disediakan lebih awal lagi.

Bagi yang nak mencuba, anda hanya perlu menunggu selama 15 minit sebelum dapat menikmati ais krim 'orang kaya' ini.

Foto: IG Snowflakegelato
Kalau ada rezeki lebih bolehlah cuba, tapi jangan biarkannya sampai cair. Takut kalau menitik, rasa macam nak menangis pula mengenangkan harganya. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 12
Komen

Previous : Kedai Nampak Biasa-Biasa, Tapi Amboi Kafe Memang Syurga Makanan Laut

Next       : Sampai Beratur Panjang, Semua Berebut Aiskrim Durian D24 Di Melaka!

Komen Terbaru

Quote samasam90 21-9-2017 11:13 AM
meolls pernah makan gold leaf tu. saja nak test kalau berak, keluar tak gold leaf tu.. alih2 busuk juga.. cekelat mcm kaum tahi2 yang lain.. sekian terobek yg 18 sg

Lain-lain Komen

Quote manjalara_01 13-9-2017 06:07 PM
lame dah x mkn ais-krim...
Quote jerukkedondong 14-9-2017 07:01 AM
manjalara_01: lame dah x mkn ais-krim...

Sama lah kita....since bersalin 3rd anak 10 yrs ago......ais kacang ke.....cool blog segala minuman berais tak rs teringin pun....
Rugi tak I....{:laugh
Quote mizruncing 14-9-2017 12:08 PM
mampu tgk n mampu  terliur je
Quote merrissa 14-9-2017 12:38 PM
kalo hang org kaya xde la takot menitik ke apa....
Quote -electrifying- 14-9-2017 12:49 PM
xla mahal pon, rakyat marhein biasa pon boleh beli
Quote SecretLuv 14-9-2017 08:17 PM
Aku ada nampak Cik B anak Dato Seri Vida post kat Instagram dia aiskrim emas. Tapi jenis lain la.
Tak tahulah aiskrim tu pun mahal macam ni ke tak.
Quote izzat1987 15-9-2017 07:53 AM
Ala rm500 je ke...ingatkan rm10000lebih. Oklg tu kalau ada yg nk berangan kaya haha
Quote izzat1987 15-9-2017 07:53 AM
Ala rm500 je ke...ingatkan rm10000lebih. Oklg tu kalau ada yg nk berangan kaya haha
Quote xinrou31 15-9-2017 10:18 AM
emas ni, tak bermampu
Quote sherry70 16-9-2017 12:54 AM
Edited by sherry70 at 16-9-2017 12:55 AM

mampu n sempat  mkn  Godiva ice cream d Covent  Garden je to pun da happy sangat2
Quote leena1234 16-9-2017 11:49 PM
Ice cream mampu tengok {:run
Quote samasam90 21-9-2017 11:13 AM
meolls pernah makan gold leaf tu. saja nak test kalau berak, keluar tak gold leaf tu.. alih2 busuk juga.. cekelat mcm kaum tahi2 yang lain.. sekian terobek yg 18 sg

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042961s Gzip On
To Top