Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Sedap, Besar Confirm Puas Hati. Cubalah Satay Godang Di Senawang

19-9-2017 06:01 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 3103| Komen: 22

Sukar mencari hidangan satay yang benar-benar enak dan juga mempunyai saiz yang besar?

Apa kata anda mencuba Satay Godang yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan ini. Sekali cuba, pasti teringin lagi. 

Apa yang istimewa sangat dengan Satay Godang? Bagi yang tidak tahu 'godang' itu sendiri bermaksud besar dalam loghat Negeri Sembilan. 

Jadi jangan terkejut jika hanya 5 hingga 7 cucuk satay sahaja sudah membuatkan anda kekenyangan. Isi ayam dan juga daging yang dicucuk pada lidi satay ini bukan sahaja diperap sempurna malah 'menimbun' pula. 


Jika anda ingin mencuba hidangan terbaiknya, pilihlah satay daging dan juga kambing. Aroma ketika dibakar seolah menjemput kalian duduk di gerai itu juga pada waktu itu. Serius!

Seorang netizen berkata, memang puas kerana daging sataynya sangat berjus dan juga besar.

"Yang aku puji tentang satay depa ialah satay kambing dan daging.

"Sedap. Besar dan puas hati. Aku terus ambil nombor senang nak deal untuk kenduri kendara."


Kuah kacangnya juga secukup rasa, tidak terlalu pedas. Sesuailah untuk kanak-kanak juga kan. 

Lokasinya tidak berjauhan dengan Mydin dan juga Jakel Senawang. Memang mudah sahaja mencari gerai Satay Godang. 

Anda boleh melihat sendiri koleksi gambar berikut yang dipetik dari Facebook Khairul Hakimin Muhammad. Selamat terliur! - CARI









Kredit: Khairul Hakimin Muhammad


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
1
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 22
Komen

Previous : Sampai Beratur Panjang, Semua Berebut Aiskrim Durian D24 Di Melaka!

Next       : Kecur Air Liur! Bihun Sup Ayam Segenggam, Penuh Dengan Ayam Carik Dan Sayur-sayuran!

Komen Terbaru

Quote MissVixen 6-10-2017 02:06 PM
Saiz dia besar macam sate hut dekat tanjung karang ke mod?

Lain-lain Komen

Quote KucingKedai 19-9-2017 06:27 PM
adoih terliur tgk gamba.. argh
Quote emasgunung 19-9-2017 06:34 PM
Nampak sedap.. Tapi macam saiz sate kat kajang je (bukan hj samuri).
Quote yayah8989 19-9-2017 06:56 PM
tengah lapar ni{:cryrun
Quote raradhia 19-9-2017 07:29 PM
sedapnyaaa, dekat sini 80 sen sebesar jari ja. .
Quote intanpurnama 19-9-2017 08:01 PM
Godangnya
Quote RatuDunia94 19-9-2017 08:15 PM
Thread berbayar ke ni?
Quote jerukkedondong 19-9-2017 08:16 PM
Umangaihhh..godang ehhhh...
Terliur den....wajib cubo nih...
Quote cmf_Kimmy 19-9-2017 08:44 PM
Nak carilah nanti....tak nampak lak bila pergi ke mydin
Quote pearl.silver 19-9-2017 10:41 PM
Ok lapar lg ni...
Quote pinkypetal 19-9-2017 11:08 PM
Sedapnyeee.. i suka sate nampak basah2 berminyak sikit.

Dari yang kering sangat tu
Quote ms.engine 20-9-2017 09:53 AM
nampak sedap... ok la dgn harga tu
Quote moonbug 20-9-2017 10:51 AM
Kuah kacang pun main peranan jugak. Kadang2 satay dah sedap, kuah kacang pulak cair takde rasa
Quote CARI-MAMS 20-9-2017 10:56 AM

tak sis...kita kan mmg ada kolum MAKAN DI MANA kat portal CARI...
Quote Ferr_Remy 20-9-2017 11:02 AM
Mahal. Moh kome dtg ke Loking Pasar Karat kat ipoh, pekena sate saiz besar 0.70 sebatang. Lg puas aty. Da la sedap. Ari Ahad saje yach.
Quote tembikai 20-9-2017 12:53 PM
sedappp la tgk  nih..nmpk juicy jer...
Quote abangadek 20-9-2017 01:03 PM
masa aku study unisel dulu kerap p kt tanjung karang, sate hut kot nama kedai tu, sate dia besar gabak lebih kurang 2 jari... sedap gilaaaaa isi ayam/ daging lembut jahh.. kuah pun sedap, mee kuah situ pn sedap, nasi ayam pun sedap.. semua sedap lahhh.. owhhh rindunya
Quote kittypong31 20-9-2017 01:39 PM
Nampak padu! Sedapnya sate ayam cicah kuah kacang & nasi impit. Fav!
Quote notsospecial007 21-9-2017 04:11 PM
nampak bestt.. bolehla try nanti
Quote Husnaazri 4-10-2017 03:55 AM
Laparnyaaa

Lihat semua komen(22)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.043607s Gzip On
To Top