Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Teh Ais Gajah RM7 Mengganas!

2-10-2017 05:38 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 3345| Komen: 44

Siapa sahaja yang tidak gemarkan teh ais? Rakyat Malaysia dengan teh tarik atau pun teh ais memang sukar dipisahkan. 

Namun, bila mendengarkan nama teh ais gajah, adakah anda masih teruja atau pun berasa keliru? Maklumlah jarang pula didengari nama seperti itu. 

Kini menjadi viral satu sajian minuman di sebuah gerai tepi jalan Kuala Nerang, apabila teh ais gedabak atau pun dipanggil teh ais gajah diperkenalkan. 

Memetik laporan Harian Metro, penghasilan menu bersaiz gergasi itu telah membuatkan orang ramai tak melepaskan peluang untuk berkunjung ke gerai itu. 


Namun, sebenarnya menurut pemiliknya Nur Ayu Md Yusof, 25 minuman tersebut telah mula diusahakannya semenjak 5 tahun yang lalu. 

“Sebenarnya, penghasilan teh ais ini biasa saja sama seperti teh ais yang dijual di gerai lain tetapi keistimewaannya adalah apabila ia disediakan dalam satu bungkusan yang besar seberat hampir tiga kilogram menyebabkan ia tular di media sosial.

“Dengan kuantiti teh ais sebanyak ini, ia dijual dengan harga RM7 sebungkus serta mampu dikongsi seramai lapan orang.

“Malah dengan isipadunya yang besar dan banyak itu menyebabkan ia digelar teh ais gajah,” katanya. 

Foto: Harian Metro
Selain itu di sini juga terdapat minuman lain bersaiz besar seperti sirap ais, air jagung, milo ais dan sebagainya. 

Harga yang dijual untuk teh ais ini adalah RM7. Bagaimana, berbaloi kan? - CARI 




Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 44
Komen

Previous : Kecur Air Liur! Bihun Sup Ayam Segenggam, Penuh Dengan Ayam Carik Dan Sayur-sayuran!

Next       : Kemeriahan Rasa Dalam Satu Pinggan, Nasi 7 Benua Wajib Kena Cuba

Komen Terbaru

Quote babydoll 16-10-2017 06:41 PM
buapakperut replied at 2-10-2017 10:01 PM
Halamak hakak tu muka putih tangan hitam

terus scroll patah blk. x perasan pn.hahhaha!


selalu teh ais gajah ni jual kt pasar ramadan. ada tu siap campur madu. sedap sedap!

Lain-lain Komen

Quote Siputjelly 2-10-2017 05:48 PM
{:childlike
pehhhh
Quote mdhelmi 2-10-2017 05:49 PM
hanya sekadar saiz
Quote moonbug 2-10-2017 05:50 PM
Besar gile. Kongsi 8 org baru 90 sen sorang. Jimat la tu. Teh ais segelas pun RM2 kan
Quote abangadek 2-10-2017 06:02 PM
ramai2 potong kaki
Quote aleesyasofia 2-10-2017 06:13 PM
bt sndri jer la..
Quote iwan007 2-10-2017 06:21 PM
Minum sorang mmg la potong kaki. Tapi kalau share  ramai2 kat opis berbaloi la.  Cuba viralkan teh ais plastik paling kecik cawan air zam zam. Harus la kena kecam
Quote raradhia 2-10-2017 06:23 PM
wahhh, sistur makeup kemain lg. .

okeyy laa kalau reramai ble share, kalau seorg xlaa nak minum xhabis pun
Quote AyaqMeloSuam 2-10-2017 06:38 PM
Wah... tokey gerai ayaq koala nerang... biru mata hitamku...{:question
Quote RatuDunia94 2-10-2017 07:48 PM
Aci tak kalo minta x bak ais? Nak air je.. {:smile
Quote Sufeenan 2-10-2017 08:14 PM
Minum reramai oklah. Sorang-sorang memang cepatlah mendapat
Quote kittypong31 2-10-2017 08:34 PM
Betul hanya sekadar size jelah.. Lama2 potong kaki
Quote kimchipedas 2-10-2017 09:19 PM
Buat gathering ramai2 berbaloi gak order air ni
Quote buapakperut 2-10-2017 10:01 PM
Halamak hakak tu muka putih tangan hitam
Quote AbukRokok 2-10-2017 10:05 PM
sorry xminat benda benda yg menjejaskan kesihatan ni
Quote alieyrina 2-10-2017 10:47 PM
Wahhh feberet aku tehais nii..
Quote Konahhh 3-10-2017 12:38 AM
Konah suka la with the fact boleh kongsi reramai, jimat. Just harap takla banyak sangat ice yg diboh dalam tu. Kalau sekadar 2/3 ice, teh sekadar 1/3..boleh jadi few seduts je habih!
Quote samasam90 3-10-2017 12:57 AM
Selalu yg urban sikit akan letak teh ais gedabak tu kat dada sambil makeup (kemain hakak tu) mcm akak tu hah

kalau ada member 8 org nak beli, ok la gak.. ne takat jalan 3 4 org nak share teh ais? just teh ais hokey... kosserrrrrr
Quote jazaa100 3-10-2017 07:35 AM
AyaqMeloSuam replied at 2-10-2017 06:38 PM
Wah... tokey gerai ayaq koala nerang... biru mata hitamku...{:question

Aku pun baru nk komen mata biru dia.....
Quote makton 3-10-2017 08:12 AM
Budak perempuan yg aku bulat kan tu mcm pelaris kedai.

cantik, peramah, cekap buat keje.. suka tgk dia..
dia duk kat dapur depan kedai tugas goreng cucur udang.
kuah cucur udang dia sedap.

173445nmwhehoohzp1u1oh.jpg


air teh gajah tu awal2 dia sedap, pas 5min cair & kurang umph.




Lihat semua komen(44)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.082444s Gzip On
To Top