Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kek Batik Hijau, Resipi Mengangkat Selera!

5-10-2017 12:42 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 2006| Komen: 18

Siapa tak kenal kek batik kan. Macam-macam resepi kek batik diolah mengikut kesusaian cita rasa masing-masing. Ada kek batik Oreo lah, Cheese, kukus dan bermacam-macam lagi.

Teringing nak makan kek batik, tapi dah bosan dengan kek batik coklat? Nak tukar warna lain pula ke? Boleh saja! Jom buat Kek Batik Hijau ini!




Bahan:
4 biji telur
125gram mentega tanpa garam
3/4 cawan susu pekat (lebih kalau nak manis)
2 cawan Horlicks
1/2 cawan tepung gandum
sedikit esen vanila
Perwarna hijau secukupnya
1 paket biskut Marie


Cara membuatnya sama seperti membuat kek batik biasa.



Foto: FB


1. Cairkan mentega dalam periuk, kemudian masukkan susu pekat dan gaul sebati. (Gunakan api sederhana).
2. Masukkan tepung dan Horlicks ke dalam periuk. Gaul sehingga sebati dan pastikan tidak berketul.
3. Kacau sambil masukkan telur satu-persatu. (Pastikan sentiasa dikacau kerana takut telur masak).
4. Masukkan esen vanila dan pewarna hijau. Gaul dan tutupkan api.
5. Masukkan biskut yang telah dipatah-patah. Kacau sebati dan alihkan ke dalam loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak atau plastik.


Kredit resipi: Mimie Suhaimi Hussain/Resepi Sedap

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 18
Komen

Previous : Merecik Pedas Masam, Sotong Bakar Sambal Thai

Next       : Segarnya! Agar Agar Tembikai Viral...Rugi Tak Cuba

Komen Terbaru

Quote Bonda_Aniey 9-10-2017 10:47 AM
boleh try ni... nampak sedap sgt

Lain-lain Komen

Quote Amina_Mirza 5-10-2017 12:58 PM
Citarasa masing2. Ada org suka improvise. Tp i prefer yang asal.
Quote Hedwig77 5-10-2017 01:39 PM
Nk bt kek batik Green tea lah {:teatime
Quote mokcikKSKB 5-10-2017 02:15 PM
Mcm best je
Quote CardiGans85 5-10-2017 02:16 PM
Hedwig77: Nk bt kek batik Green tea lah {:teatime


Klu guna green tea,lg better.pewarna mcm resepi atas ni sy takut nk mkn
Quote Catpaw 5-10-2017 02:16 PM
Rasa horlick eh? Sapa dah try sedap tak?
Quote mizruncing 5-10-2017 03:19 PM
sedap ke? kek batik hitam tetap dihati
Quote Daisyna 5-10-2017 03:22 PM
mcm dodol pandan je rupanya
Quote samasam90 5-10-2017 03:33 PM
wahh tak terfikir pula nak tukar color.. nak try matcha la.. ataupun rainbow batik guna white choc.. cantik ne
Quote syue86 5-10-2017 03:46 PM
oh igtkan guna green tea
Quote ChestnutRed 5-10-2017 04:18 PM
sedapnya kek batik
Quote Mokcun 5-10-2017 05:51 PM
nampak sedap
tapi hat dulu lagi best kot
Quote kimchipedas 5-10-2017 06:31 PM
Satu perubahan yg baru tp yg coklat tu tetap.dihati...
Quote Ratutulip 5-10-2017 06:54 PM
wowww resepi baru...
Quote AvaAdore 5-10-2017 08:51 PM
Tapi coklat lg menawan
Quote jazaa100 6-10-2017 12:17 AM
Tak kena dgn tekak sbn ada telur...
Quote Rainrein 8-10-2017 03:15 PM
Teringat dedulu buat kek paling senang ni la bagi kat buah hati.  X reti nak masak bende lain kan.
Quote SuRiaGreeNz 9-10-2017 09:03 AM
alaaa.. gna pewarna ke.. ai kurang minat sikit la klu gna pewarna.. tp nk try la gna paste pandan.. nmpk menarik lak kek batik kaler hijau..
Quote Bonda_Aniey 9-10-2017 10:47 AM
boleh try ni... nampak sedap sgt

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054617s Gzip On
To Top