Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Wow, Di Lubang Benam Ini Tersembunyinya Taman Yang Sangat Indah!

5-10-2017 04:28 PM | Dilihat: 3512| Komen: 21

Wah, siapa sangka wujudnya sebuah taman nan indah di dalam sebuah lubang benam semula jadi ini!



Gunung Gambier di daerah tenggara Australia Selatan kaya dengan ciri gunung berapi dan karst seperti kawah gunung berapi, tasik, gua batu kapur, gua yang penuh air serta kejadian lubang benam.

Salah sebuah lubang benam berhampiran Jubilee Highway East ini dahulunya merupakan gua batu kapur yang mengalami penghakisan kerana air laut, lalu runtuh perlahan-lahan menjadi sebuah lubang besar. Kini, lubang benam itu berubah menjadi sebuah taman yang sangat indah.



Taman yang dikenali sebagai The Sunken Garden di lubang benam Umpherston berkenaan dibina James Umpherston sekitar tahun 1880 sebaik sahaja selepas dia membeli kawasan itu dua puluh tahun sebelumnya.

Selepas pencen, Umpherston teringin membangunkan sebuah tempat di mana penduduk tempatan di Mount Gambier boleh bersantai di bawah sinaran mentari musim panas. 



Bermula dengan menyiapkan jalan di sela-sela batu-batuan sehinggalah menanam pelbagai jenis tanaman. Kini, lubang benam itu dilengkapi danau kecil yang membolehkan pengunjung bersantai menaiki perahu.

Selepas siap dibangunkan, taman itu menjadi sangat popular di kalangan penduduk Mount Gambier. Namun, selepas kematian Umpherston pada tahun 1900, taman itu menjadi tidak terurus.

Sehingga 40 tahun lalu, barulah taman berkenaan diselamatkan daripada menjadi tempat pembuangan sampah dan kembali berseri seperti The Sunken Garden asal.


Foto: Amusing Planet

Taman itu berjaya diselamatkan oleh beberapa pegawai dari Jabatan Perhutanan dan Perhilitan Australia Selatan pada 1976 di mana mereka mula membersihkan sampah dan rumput serta menanam pelbagai jenis tanaman lain seperti hydrangea dan spesies botani lain.

The Sunken Garden dinobatkan sebagai tapak warisan Australia Selatan pada tahun 1995. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 21
Komen

Previous : Rawang Bypass, Laluan Tinggi Menggamit Awan...Ada Berani Memandu Di Sini?

Next       : Sedih! Tiada Lagi Pokok Palma, Mercu Tanda Los Angeles Selepas Ini...

Komen Terbaru

Quote _nursha_ 12-10-2017 11:51 AM
cantik....mendamaikan

Lain-lain Komen

Quote harrypoter 5-10-2017 04:41 PM
biasa saja
Quote mizruncing 5-10-2017 05:08 PM
cantik bile dongak langit
Quote aidia 5-10-2017 05:29 PM
Cantik {:spot
Quote abangadek 5-10-2017 06:28 PM
gerun tempat bnyak pokok mcm ni, takut ularrr
Quote @chik 5-10-2017 09:13 PM
Cantik..hijau je
Quote kuzaime 5-10-2017 10:25 PM
Cantik & nampak terjaga..
Quote Konahhh 5-10-2017 11:38 PM
Bila dongak langit baru rasa Wow, kalau tak beshe je taman ni
Quote summerng921 5-10-2017 11:42 PM
cantik....
Quote rosa_canina 6-10-2017 08:39 AM
cantik..
kalau ada bunga2 colorful pun cantik
kalau ada air terjun pn cantik jgk

byk plk kalau..hehehe
Quote gerbera.memopad 6-10-2017 10:21 AM
Cantik . Kalau buat venue kahwin, tak payah hias dah, susun kerusi meja je.
Quote fox. 6-10-2017 10:52 AM
alaaa ingatkan kat malaysia tadi, baru nak ajak dating kat sini
Quote puteribaya 6-10-2017 11:01 AM
tajukkk..ingatkan lubang benam apa la tadi..dirty me!
Quote me.me 6-10-2017 11:52 AM
mcm damai jek..kalau ade masalah boleh lupa japp..
Quote mesmerize 6-10-2017 11:56 AM
cantikla.. bole buat tempat orang puteh kawen2.. diorang kawen kan kena ada aisle tempat bride lalu, altar tempat akad nikah tuh..
Quote Artemesiaa 6-10-2017 12:14 PM
Orang minat nature je suka gi tempat sebegini
Quote Daisyna 10-10-2017 04:28 PM
cantik,nyaman
Quote tri-max 11-10-2017 08:36 AM
gua batu kapur byk kt ipoh.... klu rajin trekking boleh jumpa scene mcm kat atas, ... tak pyh gi Aussie
Quote awekjepun 11-10-2017 08:05 PM
Damai je tgk hijau
Quote WhiskeyScotch 11-10-2017 11:52 PM
Boleh bentang tikar berpicnic.

Lihat semua komen(21)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.054912s Gzip On
To Top