Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Resipi Mi Wantan Homemade Terbaik Ada Di Sini, Rugi Besar Tak Cuba

9-10-2017 03:38 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 2113| Komen: 14

Bosan dan dah tak tahu nak makan apa? Jom cuba resipi Mi Wantan. Senang sahaja, buat sendiri di rumah.

WANTAN
Kulit wantan
-125g tepung gandum
-40g tepung ubi
-sedikit garam
-3/4 sb minyak masak
-100ml air panas mendidih

Satukan kesemua bahan kering,masukkan minyak dan air panas, uli sampai doh tidak melekat. Ketepikan tutup dengan tuala basah.

Inti wantan
-1 keping dada ayam dicincang
-sedikit carrot diparut
-daun sup & daun bawang
-crunchy garlic dihancurkan
-garam sedikit
-1sk tepung jagung

Gaul rata kesemua bahan.

Cara buat WANTAN
-canai doh nipis-nipis, tekapkan bulat-bulat atau nak potong 4 segi pun boleh, tabur dengan tepung supaya tak melekat.
-isikan inti wantan ke dalam kulit wantan,sapukan air keliling kulit wantan.
-lekatkan macam bentuk karipap,lepas tu temukan hujung kulit wantan kiri & kanan ke tengah. 
-siap boleh goreng atau masukkan dalam sup nanti.


Foto: Facebook
SUP JERNIH WANTAN
-1/2 ekor ayam potong 2
-2inci halia hiris
-batang daun bawang
-minyak bawang putih
-fishball
-garam secukupnya
-daun sup dan daun bawang

Buat stok ayam dulu,rebus ayam bersama dgn halia,api perlahan. Dalam setengah jam reneh,Kemudian angkat ayam ketepikan.
Masukkan fishball,batang daun bawang,garam.
Biarkan mengelegak masukkan wantan & minyak bawang putih, tutup api, taburkan daun sup dan daun bawang. 

AYAM BAKAR SIMPLE
-ayam yang direbus tadi
-1inci halia diparut
-1sb minyak bawang putih
-kicap manis,kicap masin,kicap pekat & sos seafood adabi & garam secukupnya.

Gaul kesemuanya dan perap selama setengah jam ke sejam, kemudian bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit.

Foto: Facebook
MI KICAP
-1 keping mi bulat brand iman (beli dekat Azzain)
-4sb kicap pekat
-1sb minyak bawang putih
-2sb kicap manis
-1sb sos seafood adabi
-1sb kicap masin

Gaulkan kesemua kicap & sos seafood adabi, celur mi bulat kemudian tapis.
Gaulkan dengan campuran kicap tadi, siap. 

Mi kicap makan dengan ayam bakar,cili potong,wantan goreng, sawi celur,minyak bwg putih dan sup wantan!

Selamat mencuba. -CARI

Kredit Resipi: FB Viralohviral

Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 14
Komen

Previous : Segarnya! Agar Agar Tembikai Viral...Rugi Tak Cuba

Next       : Diyakini Bersih Dan Halal, Jangan Ragu-Ragu Buat Tauhu Sendiri Di Rumah

Komen Terbaru

Quote Daisyna 10-10-2017 05:34 PM
hujan2 lapar lak

Lain-lain Komen

Quote lululun 9-10-2017 03:49 PM
Awesome! Resepi kulit yg mahal tu. Thanks!!!
Quote CardiGans85 9-10-2017 06:48 PM
Sedap..bole try
Quote jerukkedondong 9-10-2017 07:05 PM
Must try..
Hari tu mkn kt Chicken Rice Shop..wantan soup large size...size bowl dia beso penumbuk aku je.{:nose..
Quote lwyl 9-10-2017 08:19 PM
Tak pernah tengok orang buat wantan dengan inti ayam. Baik letak udang dan chopped water chestnuts.
Quote chazey 10-10-2017 03:53 AM
Tak sedap akak lihat gambar tu.

Baik korang gi carik resipi wantan mee autentik dari Cainis blogger. Pandai2 la tukar menda tak halal pada yang halal.
Quote chazey 10-10-2017 03:54 AM
lwyl replied at 9-10-2017 08:19 PM
Tak pernah tengok orang buat wantan dengan inti ayam. Baik letak udang dan chopped water chestnuts.

Or if nak jimat letak ja isi udang gabung dengan ayam.
Quote chazey 10-10-2017 04:31 AM
Nah, resipi yang sedap. Sila ganti pork dengan chicken:

rasamalaysia.com/wonton-noodles-malaysian-wantan-mee-recipe/2/

Quote lwyl 10-10-2017 06:18 AM
Yup. Wantan inti pork paling sedap. Just like BKT.
Quote lwyl 10-10-2017 06:19 AM
chazey replied at 10-10-2017 03:54 AM
Or if nak jimat letak ja isi udang gabung dengan ayam.

Still tak sedap.
Quote chazey 10-10-2017 10:14 AM
lwyl replied at 10-10-2017 06:19 AM
Still tak sedap.

Nak sedap letak udang ja la semua. Nak letak porkie tavley pula.
Quote nisako 10-10-2017 10:32 AM
lapo den.....................
Quote lwyl 10-10-2017 11:20 AM
chazey replied at 10-10-2017 10:14 AM
Nak sedap letak udang ja la semua. Nak letak porkie tavley pula.

Cina letak tepung ubi kayu dan minyak bijan.
Quote krustykrab 10-10-2017 03:11 PM
MI KICAP
-1 keping mi bulat brand iman (beli dekat Azzain)
-4sb kicap pekat
-1sb minyak bawang putih
-2sb kicap manis
-1sb sos seafood adabi
-1sb kicap masin


Gaulkan kesemua kicap & sos seafood adabi, celur mi bulat kemudian tapis.
Gaulkan dengan campuran kicap tadi, siap.


Mi kicap makan dengan ayam bakar,cili potong,wantan goreng, sawi celur,minyak bwg putih dan sup wantan!
tak yah masak ek....gaul cenggitu je ye

Quote Daisyna 10-10-2017 05:34 PM
hujan2 lapar lak

Lihat semua komen(14)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.050233s Gzip On
To Top