Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Serius Cantik Macam Di Luar Negara, Terap Pine Forest Kedah Jadi Lokasi Bergambar Terbaru

10-10-2017 05:36 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 2836| Komen: 25

Sekali tengok dalam gambar, suasananya cukup mengagumkan! Macam berada di Hutan Pinus yang wajib dikunjungi jika datang ke Jogjakarta Indonesia.

Tak sangka betul di Malaysia pun ada tempat secantik dan setanding macam di luar negara.

Bukan jauh pun, cuma teletak di Kulim Kedah sahaja. Terap Pine Forest menjadi popular mendadak selepas gambar-gambarnya viral di media sosial.

Ini antara tarikan utama yang ada di Terap Pine Forest :

1. Buaian Puteri Gunung Bongsu
Wajib bergambar di atas buaian ini ya. Acah-acah macam bercuti di luar negara, tapi dengan bajet yang jauh lebih rendah. Sesuai sangat dijadikan lokasi bergambar perkahwinan dan sebagainya.

Foto: Facebook

2. Trek untuk mendaki 
Kaki hiking boleh cuba datang ke sini kalau inginkan cabaran yang lain dari biasa. Treknya masih baru dan mudah untuk pendaki melaluinya.
Foto: www.azhafizah.com

3. Kolam mandi untuk orang ramai
Sesekali datang sini, jangan lepaskan peluang untuk mandi dalam kolam bersama kawan-kawan atau keluarga, Sejuk dan jernih airnya.
Foto: www.azhafizah.com

4. Pintu gerbang 
Jangan lupa abadikan kenangan di pintu gerbangnya yang unik kerana ia diperbuat daripada seratus pertus pokok kayu pine.
Foto: Facebook

5. Tempat perkhemahan
Kaki camping mesti syok habis kalau datang ke sini. Tak percaya tengok sahajalah gambar-gambar ni. 
Foto: Facebook
Macam mana, mesti dah teruja kan? Hujung minggu ni pun boleh kalau nak pergi. Ayuh! -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 25
Komen

Previous : Sedih! Tiada Lagi Pokok Palma, Mercu Tanda Los Angeles Selepas Ini...

Next       : Warga Finland Habiskan 12 Kg Kopi Seorang Dalam Masa Setahun!

Komen Terbaru

Quote YPM_Addora 17-10-2017 04:44 PM
boleh bawak anak-anak pergi morning walk

Lain-lain Komen

Quote noraidil_06 10-10-2017 05:40 PM
Nak pegi plissss. Ade hotel tak?  X nk la tidur khemah bagai
Quote mummyNSA 10-10-2017 05:50 PM
Wow... cantiknyaaaa {:love
Quote Rainrein 10-10-2017 06:01 PM
Lamanye x camping.  Last camping masa sekolah menengah dulu je.  Anak sulung hari hari berzikir ajak gi camping tapi x dapat lagi la buat masa ni, kena tunggu dia and adik adik dia besar sikit dulu.
Quote RatuDunia94 10-10-2017 06:47 PM
Ni dh viral abislah jahanam tempat tu bila org ramai duk berkunjung.. Dgn sampahnya..
Tp bila tgok balik gambar tu xde la mcm lat luar negara mana pon.. Setakat utk bgambar ok la.. Kalo nk camping bagai mcm xde beza je dgn hutan kt Ampang..
Quote kasihfree 10-10-2017 07:24 PM
Alahai tengok pon macam kebun karet je no3 nak pegi mandi lepas tu kena kudis la tengok airnye{:yameteh
Quote Peterpan17 10-10-2017 08:06 PM
kasihfree replied at 10-10-2017 07:24 PM
Alahai tengok pon macam kebun karet je no3 nak pegi mandi lepas tu kena kudis la tengok airnye{:yame ...

Yg kolam mandi dlm gambar tu aku tgk mcm lopak air lepas hujan je
Quote cahaya_almas 10-10-2017 08:13 PM
Bestnya buai tu...igt msa bdk2 ayah suka psg  buai mcm ni...ltk tali n papan...tk pun buai jenis jaring or tali rafia...hehe
Quote Hashitah 11-10-2017 12:10 AM
mcm kt oversea pula kan..cantik.hehhe
Quote nisako 11-10-2017 01:44 AM
wah  bo pi pi.....,,
Quote CikNano 11-10-2017 08:37 AM
Hrp2 bila da viral ni ummah2 malaysia xbuang sampah merata2
Quote azradiza 11-10-2017 08:44 AM
kene pegi cecepat sebelum sampah menimbun
mcm kat pantai senok tu
awal2 cun la, tapi pegi skang mak aii sampahhh
Quote Hessa 11-10-2017 08:55 AM
sesuai utk camping sebab kawasan bawah tak semak ..biasanya hutan khatulistiwa hutan kanopi, kawasan bawah penuh lalang rumput meninggi..betul lah tu mcm kat luar negara..kat luar negara (selain khatulistiwa) mmg hutannya bersih bahagian bawahnya..tk meninggi lalang dan semak...
Quote tembikai 11-10-2017 07:12 PM
cantik ...sesuai yg nak camping & hiking. Buaian tu nmpk best sgt....
Tapi yg kolam mandi tu...aku slh tgk ka ??
Quote saladin780 11-10-2017 08:59 PM
bergambar kat semak belakang rumah pun..guna filter 5 lapis..terus nampak cam kat obersii
Quote vanillaninja 12-10-2017 10:30 AM
Ok la kot untuk orang yang suka camping. Orang macam I yang memang langsung tak minat camping rasanya tak kan teringin pun nak jejak kaki
Quote fushimi 12-10-2017 04:47 PM
bebiase je aku tengok

tak ada faktor wow pun
Quote kittypong31 12-10-2017 08:00 PM
boleh2 je lah..
Quote SuRiaGreeNz 13-10-2017 11:52 AM
buaian tu je nmpk best.. kolam tu lgsung x de rupa kolam kot..
Quote nashrudean 13-10-2017 02:55 PM
mcm ni lawa? haha..bkn x nk sokong pelancongan lokal..tp mmg x lawa pon...klu nk banding ngan Jogja tu berkilo2 kena tinggal...

Lihat semua komen(25)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055079s Gzip On
To Top