Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Rupanya Mudah Tapi Hasil Memang Merecik, Kena Cuba Nasi Ayam Thai Ini!

11-10-2017 01:02 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 2015| Komen: 10

Merecik, sudah viral nasi ayam ala Thai yang disebut ramai. Rupanya taklah terlalu sukar, malah memang ringkas pun.

Hasilnya memang meletup! Ditambah dengan sos Thai yang pedas dan masam. Tak cukup sepinggan nanti!

Marilah cuba, pasti anda tertawan!


Bahan-bahan:

Isi dada ayam
Akar ketumbar
Hirisan halia secukupnya
Air secukupnya - anggaran air biasa untuk memasak nasi
Kiub pati ayam secukupnya
3 cawan beras - dibersihkan dan ditoskan


Bahan sos:

Sos cili Thai Maggi
1 sudu kicap pekat
Sedikit perahan jus limau nipis
Sedikit air jika perlu
Cili merah - dihiris (boleh juga cili padi)


Cara-caranya:

1. Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar atau akar daun sup dan masukkan perasa kiub pati ayam.

2. Setelah mendidih dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika. 

3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali yang yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa. 

4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili Thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili. 

5. Hidangkan nasi ayam Thai bersama sos tadi. Selamat mencuba! - CARI


Kredit: Shahril Romli

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 10
Komen

Previous : Diyakini Bersih Dan Halal, Jangan Ragu-Ragu Buat Tauhu Sendiri Di Rumah

Next       : Tanam Tauge Sendiri Di Rumah, Empat Hari Sahaja Dah Keluar Hasilnya

Komen Terbaru

Quote nisako 12-10-2017 11:43 AM
lapo..................

Lain-lain Komen

Quote maryamamina 11-10-2017 01:04 PM
Simpan dulu resepi, masaknya belum tentu lagi kiki
Quote matchstick 11-10-2017 01:50 PM
resepi isi dada ayam..lepas masak bersama nasi dapat paha ayam dan sebagainya
Quote AbukRokok 11-10-2017 01:57 PM
ai pun nak terai la nti.... akar ketumbar ada jual ke kat mall ?
Quote lyza2474 11-10-2017 03:57 PM
beli daun ketumbar mmg sekali dgn akar nya
Quote kimchipedas 11-10-2017 10:43 PM
Simple jgk resepi ni insya Allah 1 day nt..
Quote WhiskeyScotch 12-10-2017 01:53 AM
Tengok gambar macam tak sedap.
Quote kertas_putih 12-10-2017 09:38 AM
aah..tengok gambar takde la sesedap mane..
Quote yayangmama 12-10-2017 09:51 AM
klau belah2 sana...masak daun ketumbar mmg masuk dgn akar2 skali ek

hehe...saya suka daun ketumbar tp xlah masuk dgn akar sekali
Quote hatikudus 12-10-2017 10:40 AM
Hakak dah masak nasi ayam ni subuh tadi...daun ketumbar@sup tarak, hakak ganti daun pandan.
Mudah & ringkas hari bekerja nak masak ghupa gini je. Tambah sup mcm nasi ayam biasa. Settle.
Quote nisako 12-10-2017 11:43 AM
lapo..................

Lihat semua komen(10)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046571s Gzip On
To Top