Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Kemeriahan Rasa Dalam Satu Pinggan, Nasi 7 Benua Wajib Kena Cuba

12-10-2017 11:30 AM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 1676| Komen: 18

Orang Malaysia kalau bab makanan memang kreatif, ada sahaja gimik yang dilakukan untuk menarik pelanggan datang ke kedai.

Macam di Koo Boo Cafe yang terletak di Pulau Pinang ini, memang meriah betul dalam satu pinggan sebab ada macam-macam benua!

Nasi 7 Benua adalah keistimewaan di sini kerana hidangan ini menawarkan tujuh jenis nasi yang bersaiz kecil.

Foto: Carian Internet
Ada nasi putih, nasi tomato, nasi kacang tanah, nasi pandan, nasi lemuni (herba wangi), nasi minyak mentah dan nasi hujan panas yang disusun cantik di atas pinggan.

Siap boleh pilih lauk yang pelbagai mengikut citarasa masing-masing untuk dimakan bersama nasi-nasi tadi. 

Foto: Carian Internet
Paling menjadi kegemaran ramai adalah lauk gulai ikan, ayam goreng, sambal ketang, daging, ulam-ulaman, sambal belacan dan telur masih. Fuh, merecik!

Sebut tentang harga pula, ianya berbeza-beza mengikut pemilihan lauk anda. Apa yang pasti memang berbaloi habis.

Foto: Carian Internet
Lokasi
Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe
Taman Tunas Muda,
Bayan Lepas,
Pulau Pinang.

Kafe ini dibuka setiap hari kecuali Ahad, dari 11 pagi hingga 11 malam.

Foto: Carian Internet
Jom, tak sabar nak rasa kemeriahan rasa dalam satu pinggan Nasi 7 Benua. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
2
Komen: 18
Komen

Previous : Teh Ais Gajah RM7 Mengganas!

Next       : 'Tekan-tekan' Pesanan Dah Sampai, Hanya Di Pizza Hut Sunway Pyramid!

Komen Terbaru

Quote Ninjamommy 21-10-2017 01:03 AM
Yesss boleh try. Tapi x muak ke?

Lain-lain Komen

Quote nisako 12-10-2017 11:44 AM
wah sedap Nampak..............
Quote raradhia 12-10-2017 11:56 AM
sedapnya, belanja sikit
Quote eizarz 12-10-2017 12:35 PM
biase2 je..cuma presentation je
Quote buapakperut 12-10-2017 12:58 PM
dulu masa preggy pegi makan ..cakap dengan husband,banyaknye ..takut tak habislah,membazir ti. sekali tgk dia cedok guna acuan kuih lompang yang kecik yakmat. terus iols gelak2. btw lauk2 dia sangat cincai ok. langsung tak mcm dalam gmbr
Quote buapakperut 12-10-2017 12:59 PM
nisako replied at 12-10-2017 03:44 AM
wah sedap Nampak..............

nasik dan lauk semua biasa2 je. cuma nasi lemuni tu je sedap. tapi harga ok la. tak cekik darah
Quote pearl.silver 12-10-2017 01:25 PM
dulu dok penang kejap selalu makan sini
lauk dia biasa laa lauk nasi kandar
datang lewat abes la lauk
datang awal meriah la lauk
Quote airisa 12-10-2017 03:38 PM
nasi yg mcm2 jenis tu takde rasa apa sgt pun.. mcm sama je

nasi lemuni pun tak dak rasa ..

cumanya, lauk2 tu ala masak di rumah .. lauk biasa

Quote PICes_Boy 12-10-2017 03:41 PM
nampak sedappp tp aku tak makan nasi plk...
Quote EncikRhoma 12-10-2017 04:16 PM
dua ketul pun nampak macam banyak. Mampus nak habiskan 7 ketul
Quote cikpah27 12-10-2017 04:58 PM
EncikRhoma replied at 12-10-2017 04:16 PM
dua ketul pun nampak macam banyak. Mampus nak habiskan 7 ketul

Taklah.. Bulat2 kecik je tu.. Kalau mulut I, 2 kali suap.. Dia sukat guna acuan kuih lompang..
Quote chazey 12-10-2017 07:09 PM
Overrated jah biasanya benda gini. Tak sedap mana pun.
Quote tembikai 12-10-2017 07:58 PM
prnh makan...biasa jer....7jenis nasi tu pun mcm sama ajer semuanya..
Quote alien88 12-10-2017 09:27 PM
bukan dah lama ke ada nasi 7 benua ni? jgn la viral lagi, cheq belum p makan lagi
Quote merrissa 13-10-2017 03:53 AM
7 benua apakah....semua dari indon jah tuh.... wakakakaka...#DONECLAIM #INIBARUSARKASTIKTEKYA
Quote lil_sparky 14-10-2017 12:24 PM
Dh p..abah ajak p mkn..lauk aym msk kicap sedap jugak. N boleh la nk rasa nasi lemuni.dh lama xmkn nasi ni..dlu ada org jual nasi lemak lemuni ni..
Quote CikHaanii 15-10-2017 11:34 AM
Presentation cantik, rasa belum tahu lagi
Quote pinkypetal 17-10-2017 11:28 AM
Dah makan. Ok2 jerlah rasa dia. Takdela sedap teramat sangat.

Banyak jenis sangat utk 1 pinggan sampai bila kita makan rasa semua jenis sama pulak. Yang rasa beza sikit pon nasi lemuni tu.
Quote Ninjamommy 21-10-2017 01:03 AM
Yesss boleh try. Tapi x muak ke?

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.042684s Gzip On
To Top