Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Lagi Banyak Cili, Bertambah Selera! Sambal Cili Goreng Boleh Buat Orang Menangis Pedasnya

25-10-2017 01:22 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 3429| Komen: 26

Bagi mereka yang gemarkan pedas, rasa macam tak sah makan kalau tak ada cili.

Kadang-kadang tak perlu pun masukkannya ke dalam masakan, jadikan cili sebagai ulam pun dah cukup puas!

Ada satu lagi cara yang boleh menggembirakan hati si penggemar pedas, resipi Sambal Cili Goreng. Memang umph!

Bahan-Bahan:

Foto: FB Resepi Memikat Suami
1. Bawang besar saiz sederhana 2 
2. Cili hijau 6 & Cili Merah 4
3. Cili Padi merah sikit (kalau nak pedas)
4. Ikan bilis sikit
5. Belacan sikit
6. Asam Jawa (agak agak 1/2 dari saiz telur ayam, perah dalam mangkuk, air ditoskan)
7. Semua bahan-bahan dikisar kering.


Cara-Cara:
1. Ambil minyak dalam 1 senduk (memang kena lebih kalau tak sambal tak garing)
2. Tumis bahan bahan kisar kering tadi sampai garing
3. Bila dah garing, baru masukkan air asam 
4. Perasakan dengan garam dan gula sikit
5. Hiriskan bawang and campur sekali dalam sambal lepas tu tutup api
6. Lebihan minyak pada sambal tadi boleh juga dibuang sedikit

Foto: FB Resepi Memikat Suami
Lagi pedas, lagi berselera. Sedap dimakan bersama bubur nasi, tapi nasi biasa pun lagi sedap. Selamat mencuba! -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 26
Komen

Previous : Kangkung Goreng Belacan Dan Sotong, Ringkas Tapi Lazat Tak Ingat Dunia

Next       : Chicken Mango, Gabungan Masam Manis Dan 'Crunchy' Mengangkat Selera!

Komen Terbaru

Quote gadislibra 20-11-2017 02:15 AM
Perghhh! Kena buat esok ni. Kecoqqqqq weyhhh.

Lain-lain Komen

Quote raradhia 25-10-2017 01:37 PM
wowww, mcm sedap dan berasap!!! kena try ni. .
Quote tagas 25-10-2017 02:33 PM
meleleh leh ayak liuk tgk

pekena dn ns panas2 then telo dador perghhhwww
Quote wan_ie 25-10-2017 03:00 PM
pastu mkn nasi panas2....meletoppppp
Quote helicornia 25-10-2017 04:54 PM
banyaknya asam jawa sampai separuh saiz telur..setengah sudu pn dh cukup
Quote pinkypetal 25-10-2017 05:24 PM
Yang ni dengan sambal godok lain ke?
Quote Jorja 25-10-2017 07:04 PM
Mesti sedap makan dgn bubur nasi.. tapi bila dah masuk awal 30s ni kurangkn lah makan yg pedas2 coz spicy food cepatkn proses penuaan
Quote barfi 25-10-2017 08:12 PM
Ni bukan org panggil sambal gesek ke
Quote MarissaOberlin 25-10-2017 11:09 PM
Suai juga buat molot molot yang takda insurans tu haa kita cilikan sekali
Quote ChestnutRed 26-10-2017 10:04 AM
sedapnya makan dengan nasi panas2
Quote Lilly.june 26-10-2017 04:48 PM
aduhhh merecikkk tengok....menu simple tapi boleh buat ko bertambah2 nasik. fuhhh
Quote misscendol 27-10-2017 09:51 AM
Nangessss tengok. Nak buatlah
Quote apiang 27-10-2017 03:22 PM
perghhhh lazizun nyahhh
Quote kertas_putih 28-10-2017 11:50 AM
tengok sambal ni je pun dah boleh buat lapar
Quote miskay 28-10-2017 05:54 PM
Sedapnya.. Tengok gambar pun dah terliur
Ni kalau makan ni tak sedor dah berpinggan nasi
Quote yayangmama 30-10-2017 04:10 PM
uiksssss....bahaya ni bahaya...

tak suka makan dengan sambal gini

nanti makan xcukup sepinggan huhuhuh
Quote vanillaninja 30-10-2017 04:28 PM
Sedapnyaaa I suka makan pedas2!
Quote Ratutulip 30-10-2017 04:35 PM
oiiiii sedapp nya..hujan2 ni tgk menu ni... lapa terus perot
Quote ms.mango 31-10-2017 01:42 PM
sedap...dah pernah buat...sambal cili ni buat org xberhenti makan...

sambal belacan goreng pn sedap! terliur pulak.. balik ni nak buatlah..
Quote emelia1509 31-10-2017 02:32 PM
Oh heaven..
Iols dengan pedas2 ni memang bepisah tiada..

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.064607s Gzip On
To Top