Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Tiada Lagi Beratur Panjang, Malaysia Dah Ada Kiosk McD Layan Diri!

3-11-2017 11:30 AM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 3236| Komen: 32

Wah, terujanya bila dapat tahu McDonald's Malaysia pun sudah mula menyediakan kiosk layan diri di beberapa premisnya.


Foto: The Coverage

Tak adalah lepas ni 'tekanan darah mencanak' bila kena beratur panjang untuk memesan makanan terutama ketika perut sudah bersenandung.

Juga, tiada lagi perasaan 'frust menonggeng' bila tengok barisan panjang di ruang pandu lalu.


Foto: Internet

Menurut The Coverage, pengunjung boleh memesan makanan sama ada daripada kategori ala carte ataupun hidangan set menggunakan mesin berkenaan.



Kurang beberapa minit, anda boleh memilih makanan dan membuat pembayaran melalui kiosk kecil tersebut dan menunggu giliran dipanggil di kaunter mengambil pesanan.



Foto: The Coverage

Lebih menarik, anda boleh pilih sendiri apa yang anda mahu dan tak mahu diletakkan di dalam burger anda. Kalau tak suka timun jeruk dalam Cheeseburger, anda boleh pilih untuk 'buang' jeruk berkenaan.

Buat masa ini, kiosk layan diri berkenaan hanya didapati di francais Bukit Bintang dan Jalan Telawi, Bangsar.

Wah, bila agaknya kiosk ini akan disediakan di semua premis McDonald's di Malaysia ya? - CARI



Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 32
Komen

Previous : Kacang Pool Haji Paling Istimewa Di Johor, Ini 8 Sebab Utama Kenapa Wajib Cuba

Next       : Nasi Lemak Bungkus Telur, Kini Jadi Rebutan Di Kajang...

Komen Terbaru

Quote nura88 12-11-2017 12:47 AM
dah ada dkt klcc, tp ramai gila org berator

Lain-lain Komen

Quote prettyuglybabe 3-11-2017 11:34 AM
bagus la.. tapi harap tak bersawang la tunggu orang depan dok memikir nak order apa..
Quote helicornia 3-11-2017 11:43 AM
kt ovesea dh lama ada kn
Quote mdhelmi 3-11-2017 11:44 AM
org tu bayar cane tu
Quote Mary_jane 3-11-2017 11:44 AM
Hooray. Makin gemuk.
Quote CiliPadiSedap 3-11-2017 12:03 PM
lepas ni kfc,pizza hut tiru.

lepas ni budak habis spm dah xboleh kerja fast food chain. kena kerja kilang alif syukri. lunch tengah hari makan jamu kepit xdapat makan snake plate
Quote mizruncing 3-11-2017 12:07 PM
malaysia makin maju
Quote AbukRokok 3-11-2017 12:15 PM
harap xde kes kastemer maki hamun mesin sehingga menedang ia
Quote umbut 3-11-2017 12:26 PM
Zaman anak2 kita akan dtg lebih mencabar.. dulu2 xda spm pun boleh kerja fast food.. skrg mesin ambik alih..
Quote Siputjelly 3-11-2017 12:30 PM
bayar guna card je
Quote Siputjelly 3-11-2017 12:31 PM
mdhelmi: org tu bayar cane tu


bayar guna card je
Quote willow12 3-11-2017 01:13 PM
I tak makan mekdi. Pi ramly beger jer..
Quote Jajabeans 3-11-2017 02:12 PM
kurang satu beban pekerja mcd dh xpayah nak tekan2 skrin monitor utk amik order
Quote ira_229 3-11-2017 03:52 PM

Singapore dah start dah lama...kena tunggu jugak sementara diaorang prepare makanan sama jugak.
bukan McD je fastfood lain pun dah start mcm ni...klu kat depan jenis tak reti,baru atau belum decide nak makan apa...jenuh jugak tunggu..
Quote EncikRhoma 3-11-2017 03:55 PM
selalu beratur panjang sebab orang tu dah duduk depan kaunter baru terkial-kial fikir nak order apa. Dari tadi beratur bukannnya nak decide dulu. Padahal menu ada je kat depan
Quote saviour_09 3-11-2017 04:02 PM
lol
makin  buruk la muka tunggu orang depan duk ermm ermm ermm nak order apa ye
Quote munchkin 3-11-2017 04:04 PM
Yeayyyyyyyt
Quote armin 3-11-2017 04:44 PM
senang, tak payah bayar health care, tak payah bayar epf, staff meal, gaji, banyak gila jimat. Bdk habis spm selain mcd byk lagi keje lain, keje la mydin ke giant aeon big ke
Quote armin 3-11-2017 04:44 PM
senang, tak payah bayar health care, tak payah bayar epf, staff meal, gaji, banyak gila jimat. Bdk habis spm selain mcd byk lagi keje lain, keje la mydin ke giant aeon big ke
Quote madamjaja 3-11-2017 05:17 PM
pnh nk try ni kat italy

Lihat semua komen(32)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.047907s Gzip On
To Top