Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Jom! Di Sinilah Pohon Epal Yang Buat Isaac Newton Temui Teori Graviti

8-11-2017 03:51 PM|Oleh: Adib Za | Dilihat: 2831| Komen: 11

Pasti ramai yang mengetahui kisah Sir Isaac Newton dengan buah epal yang membuatkannya menemui teori graviti, bukan?

Sudah tentu ia menjadi anekdot paling popular dalam sejarah sains. Namun, pernahkah anda terfikir di manakah pohon epal tersebut yang menjadi saksi kepada peristiwa penting ini?

Memetik Amusing Planet, dipercayai pohon epal tersebut yang masih tegak berdiri di Lincolnshire, England. 


Sebelum ini catatan John Conduitt menyebut tentang peristiwa jatuhnya buah epal yang menginspirasikan Newton itu terjadi pada tahun 1666.

Conduitt merupakan suami kepada anak saudara Newton, yang juga menjadi pembantunya di Royal Mint. 

Peristiwa itu terjadi di rumah yang didiami Newton ketika kecil iaitu di Woolsthorpe Manor. Newton dikatakan kembali ke kediaman ini selepas University Cambridge ditutup akibat serangan sejenis wabak.




Di sinilah dia menjalankan pelbagai jenis eksperimen yang seterusnya menjadi penemuan besar dan luar biasa. 

Meskipun Newton tidak pernah menyebut di mana dia menyaksikan epal itu jatuh, namun kemungkinan ia adalah dari pohon epal di halaman rumahnya. 

Pohon itu telah dijaga dan dirawat oleh keluarga Woolerton sejak tahun 1950-an. Malah pohon ini pernah tumbang pada 1816 akibat ribut namun tunjangnya masih kukuh di tanah dan dapat bercambah kembali. 

Di Sinilah Pohon Epal Newton Yang Masih Gagah Berdiri..


Kini pohon tersebut di bawah perlindungan National Trust. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Previous : Lembah Barun Di Nepal Ini Dikatakan Lembah Tercantik Di Dunia..

Next       : 4 Jenis Penginapan Percuma Semasa Travel, Tak Perlu Bayar Sesen Pun

Komen Terbaru

Quote felicity18 19-11-2017 12:23 PM
wow da beratus tahun. still ada lagi

Lain-lain Komen

Quote chinta89 8-11-2017 04:06 PM
wahhhh ade lagi pohon epal ni
Quote Konahhh 8-11-2017 10:54 PM
Wahhhhhhh tak pernah terfikir pokok ni wujud lagi
Quote EncikRhoma 9-11-2017 08:14 AM
kalau kat malaysia, dah kena tebang dah ni
Quote makton 9-11-2017 08:17 AM
tak sangka masih kukuh pokok ni. kalau ada gambar pokok berbuah mesti lagi syahdu tgk


#akubudakfizik
Quote putput 9-11-2017 08:39 AM
kalo disini sudah jd tempat keramat bagai
Quote mizz_fatyn 9-11-2017 09:03 AM
lagi best kalu ader buah epal..yum yum
Quote de_ikea 9-11-2017 09:19 AM
mizz_fatyn: lagi best kalu ader buah epal..yum yum

Kalo makan terus jd genius fizik kan
Hihihi
Quote iznanaziz 9-11-2017 01:52 PM
rumah tu Newton ada lagi tak?
Quote ikinbest 9-11-2017 04:58 PM
pokok yg samakah?..
Quote Farini 10-11-2017 03:55 PM
beratus tahun sudah
Quote felicity18 19-11-2017 12:23 PM
wow da beratus tahun. still ada lagi

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044097s Gzip On
To Top