Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Puas Makan Ramai-Ramai! 14 Jenis Masakan Dalam Satu Talam, Hanya Di Warong Lalapan

13-11-2017 05:37 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 1931| Komen: 11

Empat belas jenis masakan dalam satu talam? Wow, ini betul-betul puas! Sangat unik dan menarik sebab hidangan yang ditawarkan di Warong Lalapan ini.

Buat pengetahuan, lalapan dalam Bahasa Jawa bermaksud ulaman-ulaman. Menurut pemiliknya kepada Kosmo, idea untuk menawarkan set ini muncul selepas dia berkunjung ke Jember Surabaya.

Foto: Projek MMO
Di sana dia singgah ke sebuah restoran lalapan dan membawa konsep tersebut ke Malaysia.

Dalam satu set ada kambing bakar Jember, mi segera goreng, telur dadar, bergedel, tauhu dan tempe goreng, ayam lalapan, sup bakso kosong, kentang goreng, ulaman, sambal lalapan, sos, nasi putih dan air sirap, di mana semua ini dihidangkan dalam satu talam.

Foto: Zainubi Uzir
Hanya RM45 untuk hidangan yang dinamakan sebagai Warong Lalapan Setalam ini memang cukup meriah untuk dinikmati dikongsi antara empat hingga enam orang.

Selain itu, menu istimewa lain yang paling mendapat sambutan adalah set nasi kambing Jember dan nasi gulai kambing. Hanya RM11 untuk sepinggan.


Foto: FB Warong Lalapan
Lain-lain termasuk nasi lalapan ayam kampung, burung puyuh, ikan keli dan ikan tilapia yang berharga antara RM5.50 hingga RM8.50 sepinggan.

Foto: Projek MMO
Warong Lalapan
Di tepi jalan utama Kuala Selangor-Sabak Bernam. (Waze: Warong Lalapan)
Waktu Operasi: Setiap hari (kecuali Jumaat), 11 pagi- 11 malam

Jom! Tak sabar nak cuba sendiri. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 11
Komen

Previous : Isinya Lebih Manis Dari Kerang, Kepah. Jom Cuba Mentarang Bakar Di Sekinchan!

Next       : Roti Canai, Teh 'O' Panas Cuma 50 Sen! Warung Di Melaka Jadi Popular Mendadak

Komen Terbaru

Quote me12345 17-11-2017 05:02 PM
Jauhh benorrr....

Lain-lain Komen

Quote matchstick 13-11-2017 06:13 PM
Caca marba sungguh menu dlm setalam tu...kambing n fries ala2 western. Yg lain indon food termasuk megi goreng tu kot
Quote AmandaRollins 13-11-2017 08:28 PM
X menyelerakan langsung..mcm main masak2 je..
Btw,sambal lalapan tu klu nk sedap p la mkn kt sabah..femes kt ctu nasi lalap..mmg lg sedap dr nasi ayam penyet..
Quote pearl.silver 13-11-2017 10:33 PM
Hidang dlm talam tu spoil rasa sebab ada fries..
Quote chazey 13-11-2017 11:16 PM
Tak sedap jah akak tengok. Motif siap ada instant french fries? Yuck! Nasik ambeng jauh lebih menyelerakan lauknya.
Quote irwansuhadi 14-11-2017 12:02 PM
kenapa french fries sedangkan boleh aje buat sambal jawa?
Quote pinkpunk 14-11-2017 01:29 PM
mahalnya harga
Quote Jeasabri 14-11-2017 03:21 PM
sedapnyaaa{:childlike{:childlike{:childlike{:childlike
Quote Jeasabri 14-11-2017 03:21 PM
sedapnyaaa{:childlike{:childlike{:childlike{:childlike
Quote vanillaninja 14-11-2017 04:21 PM
Hmm, tak teringin nak cuba.
Quote YTO 15-11-2017 03:29 PM
Salam... nak kongsi sikik kak. Mungkin ada yang perlukan transport di surabaya. Saya boleh sediakan kak.
Quote me12345 17-11-2017 05:02 PM
Jauhh benorrr....

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.044409s Gzip On
To Top