Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Roti Canai, Teh 'O' Panas Cuma 50 Sen! Warung Di Melaka Jadi Popular Mendadak

14-11-2017 01:01 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 1468| Komen: 20

Hanya berbekalkan RM1, sarapan pagi anda sempurna dengan kenikmatan roti canai dan segelas teh 'o' panas.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, macam tak percaya masih ada lagi gerai yang menjual semurah ini!

Disebabkan harganya yang sangat rendah dan berbaloi, warung yang terletak di Melaka ini menjadi popular dan tular serta merta.

Foto: Facebook 
Selain roti canai 50 sen, ada juga mi goreng, nasi lemak yang lengkap dengan hirisan timun segar, sambal tumis dan ikan bilis ada dijual dengan hanya RM1.

Kalau nak telur goreng, boleh tambah dengan hidangan tadi dengan hanya membayar ekstra 50 sen.

Beraneka minuman panas seperti teh tarik, kopi, milo, nescafe, kopi o, teh o, dan telur separuh masak, juga dijual 50 sen.

Foto: Facebook 
Wah, syurga makanan murah. Menurut pelanggan yang dah pernah mencuba, memang sedap katanya kerana pemilik sentiasa menjaga kualiti makanan walaupun dijual dengan harga yang sangat rendah.

Kalau nak merasa, kena datang seawal jam 7 pagi. Kalau lambat, habis sebabn penduduk sekitar memang berpusu-pusu datang untuk bersarapan.

Warung Roti Canai 50 Sen,
Jalan Sri Krubong 2, Taman Sri Krubong, Batu Berendam, Melaka
Waktu Operasi: 7 am- 12 pm

Foto: Facebook 
Bagi yang ada perancangan untuk berjalan ke Melaka dalam waktu terdekat ini, jangan lupa singgah ya. -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 20
Komen

Previous : Puas Makan Ramai-Ramai! 14 Jenis Masakan Dalam Satu Talam, Hanya Di Warong Lalapan

Next       : Senarai Restoran Kari Kepala Ikan Paling Sedap Dan Popular Di KL, Mana Satu Nak Cuba?

Komen Terbaru

Quote Konahhh 19-11-2017 08:49 AM
Moga murah lagi rezeki peniaga ni..ni baru betul, kebanyakkan sekarang jual produk 10 botol pun dah untung berlipat gandaaa

Lain-lain Komen

Quote dubuk 14-11-2017 01:13 PM
nampak sedap roti canai
Quote aziiiperempuan 14-11-2017 01:22 PM
nampak sedap tapi tak sempat pergi. sob sob
Quote Andyscenes 14-11-2017 01:26 PM
Ramai sgt. Baik mamak biasa je
Quote nisako 14-11-2017 01:37 PM
bestnye roti canai Nampak sedap
Quote Jorja 14-11-2017 03:10 PM
Rezeki orang sengkek
Quote Cemay 14-11-2017 03:16 PM
Maknanya peniaga ni semua boleh jee jual ngan harga murah tapi dok buat teruk cam leh bankrup kalu jual harga murah.
Quote matchstick 14-11-2017 03:56 PM
Murahnya nescafe 50sen jgk. Teh o 50sen x heran sgt
Quote matchstick 14-11-2017 03:59 PM
Murah rezeki mak cik. Tp pinggan kuah tu jgn lah letak atas roti canai..x suka
Quote irwansuhadi 14-11-2017 05:47 PM
contoh penjaja yang mengamalkan konsep untung 20%-40%. Kebanyakkan penjaja sekarang ni, untung 100% - 300%. Ikutlah masing2..
Quote Skuau 14-11-2017 06:51 PM
semoga dimurahkan rezeki anda....
Quote deathacker 14-11-2017 09:01 PM
Ala jauh sgt. X berbaloi nak dtg dr KL
Quote Jeasabri 14-11-2017 09:13 PM
kenapa jauh sangat{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun{:cryrun
Quote Cassieopeia 15-11-2017 02:23 AM
Murah rezeki akak ni. Makin ramai datang kedai dia
Quote tembikai 15-11-2017 08:37 AM
moga bertambah keberkatanNya dan rezeki utk  akak
Quote merrissa 15-11-2017 09:01 AM
maybe dia dh g haji...
Quote syue86 15-11-2017 09:14 AM
moga dimurahkan rezeki org yg bniaga mcm ni
Quote cascutes 15-11-2017 09:57 AM
warung gini kene byk customer baru ada huntung...
klu x nak bayau gaji cuci pinggan pun x lepas....
harap masih dpt kekalkan kebersihan
dan semoga bertambah rezeki pemilik bisnes ni...
sedap plak tgok roti garing vs kuah asam pedas....
Quote noraidil_06 15-11-2017 09:35 PM
cascutes replied at 15-11-2017 09:57 AM
warung gini kene byk customer baru ada huntung...
klu x nak bayau gaji cuci pinggan pun x lepas... ...

Exactly. Kena go on volume
Quote me12345 17-11-2017 05:00 PM
Amal jariah kot ni.... semoga murah rejeki

Lihat semua komen(20)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049427s Gzip On
To Top