Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

10 Makanan Menjijikkan Di Dunia, No.9 Tu Paling Nak Termuntah

14-11-2017 03:01 PM|Oleh: Myra Rozi | Dilihat: 2977| Komen: 45

Makanan yang sedap serta menyelerakan pastinya dihasilkan dari ramuan halal, dijamin dari segi kesihatan dan kebersihannya.

Namun di sesetengah negara di dunia ini, ramai yang mempunyai selera pelik kerana sanggup makan makanan yang dianggap jijik dan mengerikan.

Bagi kita yang mempunyai selera normal, tengok pun boleh termuntah! Ini adalah antara makanan dan minuman yang paling pelik di dunia menurut IDN Times. Tak sangka ianya wujud dan boleh dimakan:

1. Haggis (Scotland)
Makanan ini dihasilkan menggunakan hati, jantung dan paru-paru kambing biri-biri yang dicampurkan dengan bawang putih, oatmeal, lemak, rempah ratus dan garam. Proses memasaknya dilakukan dalam perut binatang.

Foto: menshealth.de


2. Sosej Darah (Afrika, Asia, Amerika, Eropah)
Ia dibuat menggunakan darah binatang yang dibekukan dan kemudia diproses menjadi sosej.

Foto: hostelworld.com


3. Wain Ular (China)
Minuman ini dihasilkan dari ular yang direndam selama beberapa bulan. Ia dipercayai baik untuk kesihatan.

Foto: magnusmundi.com


4. Tarantula Goreng (Kemboja)
Makanan ini merupakan makanan ringan bagi masyarakat di sana. Dimasak dengan mencabut dahulu bulu-bulu di kakinya, direndam dengan gula dan garam semalaman sebelum digoreng.

Foto: hostelworld.com


5. Casu Marzu/Keju Basi (Itali)
Ini merupakan makanan tradisional penduduk di sana. Ada anak serangga yang masih dalam bentuk ulat di dalamnya bergerak-gerak. 

Foto: hostelworld.com


6. Telur Seribu Tahun (China)
Telur akan direndam menggunakan bahan dipanggil Malam, abu, kapur mentah selama berbulan-bulan sehigga berubah menjadi warna hitam.

Foto: history.com


7. Mata Ikan Tuna (Jepun)
Nampak menjijikkan tapi rasa dan teksturnya macam makan sotong.

Foto: traveleatfun.com


8. Surstömming/ Ikan Basi (Sweden)
Diperbuat daripada ikan Herring, direndam dengan garam dan kemudian akan menjalani proses penapaian. Kalau nak makan kena di tempat yang terbuka kerana baunya sangat busuk.

Foto: munchies.vice.com


9. Shirako (Jepun)
Ia merupakan kantung sperma ikan kod, buntal atau ikan angler. Bentuknya tidak ubah seperti otak kecil dan rasanya manis-manis.

Foto: Thekitchn.com


10. Balut (Filipina)
Telur-telur yang sengaja dibiarkan sehingga menjadi embrio. Ia akan dimasukkan dalam air mendidih dan diberi sedikit garam.

Foto: hostelworld.com
Jadi, menurut anda mana satu yang paling menimbulkan rasa jelik dan paling ngeri sekali? -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
2
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 45
Komen

Previous : Mudahnya Memasak! Gaul-Gaul Je, Dah Siap Acar Telur Rebus

Next       : Bila Makan Teringat Zaman Dulu-Dulu! Resipi Legend, Buah Sawit Sira Gula Kabung

Komen Terbaru

Quote ecstatic 20-11-2017 12:42 PM
no 10 mmg paling loyaaa

Lain-lain Komen

Quote Andyscenes 14-11-2017 03:06 PM
Org indon suka makan darah
Quote salmon-suki 14-11-2017 03:06 PM
Semua yekkkk..y sedut katak gne straw kt amazon tu xde dlm senarai ek?hihi..tgk bizarre food with andrew Zimmerman..pelik2 makanan dia tnjuk..kite y tgk p rse nk muntah je..
Quote mommymonster82 14-11-2017 03:26 PM
Erkkkk
Quote nisako 14-11-2017 03:28 PM
yg last tu geli nak mkn oooi................
Quote matchstick 14-11-2017 03:47 PM
Ikan pekasam x bole lawan ikan basi tu ke..
Quote jane_hopper 14-11-2017 04:04 PM
Confirm last sekali plg geli
Quote jane_hopper 14-11-2017 04:07 PM
matchstick replied at 14-11-2017 03:47 PM
Ikan pekasam x bole lawan ikan basi tu ke..

Kan, tp maybe sbb pekasam jenis goreng, yg ikan basi tu mcm basah2 jer mcm masak sardin jer, confirm bau semerbak lg teruk
Quote jane_hopper 14-11-2017 04:07 PM
Nk list kaki ayam bole tak?? Tp buat sup sedap
Quote chinta89 14-11-2017 04:12 PM
putus selera makan balik kije nt.

Syukur... jimat duit akibat x selera
Quote vanillaninja 14-11-2017 04:19 PM
Gross ok. Apa motif makan embrio ni euww.
Quote Jorja 14-11-2017 05:03 PM
Kalau terpaksa.. I cuma sanggup makan no 5
Quote CardiGans85 14-11-2017 06:29 PM
Idk tp mmg x penah bkenan dgn Balut dan sosej darah. Loya tekak we nengoknya..
Quote mrizumi 14-11-2017 06:51 PM
Wain ular biasa dgr..tp yg pling geli yg last tu..
Quote Clan204 14-11-2017 09:00 PM
koi pernah makan yg telor no 6 tu... klau mkn mcm tu je memang tak daya la... makan skali dgn halia... telur dah jadi mcm jello keras dah...
Quote Jeasabri 14-11-2017 09:02 PM
rasa nk mual da tekak{:question
Quote dubuk 14-11-2017 09:27 PM
no.. no way...
Quote missyL 14-11-2017 09:52 PM
ewww

tp mata ikan tu bese je


yg ikan basi jeruk tu
mesti busuk gile kan
Quote pinkypetal 15-11-2017 01:28 AM
Kesiannya yg no.10 tu
Quote huehue 15-11-2017 04:09 AM
I paling tak sanggup dengan balut yg no 10 tu dari dulu

Lihat semua komen(45)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.049327s Gzip On
To Top