Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

6 Cara Globetrotter Malaysia Boleh Jimatkan Perjalanan

17-11-2017 03:41 PM | Dilihat: 1618| Komen: 2


Ia adalah impian setiap orang dewasa untuk melancong ke seluruh dunia semasa mereka masih terdaya tetapi perjalanan ke negara asing bukanlah sesuatu yang mudah. Bergantung pada lokasi yang anda ingin pergi dan berapa banyak masa yang akan anda habiskan semasa bercuti, ia mungkin boleh mengambil masa sehingga berbulan atau bahkan bertahun untuk perancangan yang sangat teliti untuk memastikan perjalanan berjalan seperti yang anda inginkan. Ia juga boleh menjadi mahal sekiranya tidak merancang dengan betul. Dari mendapatkan barangan percutian yang terbaik untuk perjalanan anda kepada pemilihan bilik terbaik untuk anda tinggal, tidak perlu bimbang kerana kami boleh membantu anda. Dengan harga Ringgit yang sedang jatuh, kami percaya bahawa setiap sen diambil kira. Berikut adalah beberapa petua yang berguna yang boleh membantu apabila berbelanja ketika percutian anda.


Dapatkan Penerbangan Terbaik dengan Perancangan Awal


Penerbangan sememangnya mahal, dan kita rakyat Malaysia sentiasa menunggu promosi AirAsia atau Matta Fair untuk membeli tiket penerbangan yang murah. Walau bagaimanapun,yang murah tidak semestinya yang terbaik. Gunakan Jetradar untuk mencari destinasi baru dengan harga yang berpatutan. Anda akan dapat melihat semua tawaran istimewa syarikat penerbangan, membandingkan harga penerbangan dan membeli tiket dengan harga yang terbaik hanya di satu tempat. Dengan cara ini, anda tidak perlu membuka 20 tab untuk membandingkan harga tiket penerbangan di seluruh syarikat penerbangan. Lega rasanya!


Tempah Penginapan Anda dengan Secepatnya



Sebaik sahaja anda mempunyai tempahan tiket penerbangan anda, sudah masanya untuk mencari penginapan yang sempurna. Ia adalah satu pemberian apabila anda mendapat kadar hotel yang terbaik apabila anda menempah dan ia jauh dari tarikh ketibaan anda. Kami mendapati bahawa Hotels.com mempunyai harga rahsia serta program kesetiaan yang sangat baik. Kumpulkan 10 malam dengan mereka dan anda akan mendapat satu malam percuma! Anda akan mendapat ganjaran sekiranya menjadi pelanggan yang setia. 


Pilihan lain adalah untuk menempah rumah percutian sebaliknya melalui HomeAway, yang boleh menjadi lebih murah berbanding tinggal di hotel. Anda akan dapat merasakan diri dengan budaya mereka dengan rasa macam mana tinggal di negara lain. Penginapan bajet dan budaya tempatan.apa lagi yang ingin anda minta?



Atur Jadual Perjalanan Anda Sebelum Percutian Bermula



Ramai pelancong yang masih baru sering mengabaikan jadual perjalanan mereka dan hanya membuat keputusan mengenai aktiviti mereka sebaik sahaja mereka sampai ke destinasi. Ini mengakibatkan anda terpaksa membayar lebih daripada yang sepatutnya untuk sesetengah aktiviti atau lawatan.Amat disarankan agar anda praktis merancang aktiviti perjalanan anda beberapa minggu sebelum perjalanan anda untuk mengelakkan kekecewaan dan perbelanjaan yang sebaiknya. Touristly adalah satu platform yang berguna dimana pelancong dapat merancang percutian yang akan menjadi kenang-kenangan  pada harga yang berpatutan. Sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk merancang jadual perjalanan anda, platform juga boleh berkongsi apa yang telah direka oleh pengguna lain. Pergi dapatkan beberapa inspirasi perjalanan!


Kaji Pembayaran Balik Cukai Tentang Negara yang akan Anda Lawati


Ia adalah idea yang sangat baik untuk mengkaji terma dan syarat pembayaran balik cukai tempat destinasi melancong anda. Sebenarnya, banyak pelancong Malaysia tidak menyedari bahawa anda boleh menikmati perbelanjaan bebas cukai di negara-negara terpilih. Negara-negara ini termasuk Australia, Kanada, Jepun dan bahkan beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Bergantung kepada negara, anda biasanya boleh mendapatkan bayaran balik sama ada di kedai yang anda beli dari atau di lapangan terbang sebelum anda berlepas. Mendapatkan bayaran balik untuk perbelanjaan anda sebagai pelancong adalah satu faedah yang kita semua patut manfaatkan.

Mula Membeli Keperluan Perjalanan Anda


Kita biasanya tidak tahu apa yang kita perlu sehingga kita berada di lapangan terbang atau sudah di dalam pesawat dan itu boleh menyakitkan. Sebaik sahaja anda selesai menguruskan segalanya ,tiba masanya untuk membeli semua keperluan perjalanan anda dan aksesori dari keperluan bagasi kepada bantal perjalanan dan adaptor. Anda pasti boleh mendapatkan semua keperluan perjalanan anda di laman web e-dagang terbesar di Malaysia seperti Lazada. Berikut ialah tip: gunakan kupon untuk menikmati diskaun tambahan. Hanya pilih voucher Lazada pilihan anda dan gunakannya semasa penyemakan (checkout). Dengan cara ini, anda boleh menikmati lebih banyak penjimatan.

Jimat Lebih Banyak dengan Menggunakan Cari Cashback


Tahukah bahawa anda boleh mendapatkan pulangan wang hanya dengan berbelanja? Satu laman web yang menawarkan pemulangan wang di Malaysia ialah Cari Cashback. Hanya pergi ke laman web, cari peniaga pilihan anda dan klik pada kedai. Anda kemudian akan dialihkan kepada kedai peniaga yang diingini. Buat tempahan atau pembelian dan anda akan menerima pemulangan wang  anda dalam masa singkat. Petunjuk: anda juga boleh mendapat pemulangan wang dari laman web yang kami sebutkan tadi, cuma pastikan anda menggunakan Cari Cashback untuk mendapat  pemulangan wang anda!




Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 2
Komen

Previous : 4 Jenis Penginapan Percuma Semasa Travel, Tak Perlu Bayar Sesen Pun

Next       : Syurga Dunia Di Columbia! Sungai 5 Warna, Indah Bak Pelangi

Komen Terbaru

Quote CARI-HBZ 20-11-2017 11:20 AM
CiliPadiSedap replied at 18-11-2017 01:30 AM
Cari cashback terbaik, beli iphone 6 dapat iphoneX..



Erkk


Lain-lain Komen

Quote CiliPadiSedap 18-11-2017 01:30 AM
Cari cashback terbaik, beli iphone 6 dapat iphoneX..
Quote CARI-HBZ 20-11-2017 11:20 AM
CiliPadiSedap replied at 18-11-2017 01:30 AM
Cari cashback terbaik, beli iphone 6 dapat iphoneX..



Erkk


Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052751s Gzip On
To Top