Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Mudah Je Resipi Rojak Sotong Kangkung Ni, Jom Buat!

21-11-2017 01:13 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1757| Komen: 9

Siapa tak pernah makan Sotong Kangkung? Ada juga yang memanggilnya rojak sotong atau rojak sotong kangkung.


Foto: vivianpangkitchen.blogspot.com

Kalau nak makan di luar, agak mahal juga harga sepinggan yang dijual. Jadi, apa kata kita buat sendiri Rojak Sotong Kangkung ni. Jangan risau, tak susah mana pun sebenarnya. 

Jom, semak resipinya!


Foto: Burpple


Bahan-bahannya:

2 cekak kangkung, siang, cuci bersih dan toskan
2 ekor sotong kembang, saiz sederhana
Bijan secukupnya, disangai hingga wangi
Kacang tanah tumbuk secukupnya (atau kisar sederhana halus) 
Beberapa titik minyak bijan


Bahan sos:

2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos hoisin
2 camca besar sos plum
4-5 camca besar petis
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar kicap manis
Gula secukupnya
1 cawan air
(Boleh tambah sedikit belacan jik amahu)


Cara membuat sos:

1. Tumis cili kisar hingga harum. 
2. Masukkan sos hoisin dan sos plum, kacau rata. 
3. Tambah petis, kicap pekat dan kicap manis, kemudian kacau dan tuang air. Kacau hingga sebati dan renihkan hingga sos pekat. Sesuaikan rasa. Biar sejuk.


Cara membuat Sotong Kangkung:

1. Bersihkan sotong dan potong kiub pada saiz sederhana.
2. Celur ke dalam air mendidih bergaram selama 1-2 minit, angkat dan toskan.
3. Celur kangkung dalam air mendidih bergaram yang di tambah sedikit minyak makan selama 30 saat. Kemudian, angkat, toskan dan rendam dalam air berisi air batu. Bila kangkung sejuk, toskan hingga kering.


Cara menghidangnya:

Susun kangkung dan sotong dalam bekas bersesuaian. Tuang sos ke atas sotong tadi dan ratakan. Kemudian, tabur bijan dan kacang tanah, letak sedikit minyak bijan jika mahu. Hidangkan segera dan siap dinikmati!


Foto: Mat Gebu

Amacam? Senang saja kan nak buat Sotong Kangkung ni. Selamat mencuba ya! - CARI


Kredit resipi: Blog Mat Gebu

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 9
Komen

Previous : Harus Cuba Apam Balik Red Velvet Yang Menawan Lagi Menggiurkan Ini!

Next       : Buang Najis Udang Tanpa Kupas Kulit, Mesti Anda Tak Tahu Cara Ini Kan?

Komen Terbaru

Quote Jeasabri 29-11-2017 02:30 PM
jom tryyyyyyy

Lain-lain Komen

Quote moonbug 21-11-2017 02:48 PM
Nampak sedap
Quote JeepersCreepers 21-11-2017 03:12 PM
Sedapnyaaaa
Quote chinta89 21-11-2017 04:29 PM
semua masakan sebenarnya nampak senang bila tgk cara2 nk masak n penyediaan bahan2..

tp nk sedia satu2 tu, bukan mudah jugak pun dari segi masa, penggunaan etc.

maksud iols mcm ni, nk buat kuah dia cthnya, nk ade bijan. so, nk beli bijan tu brpe gram? nk g kedai semata2 nk beli bijan 2-3 sudu? yelah beli banyak2 buat ape? nk guna kacang tanah goreng yg cuma beberapa biji, rasanya berbaloi ke beli kacang tanah paling kurang 100 gram lps tu duk biar je di situ ntah bila plk nk gunanya.. lps tu kena goreng2 dlu kacang tu, tumbuk2.. so, bukan 'senang dan mudah' pun sedia resepi ni.

cth lain, nk masak rendang, nk guna kerisik. dah tu kerisik tu nk pakai sesudu dua jah. kena plk masak bab kerisik. nk beli kelapa parut paling2 kurang bberapa RM jua.. nk senang, beli je kerisik dh siap. tp dh guna tu entah bila la plk nk pakai utk menu2 lain.

so, bg iols la, memasak ni sesuai kalau btl2 'memasak' tp kalau setakat nk try buat utk makan hari ni je di hari minggu lps tu minggu depan memasak benda  lain then benda lain plk sedia bahan2nya, kalau bab ckp "MUDAH JE RESIPINYA" mmg mudah lah tp ade sesetengah perkara, beli yg dh siap lebih fleksibel.

sori OT, iols cuma rse kdg2 tu x sesuai pun nk kata memasak tu "MUDAH JE" mcm ditulis di mana2 resipi.. sb tu iols bg pendapat ni. mohon maaf sb OT ye. hehe
Quote kimchipedas 21-11-2017 06:11 PM
Oh my peberet tp beli je nyah senang..
Quote helicornia 21-11-2017 10:17 PM
pakai kuah rojak yg dh siap tu je..koser nk buat kuah nk makan sikit je
Quote syue86 22-11-2017 08:45 AM
chinta89 replied at 21-11-2017 04:29 PM
semua masakan sebenarnya nampak senang bila tgk cara2 nk masak n penyediaan bahan2..

tp nk sedia  ...

setuju gak dgn your point
tjadi gak kt ai
dh la sorang
sudahnya brg blebih
simpan je dlm peti ais
Quote chinta89 22-11-2017 10:28 AM
syue86 replied at 22-11-2017 08:45 AM
setuju gak dgn your point
tjadi gak kt ai
dh la sorang

kalau memasak utk seorang dua, nak2 plk jrg2 sekali je masak, rsenya mmg kurang berbaloi.. penat pun dapat, bahan2 tak terguna tu terbiar je dlm peti ais.. huhu.
Quote chinta89 22-11-2017 10:28 AM
syue86 replied at 22-11-2017 08:45 AM
setuju gak dgn your point
tjadi gak kt ai
dh la sorang

kalau memasak utk seorang dua, nak2 plk jrg2 sekali je masak, rsenya mmg kurang berbaloi.. penat pun dapat, bahan2 tak terguna tu terbiar je dlm peti ais.. huhu.
Quote Jeasabri 29-11-2017 02:30 PM
jom tryyyyyyy

Lihat semua komen(9)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052592s Gzip On
To Top