Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis

Siapa Nak Bermalam Seperti 'Banduan' Di Sook Station, Bangkok?

23-11-2017 01:29 PM|Oleh: Maly Rosli | Dilihat: 1997| Komen: 6

Penjara? Tiada sesiapapun di atas muka bumi ini sengaja suka-suka nak masuk penjara. Mana-mana penjenayah pun tak ada yang suka duduk dalam penjara.

Sempit, busuk dan kotor. Siapa yang mahu, kan?

Tapi, tak semua manusia di dunia ini sama cita rasanya. Mungkin jika anda teringin merasakan kehidupan dalam penjara, anda boleh cuba menginap di sebuah hotel di Bangkok yang bertemakan penjara.


Foto: Mail Online/Sook Station
Anda boleh merasakan pengalaman bermalam di sebalik tirai besi penjara pada harga 1,309 Baht (RM165) semalaman.

Memetik Mail Online, sebaik sahaja check in di Hotel Sook Station ini, gambar anda akan diambil sebagaimana dilakukan kepada penjenayah. Kemudian, anda akan diberi sepersalinan pakaian tido bercorak hitam putih seperti pakaian banduan.


Foto: Travel And Leisure

Anda tidak akan diberikan kunci bilik, sebaliknya anda akan diberi nombor banduan dan berkongsi bilik air seperti penjara sebenar.



Tapi acah-acah penjara sajalah. Sebabnya, anda masih boleh menikmati tidur yang lena di atas tilam empuk.




Selain itu, hotel ini turut menyediakan tab mandi, kedai kopi untuk bersantai-santai serta ruang bekerja untuk menyiapkan kerja-kerja pejabat anda yang terbengkalai tu. Patung beruang pun ada untuk menghiburkan anda! 


Foto: Mail Online/Sook Station

Ada ke yang terasa nak bermalam macam seorang banduan? Tapi janganlah fefeeling macam penjanayah pula, sudahlah ya? - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
1
Bosan
0
Komen: 6
Komen

Previous : Menyusahkan Je 'Rumah Paku' Ni, Tapi No.1 Tu Memang Comel!

Next       : Gruener See, Taman Di Dasar Danau Yang Indah Dan Memukau!

Komen Terbaru

Quote notsospecial007 28-11-2017 11:31 AM
xde privasi.. tp mcm menarik jgkkk.. utk dapatkan pengalaman

Lain-lain Komen

Quote Artemesiaa 24-11-2017 10:35 AM
Kurang minatlah sebab nampak privacy bilik kurang
Quote chinta89 26-11-2017 12:17 PM
x bminat.....
Quote SuRiaGreeNz 27-11-2017 08:56 AM
klu x busuk & x kotor nak jgk cuba utk sehari..
Quote syue86 27-11-2017 09:42 AM
mahalnye harga
Quote minahleter 27-11-2017 06:56 PM
mcm x der privasi ye?
Quote notsospecial007 28-11-2017 11:31 AM
xde privasi.. tp mcm menarik jgkkk.. utk dapatkan pengalaman

Lihat semua komen(6)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052858s Gzip On
To Top